Salam kawan-kawan =)
Sebenarnya fakta ni Momoy dapat dari email Momoy. Fakta ni bagus tau. Ia bukan semata-mata citer pasal air suam, tapi berkenaan serangan jantung (heart-attack).
Korang nak tahu, masyarakat China dan Jepun minum air suam time breakfast. Bukan minum air sejuk yang kebanyakkan orang kita selalu buat. Mungkin ini lah masanya untuk kita mengubah tabiat semasa makan. Bagi Momoy memang tak susah. Sebab Momoy minum air suam dan air panas. Momoy memang tak minum air berais =) setelah bekerja.
Sekaligus gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung - Korang seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri .Mungkin korang belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung.
Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa...