NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Wednesday, March 30, 2011

Makhluk-Makhluk Ngeri Yang Kita Telan Secara Tak Sedar


Assalamualaikum kawan-kawan.


Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada. Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Apatah lagi, wajah mereka sangat menggerunkan!



Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau korang tidak berasa gerun, korang bukan manusia normal :p 





Gambar bawah ini pula merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.




Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang korang makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan korang membungkus roti korang dengan kemas.





Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali (100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan? 





Source: Email

Sunday, March 27, 2011

Youth Job Fair 2011







Tarikh : 25 - 27 Mac 2011
Masa : 10:00 pagi - 8:00 malam
Tempat : Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.




Antara exhibitors job fair ni:

1)Syarikat Multinasional
2)Government Linked Companies(GLC)
3)Sektor Swasta
4)Agensi Pekerjaan
5)Institusi latihan dan syarikat penempatan pekerjaan
6)Jabatan Kerajaan dan agensi agensi yang berkaitan


Aktiviti-aktiviti:

1)Resume Klinik
2)Video resume
3)Sudut Intensif
4)Sudut pekerjaan kontrak
5)Barcode dan pendaftaran SMS
6)Perbincangan kerjaya dan sesi latihan
7)Temu duga secara langsung bagi para pencari kerja dan majikan


MAKLUMAT LANJUT : 
http://www.bnyouthjobfair.com/


Source: Email



Thursday, March 24, 2011

Loji Tenaga Nuklear | Dilema Malaysia Selepas Krisis Nuklear Jepun




Pencemaran radiasi akibat kebocoran loji nuklear Fukushima di Jepun menjadi dilema kepada beberapa negara ASEAN untuk membina loji tenaga nuklear. Kebaikan dan keburukan tenaga nuklear ini telah Momoy kupas dalam entry sebelum ini. Entry ini adalah entry request yang minta Momoy kesinambungan dari [Wajarkah Malaysia membina loji tenaga nuklear?]Yang belum baca, Momoy sarankan untuk baca entry tersebut terlebih dahulu kerana Momoy tak akan sentuh perkara yang sama. Ambil perhatian ye.






Tiga hari lepas Momoy ada baca di berita harian online tentang isu pembinaan nuklear di negara kita. Professor-professor dari UKM bahagian penyelidikan nuklear menjadi panel untuk isu kontroversi tersebut. Ada beberapa perkara yang Momoy setuju dengan pendapat mereka. Tapi secara keseluruhan apa yang Momoy perhatikan, mereka banyak menjawab pertanyaan umum (rakyat) lebih kepada kebaikan tenaga nuklear.



Memang tidak dinafikan tenaga nuklear banyak membawa kebaikan. Tetapi apa yang Momoy rasa lebih penting adalah isu keselamatan rakyat. Professor dari UKM tersebut menceritakan kebaikan dari segi perbelanjaan elektrik yang murah jika pembinaan loji nuklear berjaya dijalankan di Malaysia. Itu Momoy akui. Seperti yang Momoy tulis sebelum ini mengenai kepupusan dan kenaikan harga petroleum dan arang batu, tenaga nuklear boleh mengatasinya. Tidak mustahil pada 20 atau 30 tahun akan datang, berlaku peningkatan sehingga   40 hingga 60 peratus.



Tapi sebanyak mana pun kebaikan tenaga nuklear, Momoy tetap tidak setuju pembinaan loji nuklear tersebut. Mengapa perlu kita menanam ‘bom jangka’ dan sengaja mengambil risiko tinggi? Biarpun profesor tersebut berkata rakyat tidak perlu risau tentang isu keselamatan dan kesihatan kerana loji tersebut jika dibina, ia akan dibina 20 km radius  dari penempatan penduduk mengikut prasyarat pembinaan loji nuklear. 



Professor tersebut juga mengatakan Malaysia selamat untuk pembangunan nuklear kerana tiada masalah bencana alam yang besar (beliau maksudkan gempa bumi dan tsunami). Katanya lagi kawasan pembinaan tidak difikirkan lagi tetapi kemungkinan lokasi sesuai adalah di Pantai Timur atau Melaka.



