NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, January 2, 2011

Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA !!





Tahniah Harimau Malaya yang memenangi Piala AFF baru-baru ini.Ada segelintir berpendapat nama bola sepak Negara iaitu Harimau Malaya sudah tidak relevan.  

Mereka beranggapan perkataan 'Malaya' itu tidak merangkumi penduduk Sabah dan Sarawak (1 Malaysia). Okay. Momoy nak bagi jawapan kenapa nama Harimau Malaya itu harus dikekalkan.



1.       Nama Harimau Malaya sendiri bunyinya GAH berbanding Harimau Malaysia. Harimau Malaysia agak manja. Sapa nak takut wehh... Nak pihak lawan rasa gerun jauh sekali!



2.   Selama lebih kurang 50 tahun guna nama Harimau Malaya. Then lepas menang  Piala AFF terus nak dipolitikkan. 



3.   Dan mana ada dalam dunia ni specis Harimau Malaysia? Cuba korang guna teknologi search internet cari tengok. Hanya ada species:  


              
Harimau Malaya (nama saintifik : "Panthera tigris malayensis")
Harimau Sumatera (nama saintifik : "Panthera tigris sumatrae")




Ini sama lah seperti Kijang = Kelantan, Penyu = Terengganu, 
Rusa = N. Sembilan, Badak = Sabah, Gajah = Pahang, Kenari = Kedah, 
Singa = Perlis, dll



4.     Yang paling penting, orang yang mencadangkan nama Harimau Malaysia itu tidak faham sebenarnya kenapa Harimau Malaya dirujuk kepada skuad bola sepak Malaysia. 



Momoy harap korang jangan laa suka-suka nak ubah sejarah. Baca asal usul nama 'Harimau Malaya' ni...



-----------------------------------------------------------------------------------------
Umum mengetahui harimau Malaya merupakan nama gelaran bagi pasukan bolasepak negara kita.Tapi, arasanya ramai yang belum mengetahui asal-usul nama tersebut diperolehi. Sebenarnya, nama tersebut adalah asalnya gelaran kepada seorang pemain bolasepak era 1940'an. Pemain tersebut bermain di posisi striker, Beliau adalah Dollah Don.






Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pade 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor. Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4. Beliau menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College. Dizaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan.



Dollah Don pada mulanya bermain bolasepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis. Sewaktu di sekolah Dollah Don juge merupakan atlit olahraga yang berjaya, pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar Olahragawan di sekolah. Sebelum bermain untuk pasukan kebangsaan, beliau bermain untuk pasukan johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.



KEHEBATAN

Keratan akhbar


PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990'an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bolasepaknya. Dollah Don mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia. Dari sumber yang dicari, Beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana.




Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera. Malangnya beliau jatuh sakit dan tak dapat diturunkan. Korang pun tau kalau dah melibatkan penyokong Indon, confirm kecoh jadinya...



Keadaan stadium masa tu huru-hara dan penonton meminta pihak penganjur memulangkan duit tiket. Akhirnya penganjur akur.




HARIMAU MALAYA





Pade era 1950'an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut. Sukarno begitu kagum dengan Dolah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai 'Harimau Malaya'. Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri.






Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.




Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu. Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu. Tamat separuh masa pertama, Pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0. Bermula separuh masa kedua mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan. Ketiga-tiga gol tersebut dijaringkan oleh Dollah Don sendiri.






Sejak itu gelaran Harimau Malaya lekat kepade Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini kepada Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia. source- [Asal Usul nama 'Harimau Malaya']
-----------------------------------------------------------------------------------------



Momoy faham mereka yang mencadangkan Harimau Malaysia tu sebab nak joinkan sekali orang Sabah dan Sarawak. 



Tapi tolong laa kaji sejarah dahulu. Jika korang merasakan nama ‘Malaya’ itu mengabaikan penduduk Sabah dan Sarawak. 



Maka, Kenapa tak tukar aja Universiti Malaya jadi Universiti Malaysia yer ? Fikirlah sendiri...



