NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Saturday, January 1, 2011

Sebab-sebab Momoy Tak Ada Entry Tahun Baru


Salam kawan-kawan. Esok dah masuk hari pertama bagi Calendar 2011 tapi Momoy masih tak ada entry pasal tahun baru lagi ni. Adehh... Otak Momoy jammed, stuck, blur, hang dan yang seangkatan dengannya.

Mesti kebanyakkan blogger dah prepare awal-awal entry untuk esok. Tak kan Momoy tak buat plak. Nak jumpa waktu macam tu lagi 365 hari lagi laa. Oh tidak! (Sorry... bro Khai Momoy pinjam jap. Hehe...)

Hmm... tapi Momoy nak cerita apa ni? Azam baru? Err... yang lama pun tak tertunai lagi. Ngee... atau Momoy sajak tahun baru aje laa. Ahaa... Okay gak tu. Tapi Momoy bukan la sasterawan yang bijak nak menyulam bahasa. Reject!

Adoi... Betul-betul out of idea ni. Momoy BW sekejap. Cari ilham kononnya. Tapi lain plak yang jadi. Seronok pula baca entry sahabat blogger. Terus lupa niat asal. Hampeh!




Momoy rehat jap. Buat Milo. Sambil minum Momoy layan concert Hatsune Miku. Takpe. Biar otak Momoy rehat dulu. Mungkin kejap lagi datang laa ilham buat entry tahun baru tu.

Tapi bila dah layan concert Cik Miku tu, Momoy macam magnet. Terus melekat kat screen laptop. Hee... ni la keburukan kipas susah mati Hatsune Miku

Momoy sendiri pun tak tahu berapa banyak kali hati Momoy asyik kata, “Alaa...layan satu lagu lagi laa”.

Kalau jawab Math dah confirm failed! Sebabnya 1 + 1 jadi 2. Tapi Momoy 1 + 1 tetap 1 biarpun berpuluh kali ditambah dengan 1. Isk... isk...

Masa dah suntuk. Tinggal kurang 2 jam lagi masuk hari baru. Aduh. Betul-betul gawat nih. Okay. Jangan panic. Apa kata Momoy berbaik-baik ngan Uncle Google atau Youtube. Manalah tahu kan? Betul! Apasal la tak teringat tadi. Haha...

Tapi malangnya kawan-kawan, Uncle Google tak membantu. Ada ke patut dia search kan comic online kat Momoy ? Kawan-kawan... Momoy nak tanya patut ke tidak perbuatan Uncle Google tu ???

Isk...isk... Memang la tak patut kan. Disebabkan itu, Momoy dah tak dapat nak selamatkan diri Momoy lagi. Comic betul-betul dah tangkap jiwa Momoy dah. Waa... entry tahun baru...

Tapi nak kenangkan kesalahan dan kealpaan Momoy Uncle Google pun dah tak berguna. Sebab saat korang baca entry ni (korang laa... Yer korang) dah tanggal 1 January 2011.

Seperti yang korang lihat tiada cerita pasal azam baru ke apa. Sebabnya ? Hello...kan Momoy dah cerita tadi. Hehe...

Maka, sebab dan kenapa Momoy tiada entry tahun baru telah menjadi entry pertama Momoy bagi tahun baru ini. Haha...

Pada blogger-blogger dan kawan-kawan tersayang terima kasih sudi membaca entry ni dan...

“Selamat Tahun Baru 2011”


P/s: Tahun 2010 ni tahun cemerlang bagi Malaysia. Syabas Malaysia menjuarai Piala AFF. Thx also to Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan player Malaysia yang lain yang mengharumkan nama Malaysia =)


10 Comments
Comments

10 tukang comment:

Aima said...

happy new year 2011

Aima said...

happy new year 2011

caliph shuriken said...

shinnen omedeto gozaimasu ^^

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Mohd Ballack
hepi new year too Ballack =)

@caliph shuriken
Arigatou. Shinnen omedeto gozaimasu

Rimau Sakti said...

Momoy, selamat Tahun Baru...Cik Mie(fahmi) sihat ke?...heheheheh..

.::: Princess MOMOY :::. said...

@paskal_garuda
selamat tahun baru juga...
Apex baru jer sampai Malaysia petang semalam . hehe...

Unknown said...

happy new year

fazaira said...

Selamat tahun baru yer... semoge tahun baru lebih mematangkan kite dalam menjalani kehidupan yg penuh mencabar ni yer....

.::: Princess MOMOY :::. said...

@micky eyqa
thx dear
hepi new year too =)

@zaidi zaim
hepi new year zaidi. semoga yang diimpikan akan tercapai =)

rashid said...

Well, its already old year..hehe..pape pun, semangat kena baru setiap hari..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!