Melihat jawapan professor tersebut buat Momoy risau, kerana Malaysia tiada tanah yang luas. Maksud Momoy Malaysia mempunyai kawasan penduduk padat hampir di semua kawasan di seluruh Malaysia. Hanya pedalaman Sarawak mungkin kurang kepadatan penduduknya. Tetapi jika dibina di sana, berapa banyak kawasan hijau dan hidupan di hutan tersebut yang akan musnah?




Jika pun Malaysia tidak mengalami gempa bumi dan tsunami tetapi negara tetap menerima tempias. KLCC bergegar jika Indonesia dilanda gempa. Bahagian utara negara juga pernah pernah mengorbankan beberapa orang ketika tsunami Acheh pada 2004 dahulu. Dan yang terkini bahagian Pantai Timur turut terasa gegaran dan tsunami kesan 12 jam selepas kejadian tsunami Jepun.  



Proffesor tersebut mengatakan rakyat menjadi takut dan panik disebabkan kurangnya info mengenai kebaikan penggunaan tenaga nuklear dan banyaknya penyebaran berita tentang keburukan radiasi. Tapi bagi Momoy rakyat perlu tahu dengan mendalam dan details tentang isu ini sebab itu hak mereka kerana melibatkan soal keselamatan.



Geram juga Momoy hanya disebabkan oleh keghairahan untuk menjana tenaga elektrik yang murah, maka jarak pembinaan loji dan tiada gempa bumi dan tsunami difikirkan sudah memadai dari segi keselamatan dan negara sudah bersedia. Dan beberapa orang awam dalam perbincangan tu pun macam lalang. Setelah diberitahu jika pembinaan nuklear dijalankan mereka hanya perlu membayar bil elektrik yang sangat murah. Pasang air conditioner dan barangan elektrik lain 24 jam hari-hari pun tapi cuma perlu membayar RM30 sebulan sahaja. Memang murah tapi berbaloi ke dengan harga yang perlu dibayar jika Malaysia berisiko tinggi untuk menjadi padang jarak padang terkukur? Itu bernasib baik jika dari Malaysia hanya tinggal nama dalam peta.



Sebahagian Jepun selepas tragedi


Momoy tak dapat nak join perbincangan online tu disebabkan masalah internet lembap dan tak jumpa cari button apa untuk join perbincangan tu secara live. Jika berpeluang, Momoy akan bertanya profesor tersebut tentang isu keselamatan yang tidak pernah langsung difikirkan oleh profesor, kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu subsidi insurans kepada setiap warga Malaysia. Soalan yang satu ini mungkin boleh buat mulut mereka tersebut terkunci rapat.



Secara peribadi Momoy tetap tidak setuju dan Tun Dr. Mahathir pun tidak bersetuju. Carilah sumber altenatif lain. Mungkin tingkatkan teknologi penggunaan angin sebagai tenaga elektrik seperti yang diguna pakai sekarang (hanya memberi satu contoh). Dan jika berkeras juga mahu membina loji nuklear itu, Momoy berpendapat langkah terbaik adalah membina loji nuklear di pulau. Tetapi sehingga kini, tiada lagi negara yang membina loji nuklear di pulau.




P/s: Kata orang Kedah, “takut nanti makan tak habih”.
      Pictures credit to Google.


OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya




Salam kawan-kawan.

GA yang terbaru dari Odahone (juga penganjur GA) bermurah hati nak beri bag dan brooch. Jom sertai beliau. Syarat cukup mudah. Klik banner untuk maklumat lanjut.






Mangsa tag: zuraida | aleasara
Close date : 30 April 2011



JOB VACANCIES [Banyak Kerja dan JAWATAN KOSONG] March-April 2011




Temuduga Terbuka di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)


JAWATAN:
1. JURUTEKNIK ELEKTRIK (GRD J22) KONTRAK
2. JURUTEKNIK AWAM (GRED J17) KONTRAK
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

Tarikh : 4 April 2011 (Isnin)

Waktu Pendaftaran : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Waktu Temuduga : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Lokasi Temuduga :

Pejabat Pasukan Projek II (LPT Fasa 2)
Lembaga Lebuhraya Malaysia
No.13-17, Bangunan IKS
Kawasan Perindustrian Ajil
21700 Ajil
Terengganu Darul Iman

Maklumat lanjut [klik sini]


Jawatan KJawatan Kosong di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) 


Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM.

