NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Tuesday, March 8, 2011

Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Jun 2011




Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

A.Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) : 
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)

B.Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara : FizikKimiaBiologi MatematikPendidikan KhasBahasa Cina

C.Program Kembar Bahasa Perancis :Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language

D.Program Kembar Bahasa Jerman :Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

1.SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

1.1Warganegara Malaysia.

1.2
Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.

1.3
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

1.4Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

1.5
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-manatiga mata pelajaran.


DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :


1.5.1 Bahasa Melayu


1.5.2 Sejarah


1.5.3 Satu mata pelajaran yang lain serta ;


1.5.4 lulus Bahasa Inggeris

1.6
Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).



2.PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN   



2.1Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


2.1.1
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.


2.1.2
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


2.1.3
Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.2Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara


2.2.1
Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.


2.2.2
Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

2.3Program Kembar Bahasa Perancis


2.3.1Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1.

2.4Program Kembar Bahasa Jerman


2.4.1Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.



3.BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:

3.1Sekolah Kebangsaan (SK)


1.Pendidikan Prasekolah12.Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
2.Bahasa Melayu Pendidikan Rendah13.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
3.Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah14.Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah
4.Bahasa Arab Pendidikan Rendah15.Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah
5.Bahasa Tamil (SK) Pendidikan Rendah16.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
6.Bahasa Cina (SK) Pendidikan Rendah17.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
7.Bahasa Iban Pendidikan Rendah18.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
8.Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah19.Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
9.Matematik Pendidikan Rendah20.Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
10.Sains Pendidikan Rendah21.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
11.Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah




3.2Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)


1.Pendidikan Prasekolah10.Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah
2.Bahasa Melayu Pendidikan Rendah11.Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah
3.Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah12.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
4.Bahasa Cina Pendidikan Rendah13.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
5.Matematik Pendidikan Rendah14.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
6.Sains Pendidikan Rendah15.Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
7.Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah16.Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
8.Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah17.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah




3.3Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)


1.Pendidikan Prasekolah10.Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah
2.Bahasa Melayu Pendidikan Rendah11.Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah
3.Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah12.Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
4.Bahasa Tamil Pendidikan Rendah13.Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
5.Matematik Pendidikan Rendah14.Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
6.Sains Pendidikan Rendah15.Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
7.Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah16.Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
8.Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah17.Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
9.Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah


4.CARA MEMOHON

4.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011.

4.2
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

4.3
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4.4
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

4.5
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

4.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.



5.TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 MAC 2011



6.
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :




BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
No. Telefon : 03-888441260/1254/1253/1371/1235




URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804




URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045



7.MAKLUMAN DAN PERHATIAN

7.1
Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.

7.2Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

7.3
Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan danmenempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).

7.4
Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.

7.5
Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.

7.6
Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.



8.PENDAFTARAN

Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jun 2011 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.



9.IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.




BENTUK PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus PersediaanInstitut Pendidikan Guru yang ditetapkan
3 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian)Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
8 semester


Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus PersediaanKolej Persediaan KPM
2-4 semester (mengikut kolej pengajian)
Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia,Biologi, Pendidikan Khas)Universiti Terkemuka Luar negara (UK, Australia atau New Zealand)
6-7 semester (mengikut kolej pengajian)
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh KPM
2 semester
Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) :
a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor
b. Taylor's University, Subang Jaya, Selangor
c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak.


Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Bagi Bidang Bahasa Cina
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus PersediaanBeijing Foreign Studies University,Beijing, China
2 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua)Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
8 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
2 semester


Program Kembar Bahasa Perancis
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus PersediaanInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Perancis)Universiti Terkemuka Negara Perancis
6 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester


Program Kembar Bahasa Jerman
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus PersediaanInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
4 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Jerman)Universiti Malaya
6 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester

Catatan : Bentuk pengajian yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan

KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN



1.0
Calon hendaklah menyemak permohonan dari semasa ke semasa untuk mengetahui 
status permohonan masing-masing. Bersama ini disediakan satu kalendar aktiviti 
permohonan bagi memudahkan calon menyemak status permohonan. Kalendar yang 
disediakan ini adalah sebagai panduan dan tarikh boleh berubah mengikut keadaan.


2.0
Kalendar aktiviti bagi permohonan Kursus Persediaan adalah seperti berikut dan 
tertakluk kepada perubahan semasa.Calon dinasihatkan menyemak status 
permohonan dari semasa ke semasa pada laman web bagi mendapatkan maklumat 
terakhir permohonan.


Bil
Aktiviti
Tarikh
1
Iklan akhbar permohonan KPLSPM Ambilan Jun 2011.
06 Mac 2011
2
Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
07 Mac 2011
3
Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).
21 Mac 2011
4
Semakan nama calon yang berjaya ditemu duga secara dalam talian (pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).
04 April 2011
5
Temu duga KPLSPM Ambilan Jun 2011. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang dicetak melalui internet yang telah dilengkapi)
11 April hingga 22 April 2011
6
Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).
21 Mei 2011
7
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).
20 Jun 2011


Catatan :

  • Sila cetak kalendar aktiviti ini untuk simpanan dan rujukan anda.

  • Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan calon dan tertakluk kepada 
    perubahan.

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat di : http://www.moe.gov.my atauhttp://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm

PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Bayaran boleh dibuat di Kaunter BSN atau Mesin ATM BSN / Perbankan SMS BSN (bagi pemegang akaun GIRO sahaja) dengan harga RM6.00.
Jika melalui mesin ATM BSN - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > Pendidikan > KPLSPM dan masukkan No. Kad Pengenalan anda atau pemohon lain. Boleh juga membeli No. Pin pemohon lain menggunakan Kad ATM anda.
Pemohon juga boleh membeli No. Pin melalui Perbankan Internet BSN : http://www.mybsn.com.my/ - Pin Purchase > Pendidikan > KPLSPM
Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.
TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 7 MAC – 21 MAC 2011
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ON-LINE : 21 MAC 2011




UPDATE: TARIKH TUTUP PERMOHONAN dilanjutkan 25 MAC 2011
SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA KPLSPM 2011 [klik sini]

P/s: Source from email and picture from Google

4 Comments
Comments

4 tukang comment:

**hudalulu** said...

kalau dapat tau pasal Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI) pengambilan akan datang, tolong update eyh.. =) update eyh..

.::: Princess MOMOY :::. said...

Okay dear ^^
Terima kasih sudi visit blog

CIK TOM said...

wah menarik..tp makin ramai dah cikgu skang kot..huk3..

.::: Princess MOMOY :::. said...

@CIK TOM
hihi...yela cik tom
takut lambakan cikgu mengangur plak kang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!