Sekarang timbul pula isu harimau malaya hanya terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja. Memang betul tapi korang nak tahu pendapat dan penjelasan yang lebih kukuh? Boleh baca di entry ini... [Apa Beza Antara HARIMAU MALAYA Dan HARIMAU MALAYSIA] 




P/s : Say no to politic in football
     : Kerana Harimau Malaya, Momoy lihat ramai dah tak malu nak sarung jersi Malaysia =)


56 Comments
Comments

56 tukang comment:

fazaira said...

betul tu momoy, sy setuju sesangat... pandai2 jer dorang nk tuka tanpe usul perikse kan....

mcm tu lah sejarah selalunye diputar belitkan, disebabkan politik, perkare yg benar terpakse dipalsukan...

ape pun thx utk momoy sebb ketengahkan info ni...

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

fuh..hebat momoy..banyak info2 menarik..

umm,..bagi iqbal pun better kekal harimau malaya..sebab nama tu ada nilai tersendiri..

ZACK ENTRY said...

info yang menarik..nice entry..=)

.::: Princess MOMOY :::. said...

@zaidi zaim
tu laa...bukan semua benda senang nak ubah
tambah lagi yg melibatkan sejarah

@ iqbalhakimi
harimau malaya lagi power apa kan?!

@ZACK ENTRY
thx... share bersama. untuk momoy dan kawan-kawan juga =)

chesakinah said...

ierbaik laa momoy!! 100% sokong!!
nice info!!

pakzue said...

pakzue sokong..jgn politik kn sukan

.::: Princess MOMOY :::. said...

@Che Sakinah
sama-sama
untuk info kita semua

@pakzue
betul...sayang la pada negara kan =)

Kelab Kembar Malaysia said...

Terima kasih atas info ini. Bagus untuk mereka yang tak tahu asal usul harimau malaya.. :)

Zeanne said...

wah thanks fer sharing princess:)

woot-woot said...

sokkernet..

haha

chegu abbas said...

ya chegu sokong momoy...tu...pikir la dulu sebelum buat apa pon ni pakai nak hentamja,,

CIK TOM said...

setuju ngan momoy...xperlu la nak ubah pe2..cik tom rasa dah cntk nama tue...wah br tau info psl kehebatan team dulu...thanks for de info..

Misz-ella said...

harimau malaya lg sedap disebut. Princess Momoy, thnks for sharing this info. menarik.

Areyoudys said...

terima kasih.menarik inf ni

er..mana dapat keratan akhbar lama tu

huhu

rafina mimi abdullah said...

tapi lebih sedap dan ganas di panggil "harimau malaya" daripada "harimau malaysia"..tah..mcm ada yang x kena je dgn nama harimau malaysia tu..bunyi pun mcm pelik je :)

LaLa said...

oooo baru tawu~~=)
jom baca entry dayla pulak n jgn lupa follow me back ye;)

Unknown said...

rupanya cmtuh ke? hehee,..

sekamar rindu said...

salam...


satu info yg sangat menarik..

kalau Malaysia kalah piala AFF ari tu.. orang tak peduli pun pasal nama ini..malah ada yang tak tahu pun akan kewujudan nama ini pun..

tq atas info..

Dinaz said...

owh kita da salah type la sblm ni..heee..tq kerana menerangkan kegelapanku..momoy ku sayang..hee anda telah di tag hari ini.

duanlang said...

bagusnye momoy..nice post..like!!!!

ferry said...

ha'ah kan..dulu takde pulak pertikaikan bila kalah..bila dah juara baru nak terhegeh-hegeh mintak nama..sama macam kalau berkawan bila senang..bila susah je lari..

nice info

aibaks said...

ngaauuummmm....! ehe... melaka plak kancil.. haha

Bee said...

hurm betui jugak tuh!

Anonymous said...

Nice info!!

!@#$%^&* btol sape yg nak politikkan benda2 fakta ni.....akal pendek.

Selamat Tahun Baru 2011!semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya...

happy Blogging sokmo!

geekz36 said...

susah kalau semua nak dipolitikkan.

Entry terbaru: "Tutorial membuat sticky post di Blogspot"

.::: Princess MOMOY :::. said...