JAWATAN:
1. PEGAWAI PENGUATKUASA
2. PEGAWAI TADBIR
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP
5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
6. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
7. TUKANG K2

Borang permohonan [klik sini]
Tarikh Tutup : 28 Mac 2011


Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) 


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
2. PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP41
3. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
4. PEGAWAI PERGIGIAN GRED U41
5. PEGAWAI DIETETIK GRED U41
6. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41
7. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
8. JURURAWAT PERGIGIAN GRED U29
9. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN GRED U29
10. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29
11. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S27
12. PELUKIS PELAN (ELEKTRIK) GRED J17

Borang permohonan korang boleh [klik sini]
Tarikh Tutup : 31 Mac 2011




 Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Perak 


Terbuka kepada Rakyat Negeri Perak.

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (Gred DG41)
2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (Gred DGA29)
3. SETIAUSAHA PEJABAT (Gred N27)
4. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (Gred G27)
5. PEMBANTU PERTANIAN (Gred G17)
6. PENOLONG PEGAWAI TANAH (Gred NT27)
7. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (Gred S27)
8. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (Gred S17)
9. WARTAWAN (Gred S17)
10.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (Gred N17)
11.JURUTEKNIK KOMPUTER (Gred FT17)
12.PEMBANTU PENILAIAN (Gred W17)
13.PEMBANTU PENERBITAN (Gred N17)
14.PEMBANTU LAUT (Gred A17)
15.JURUAUDIO VISUAL (Gred N17)
16.PENGAWAL KESELAMATAN (Gred KP11)
17.PEREKA (Gred B17)
18.PENGHANTAR NOTIS (Gred N3)
19.OPERATOR LOJI (Gred R3)
20.PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (Gred R17)
21.TUKANG K3 (Gred R9)
22.TUKANG K2 (Gred R11

Permohonan secara online. [klik sini]
Tarikh Tutup : 1 April 2011

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Kedah 


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) seperti berikut:

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. JURUTEKNIK KOMPUTER
3. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN
4. PEMBANTU PERTANIAN

Permohonan secara online [klik sini]
Tarikh Tutup : 28 Mac 2011


Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Pulau Pinang 


JAWATAN:
1. Penolong Jurutera Gred J29
2. Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) Gred N17
3. Juruteknik Komputer Gred FT17
4. Pemandu Kenderaan Gred R3
5. Pembantu Am Pejabat Gred N1

Permohonan secara online [klik sini]
Tarikh Tutup : 29 Mac 2011


Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) 


JAWATAN:
1. SETIAUSAHA PEJABAT (TETAP)
2. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA (TETAP)
3. PEREKA (TETAP)
4. TUKANG K3 (TETAP)

Borang permohonan online [klik sini]
Tarikh Tutup : 31 Mac 2011


Jawatan Kosong di Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- JURUTEKNIK KOMPUTER

Borang permohonan [klik sini]
Tarikh Tutup : 4 April 2011


Sunday, March 20, 2011

1st GA Momoy Follower Mama Tomell


Salam kawan-kawan. Dah lama tak buat GA. GA kali ni Momoy di tag oleh dear raudhah ^^ thanks dear.




Keterangan lanjut dan syarat-syarat klik banner penganjur belog mama tomel.
3 orang mangsa tag:

World Invasion: Battle Los Angeles - Best Action Movie!




Salam kawan-kawan.




Review filem terbaru dari World Invasion: The Battle of Los Angeles. Cerita mengisahkan tentang penjajahan bumi oleh makhluk asing. Makluk asing tersebut menyerang bandar-bandar utama di seluruh dunia supaya tiada kesinambungan antara satu sama lain. Bijak tu. Tujuan makluk asing tu sebab mahukan sumber air di bumi. Kalau korang pernah tengok filem Independence Day, so korang boleh agak sedikit jalan cerita yang berkaitan makhluk asing. Cuma yang membezakannya makhluk asing ni lebih smart, aggressive dan teknologi senjata dan robot pemusnah adalah lebih canggih dan powerful.


Hanya Los Angeles, bandar besar menjadi pertahanan terakhir bagi penduduk bumi. Seorang Staff Sarjan Michael Nantz yang ada masalah dan mahu bersara ditugaskan sebagai orang ke-2 tertinggi dalam unit 2/5. Tapi anggota dalam unit tersebut was-was pada kepinpinannya. Ia berikutan khabar angin di anggota marin bahawa Staff Sarjan tersebut mengorbankan semua anggota unitnya terdahulu untuk menyelamatkan nyawanya kaerana hanya dia yang terselamat. Anggota member yang lain hanya ditunjukkan dengan short flashback sebagai pengenalan untuk penonton mengetahui sedikit latar belakang setiap watak penting.


Misi unit 2/5 hanya satu iaitu menyelamatkan seberapa ramai orang awam yang masih hidup berdekatan dengan balai polis LA. Yang dijumpai hanyalah 5 orang saja. Seorang bapa dan anak lelakinya, seorang budak perempuan dan ibu saudaranya yang bekerja sebagai doktor haiwan.


Yang bestnya makhluk asing ni pada pandangan Momoy, susah sikit nak mati. Mesti kena tembak tepat pada jantung kanan. Cuma pelik je. Hanya nak selamat 4 orang awam tapi separuh dari unit tu terkorban. Tapi tak dinafikan sebab senjata makhluk asing tu memang power. Kalau ada 10 ekor alien untuk jaga Malaysia pun cukup rasanya. Haha…





Pandangan unit 2/5 pada Staff Sarjan tu mula berubah bila beliau mempertaruhkan nyawanya untuk membunuh robot makhluk asing tu. Dengan meletupkan stesen minyak. Tapi perasaan was-was dan sangsi tu tetap ada dalam unitnya bila mana seorang demi seorang unit 2/5 tu terkorban dengan arahannya. Dapat dilihat prinsip Staff Sarjan tu “You move or ypu die” 


Dipendekkan cerita, misi menyelamat orang awam tu berjaya tapi pusat pertahanan tentera LA musnah teruk. Semangat dan kejayaan yang ditunjukkan oleh Staff Sarjan tu akhirnya mengembalikan rasa hormat anggota-anggota marin dan unit 2/5. Dan perjuangan diteruskan untuk membersihkan sisa makhluk asing di bumi tu. Semanagt patriotism tu memang ditunjukkan dengan cara yang betul tanpa melampau dalam filem ni.






Bagi Momoy filem The Battle LA ni lagi best dari Sky Line. Aksi-aksi ketika berperang dengan makhluk asing dan pertempuran pesawat nampak real. Biarpun permulaan cerita agak lembap, agak mendatar tapi biasa la starting memang begitu kan. Tapi keseluruhan cerita Battle LA yang bergenre aksi dan sains fiksyen ni boleh dipuji. Kesan khas dan bunyi memang terbaik dan berkualiti. Close up dan view ketika peperangan memang bagus. Tak rugi kalau ditonton dan memang boleh layan. Untuk Battle LA ni Momoy bagi 4/5 bintang. Bagi peminat filem Independence Day, War of the Worlds, District 9 Momoy memang Recommended korang tonton Battle LA ni.





P/s:  Suka main game Battle: Los Angeles?
    :  Pictures and video thriller credit to Google dan Youtube.


Saturday, March 19, 2011

Tsunami Jepun | Debu Radioaktif Loji Tenaga Nuklear Akan Tersebar ke Britain 2 Minggu Lagi



Laporan mengatakan dalam masa dua minggu lagi debu radioaktif dari loji nuklear Fukushima-Daiichi di Jepun yang bocor akan sampai ke Britain. "Namun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana debu itu tidak berbahaya kepada manusia," kata Lars-Erik De Geer, Pakar Institut Kajian Pertahanan Sweden. 




Hmm...entah kenapa Momoy rasa kurang yakin dengan statement tu. Tapi dia mungkin ada sebab kata begitu. Tak nak penduduk dunia rasa panik. Kalau pasukan SMART Malaysia jadi dihantar ke sana, radioaktif itu jika terkena pada pakaian dan dibawa pulang ke Malaysia, anak-anak dan keluarga mereka boleh dijangkiti dengan radiasi tu. Bayangkan.