@Huzaini
sama-sama dear
thx to u sudi comment

@aNnE
sama-sama dear
thx sudi baca anne

@chegu abbas
=) thx sudi comment

@CIK TOM
jika momoy ada dalam era tu momoy dapat rasa kehebatan mereka

@kakchik@ella
betul tu dear. sama-sama =)

@annymous
dari sumber yang boleh dipercayai

@Rafina Mimi Zairul Murni
hehe...sama la kita sis
harimau malaya bunyi sedap apa kan/

@daylachan
ok dear. thx for comment.
i do. salam kenalan

@Aki
yer...mcm ni la. hehe...

@sekamar rindu
dulu tak sapa kisah
dah menang macam-macam pula. haishh...

@DiaUmaiNiNaz
takpe awak.
and thx to u sudi baca and comment
nanti momoy amik. thx tag

@duan lang
=)
thx for comment juga dear

@ferry
manusia dear =)

@aibaks
hehe...kancil hebat apa

@PuanBee
=)

@Mr. IX
Terima kasih
suka blogging tapi tenet selalu wat hal

@geekz36
betul
thx for comment dear =)

@

z.u.n.a.i.d.a said...

comelnyer n3 amy arini, penuh dengan sejarah..i likee;-)

.::: Princess MOMOY :::. said...

@z.u.n.a.i.d.a
hehe...thx zue...
sambil blog sambil kita tambah ilmu =)

syaiCHOLOGIST-to-be said...

yeahh SETUJU! :')

Lord_e said...

huhu..mungkin coment saya akan mencetuskan kemarahan dari org lain..ekekek..
bkn nak provoke..kalo tukar pon apa salahnya...xbermakna kalo kita tukar nama org da xgerun,itu hnya nama samaran yang mencerminkan identiti kita..so kita da ada sabah and serawak..kita kena akui kewujudan mereka walaopon pahit..

chegu abbas said...

meh sini meh...
http://cheguabbas.blogspot.com/2011/01/khairul-fahmi-apektraining-di-institut.html

k e l u a r g a k a m i said...

harimau malaya kedengaran lebih gah ;))

.::: Princess MOMOY :::. said...

@syai.nia.sharif
Yayy...suke.
hihi

@Lord_e
itu pendapat kamu dear. Momoy hormat
=)

@chegu abbas
erkk...baik cikgu
hehe...

@keluarga kami
yer..momoy pun suka. memang harimau malaya bunyi gah dan hebat berbanding harimau malaysia
dear. thx for comment
salam kenalan yer

Mia Liana said...

wow! teruja baca entri.. memang kak mia tak minat bola. baru tahu pasal dollah don yang hebat ni... terima kasih ya...

mALd!EyA said...

hye momoy....for da 1st tyme visit in ur blog.."wut a nice blog~!"...

i ske n entry u neh...byk fakta yg menarik..i pon stuju n pendapt u..dlu mse HARIMAU MALAYA xde mng ape2..xkecoh pon kan..tp skang neh..de jek yg xkne n nme tuh..tp dr sudut positif lak..mgkin FAM boleh m'pertimbangkan hasrat utk menukar MALAYA kpd MALAYSIA..bru 1MALAYSIA..tol x..huhuhu...

anything..hope FAM dpt pertimbangkan perkara ni sebaik mungkin...ILOVEMALAYSIA~

.::: Princess MOMOY :::. said...

@Mia Liana
thx sis. Momoy start minat bola sejak TsuFahmi jer sis. hehe....
tapi apa pun uncle dollah don memang hebat

@mLLs!Eya
thx my dear. salam kenalan
terima kasih sudi baca dan comment =)

iniialahaku said...

ni la jdi bila politik dlibatkan dlam bola..cubala klah ri 2,suma snyap je,xda pon nk kecoh2 gni..bila mng suma pkat nak dpat nma..

Sham said...

masalahnya ahli politik ni,bola pun dia nak campur...suka harimau malaya lagi...

Daus Ramli said...

haritu ada Daus baca kat facebook..Indo cakap "kenapa harimau malaya? bukankan harimau berasal dari indonesia?" (lebh kurang mcm ni la ayt dia)..laaa..harimau kan ada banyak jenis?? buat lawak ja la indon ni..