Kesan mangsa radiasi - Google




Radioaktif tu tersebut tak dapat dalam kesan jangka masa pendek. Inilah kejadian pencemaran debu radioaktif merebak ke negara lain seperti berlaku di Chernobyl, Ukraine. Begitulah dasyatnya kesan radiasi oleh tenaga nuklear. Kesan itu boleh dikurangkan jika hujan turun. Hujan dapat menghalang dari tersebar jauh. Setelah apa yang terjadi di Jepun, [Wajarkah Malaysia membina loji tenaga nuklear?]. Ambillah ikhtibar. 




Apa-apa Momoy tahu yang Jepun sudah sedaya upaya meminimumkan kebocoran radioaktif dan mengawal situasi tersebut. Marilah kita berdoa agar mereka di Jepun tu selamat. [Hulur sumbangan ikhlas korang untuk membantu mereka]. Berita selanjutnya korang boleh [klik sini]

Friday, March 18, 2011

Wajarkah Malaysia Membina Loji Tenaga Nuklear ?



Salam kawan-kawan

Setelah genap seminggu gempa bumi tsunami di Jepun, kemudian iikuti kejadian kebocoran radioaktif oleh loji reaktor nuklear, negara Asia lain seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia tetap berangan-angan mahu membina loji tenaga nuklear di negara masing-masing. Indonesia tegas menyatakan hasratnya membina loji nuklear tetapi mahu menggunakan teknologi yang lebih canggih dari Jepun (rujuk Sinar Harian 17 March 2011).


Di Malaysia sendiri, isu ini menjadi semakin kontroversi apabila TPM kita mengumumkan mahu membina loji tenaga nuclear pertama Malaysia pada 2021 dan yang kedua pada 2022. Wajarkah teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik ini dijalankan? Entry ini adalah pendapat Momoy secara peribadi. Walaubagaimana pun sila beri perhatian bahawa Momoy mungkin tidak stick pada kenyataan ini dan ia mungkin berubah-ubah.



Plant tenaga nuklear di Tokyo



Mengapa semakin banyak negara berlumba untuk membina loji nuklear termasuk Malaysia?


Untuk pengetahuan semua, tenaga nuklear adalah yang paling efektif dan sesuai bagi menggantikan penggunaan arang batu dan petroleum. Ini kerana petroleum dan arang batu yang digunakan sekarang sebagai pengjanaan elektrik negara sering kali mengalami kenaikan harga. Selain itu, dua sumber berkenaan memberi kesan yang tinggi terhadap alam sekitar. Oleh kerana banyak lagi kebaikan dari pengunaan tenaga nuklear inilah yang menyebabkan ia semakin menjadi pilihan.



Apa kebaikan lain tenaga nuklear? Momoy tulis dengan ringkas sekali tanpa huraian ye. Nak details korang boleh google. Untuk jangka masa panjang, kos operasi yang melibatkan tenaga nuklear ini akan jadi sangat murah. Sumber minyak dan gas yang semakin berkurangan dan kenaikan harga juga punca banyak negara berlumba untuk membina loji nuklear. Jika logi nuklear dibina, petroleum dan gas boleh digunakan untuk menghasilkan produk-produk lain. Contohnya seperti sabun, detergen, plastik, kosmetik dan sebagainya. Selain itu, penggunaan tenaga nuklear tak memberi kesan kepada rumah hijau seperti penggunaan arang batu dan petroleum. Seperti yang Momoy kata, ada banyak lagi kebaikkan tenaga nuklear ni, tapi Momoy tak akan bincangkan. Jika mahu maklumat lanjut korang boleh google.



Banyaknya kebaikan tenaga nuklear. Tapi apa pula keburukannya ?


Mangsa radiasi akan menyebabkan kematian, kemandulan, leukimia dan kanser. Ianya memberi kesan jangka masa yang sangat panjang. Momoy percaya ramai yang tahu kesan radiasi kepada kesihatan. Jadi Momoy akan bincangkan faktor lain. Ada kajian dilakukan mengatakan penduduk yang tinggal sekitar 5-7 km dari kawasan loji tenaga nuklear juga berisiko tinggi mendapat kanser.