S.3.V.3.N said...

Rasa2 nye Harimau Malaysia lebih relevan PADA MASA KINI.OK..sy sebagai org Sarawak nk bg pendapat sikit la ek. Sebenarnye perkataaan Malaya tu memang xde kaitan dengan Sabah & Sarawak. Semasa zaman pemerintahan British dulu mereka guna perkataan Malaya yang merujuk kepada Malayan Union(1946-1948) dan Federation of Malaya(1948-1963) yang sekarang dikenali sebagai semenanjung Malaysia(sabah & sarawak mmg xde dlm ni, beza dgn skrg Singapore dah out). Knp sy kata perkataan Malaysia lebih relevan? ingat tak 16 September 1963? Penubuhan Malaysia betul tak? Semenanjung, Sarawak, Sabah & Singapore disatukan terbentuk lah Malaysia. cuma Singapore keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Kesimpulannye..

1. Malaya = Negeri2 dalam Semenanjung Malaysia

2. Malaysia(kini) = Semenanjung + Sarawak + Sabah.

3. Harimau Malaya (nama saintifik : "Panthera tigris malayensis") --Rasa2nye kt sarawak xde harimau spesis ni..yg ada mayb dari sumatera tu. sbb tu nama dia Harimau Malaya.

*tolong betulkan kalau ada fakta2 yang salah :P

Admin said...

assalamualaikum...

Saya pernah juga memberi komen pada blog-blog lain yang juga menyatakan isu ini. Gelaran Harimau Malaya ialah dari spesis harimau, ianya tidak ada kene mengenai dengan 1,2 atau 3 Malaysia. 1Malaysia tu cuma unsur dan penjenamaan politik sahaja. Jangan sampai merosakkan suka di tanahair kita ini.

Sedap apa nama "Harimau Malaya", dengar dan nampak kegagahannya. Yang cadangkan "Harimau Malaysia" tu cuma nak bodek je.... bukan tahu apa-apa pasal sukan dan sejarah...

mALd!EyA said...

salam...

alamak..pg2 neh..bce komen en Ahmad Zaki ...terpanggil utk m'balas comment beliau..maaf ye en.Ahmad Zaki..bukn niat utk bertelagah..tp hanya utk m'beri pendapat..pd pendapat sy..xde unsur bodek pon dlm istilah 1Malaysia tuh..ianya perpaduan...suke ke tgk malaysia nih jd cam negara2 jiran yg xsehaluan???1Malaysia adalah inisiatif kerajaan Malaysia utk menyatupadukan seluruh rakyat di negara kite nih...tgk la skang nih..i'sia n m'sia ade jek isu panas..skang neh nk jd cmtu gak ke dlm m'sia neh..semate2 dsebabkan nme pasukan kebangsaan kter~=s'jung m'sia n negeri2 borneo=..

note=bukan bodek..tp jg perasaan..demi kemakmuran tanah tumpahnya darahku~
*peace*

FiqaSaleh said...

ok je nama harimau malaya tu..dah memang asal nya di malaya. sejarah pun dari malaya jugak tak eloklah nak tukar2.. sapa tu yg gatal2 nak politik kan sukan nih? meh sini meh sini.. ketok kang.. :p

Anonymous said...

Keep posting stuff like this i really like it

Anonymous said...

awal yang baik

Anonymous said...

Tak, prawdopodobnie tak jest

wandisini said...

info yang sangat menarik...yang mencadangkan nama harimau malaysia tu tak tahu langsung pasal bola

Medical Value Travel India said...

Great post and thanks for sharing....

Prostate Cancer Treatment in India said...

Thank you, that was just an awesome post!!!.....

Health Blog India said...

its very cute. thanks too share.....

prostate cancer surgery india said...

its very cute. thanks too share.....

Tips and Tricks said...

I love that idea. Awesome Post..

penile implant said...

Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)

Trauma said...

That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

Dr. Viswanathan P said...

That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

Health and Wellness Blog India said...

Thank you, that was just an awesome post!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!