Kesan radiasi



Selain itu, sisa radioaktif perlulah disimpan dengan cara yang betul dan sangat-sangat teliti kerana ia boleh mengakibatkan percemaran permukaan dan air bawah tanah. Sisa radioaktif pada level yang sangat tinggi adalah lebih radioaktif hinggakan boleh membunuh dalam beberapa minit sahaja. Momoy juga ada pengalaman apabila reaktor di plant (loji) tu tiba-tiba terbakar di mana ketika tu Momoy sedang bekerja di atas reaktor tersebut. Untuk pengetahuan korang, hingga ke hari ini, tidak wujud lagi sebagai teknologi yang dapat mengasingkan atau menghapuskan sisa radioaktif tersbut. Jadi apa yang perlu mereka buat pada sisa tersebut?



Sejumlah besar sisa radioaktif daripada reaktor (low level) itu akan ditanam. Bayangkan jika bukan berlaku kebocoran radioaktif pun, sisa dari radioaktif ini sahaja pun sudah boleh memburukkan keadaan. Kerana radioaktif boleh bertahan sehingga berbilion tahun lamanya. Bertahun-bertahun tertanam dalam tanah dan mungkin bocor tanpa kita sedari akhirnya mencemarkan air bawah tanah.



Itu belum lagi termasuk kes kelalaian dan kecuaian sekiranya air mengalir tercemar oleh radioaktif. Tambahan lagi Malaysia sendiri pun sudah kelam kabut jika berlaku bencana alam seperti banjir lumpur atau tanah runtuh (Momoy hanya sebutkan beberapa contoh). Jika berlaku kemalangan yang besar disebabkan oleh kebocoran bahan radioaktif ni, mampukah negara menanganinya? Belum lagi masuk kos rawatan dan pemuliharaan.








Jika pun tidak berlaku letupan di loji nuklear, sebarang kesilapan dan kegagalan teknikal di system penyejukan (cooling water system) dah boleh sebabkan pengeluaran sebahagian besar radioaktif kesan dari peleburan wap dan bahan kimia. Ini la yang pernah terjadi di stesen tenaga nuklear Three Mile Island, Amerika Syarikat pada tahun 1979 dahulu. Tapi yang paling terburuk adalah di stesen tenaga nuklear Chernobyl, Ukraine pada 1986. Berjuta orang menderita akibat radiasi tu. Korang boleh search Google untuk melihat gambar-gambar mangsa radiasi. Tujuh keturunan pun belum tentu hilang dan sebab itulah ia digelar ‘half time’.





Kesan letupan tenaga nuklear



Korang tahu mengapa banyak stesen-stesen dan loji-loji tersebut terletak berhampiran dengan sumber air- tasik, laut atau pun sungai ? Sebabnya reaktor memerlukan air yang banyak untuk cooling system.  Cooling system sangat penting kawan-kawan dalam plant sebab ia berfungsi sebagai penyejukan kepada equipment yang kadang kala tu boleh mencapai suhu beratus-ratus darjah celcius. Paling tinggi Momoy pernah kerja suhunya mencecah 400 darjah celcius. Memang panas hinggakan atas jalan pun masih lagi terasa panasnya. Sambung semula… so apa jadi sekiranya sumber air itu tercemar pada hidupan akuatik dan manusia? Korang fikirkanlah sendiri.




Sumber air untuk pembekal sistem penyejukan



Baiklah. Momoy dah sentuh kesan pada manusia dan alam sekitar yang berkaitan pencemaran. Jika tidak berlaku pencemaran dan kebocoran, Momoy rasa isu keselamatan juga penting. Macam mana dengan keselamatan negara sekiranya berlaku peperangan? Jika berlaku ekspoitasi atau penyalahgunaan? Itu belum masuk lagi campur tangan dan isu politik. Maka, bagi Momoy selain keterujaan nak membina loji nuklear, kawalan dan system keselamatan juga perlu diambil kira.



Dan yang terakhirnya, nak bina loji nuklear ni bukanlah murah kawan-kawan. Kosnya teramatlah mahal. Belum termasuk kos membina loji, pakar-pakar, pengurusan, pendendalian dan yang paling penting kos untuk keselamatan. Kalau Malaysia nak bina loji nuklear ni, mungkin rakyat yang perlu menanggung dari segi kenaikan harga atau cukai.  Jika semua di atas tu Malaysia mampu sekalipun, Momoy masih rasa Malaysia perlu menyenaraikan satu lagi benda penting iaitu insurans kepada setiap rakyat Malaysia sekiranya berlaku kemalangan. Sebab Momoy tak mahu kos tersembunyi seperti insurans tidak dinyatakan. Jika tidak akan terjadi seperti mangsa radiasi tenaga nuklear Chernobyl.



Kesimpulan


Sebenarnya banyak lagi aspek yang Momoy nak sentuh tapi cukup lah. Kesimpulannya, biarpun terdapat kebaikkan pengunaan tenaga nuklear ni tapi Momoy tetap tidak bersetuju. Banyak perkara yang perlu diambil kira dan teliti bukan saja untuk setiap rakyat Malaysia tapi ia juga melibatkan rakyat di seluruh dunia. Gunalah cara lama seperti sekarang, ianya lebih selamat. Mencegah lebih baik dari merawat. Sekian.



Setelah tragedi di Jepun, kerajaan Malaysia masih punya hasrat membina loji nuklear? Baca [Loji tenaga nuklear | dilema Malaysia selepas krisis nuklear Jepun]



P/s : Isu tsunami Jepun dan radioaktif jadi bualan kitaorang bila lepak. Tapi 
        more to technical.

        Momoy ada plan nak buat lesen untuk jadi penguji kehadiran gas-gas   
        kimia dan radioaktif ni. Bahaya sangat tapi cool kan? Kena kumpul duit ni  
        =)


Thursday, March 17, 2011

JOB VACANCIES [Banyak Kerja dan Jawatan Kosong] - MAC 2011 (2)


Jawatan Kosong di Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri 

Selangor (PADAT)


Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) mempelawa para pemohon daripada calon-calon anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN
1. Pegawai Tadbir
2. Kurator
3. Penolong Kurator
4. Pembantu Muzium
5. Pembantu Tadbir (Pengkeranian dan Operasi)
6. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat
7. Pembantu Akauntan
8. Ahli Fotografi
9. Juruteknik
10. Pereka
11. Pembantu Keselamatan
12. Artis Budaya
13. Ahli Muzik

Untuk memohon korang [klik sini]
Tarikh Tutup : 23 Mac 2011



Jawatan Kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEGAWAI PENYELIDIK
2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
5. PEMBANTU PENYELIDIK
6. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
7. PEMBANTU TADBIR (P/O)
8. PEKERJA AWAM

Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://onlinejob.mpob.gov.my/jaw_kosong.php

Tarikh Tutup : 21 Mac 2011


Jawatan Kosong di Lembaga Muzium Negeri Terengganu


Terbuka kepada Rakyat Negeri Terengganu sahaja.

JAWATAN
1. Pembantu Tadbir (P/O)
2. Pembantu Tadbir (Kewangan)

Untuk borang permohonan [klik sini]

Tarikh Tutup : 21 Mac 2011


Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Selayang (MPS)


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. ARKITEK LANDSKAP
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
3. JURURAWAT
4. PENOLONG JURUTERA
5. PENOLONG PEGAWAI ALAM SEKITAR
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
7. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
8. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN DAN PERSEKITARAN
9. PENOLONG JURUAUDIT
10. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
11. JURUTEKNIK LANDSKAP
12. JURUTEKNIK (UKUR BAHAN)
13. JURUTEKNIK (BANGUNAN) 
14. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
15. PEMBANTU PENGUATKUASA N17

Borang permohonan korang boleh [klik sini]
Tarikh Tutup : 18 Mac 2011


Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 

Malaysia (FINAS)


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEGAWAI TADBIR – N41
2. PENOLONG JURUTERA – J29
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N27
4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA – N27
5. PEMBANTU PENGUATKUASA – N17
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) - N17
7. PEMANDU KENDERAAN – R3

Borang permohonan boleh dapatkan di [sini]
Tarikh Tutup : 21 Mac 2011



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!