Laporan mengatakan dalam masa dua minggu lagi debu radioaktif dari loji nuklear Fukushima-Daiichi di Jepun yang bocor akan sampai ke Britain. "Namun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana debu itu tidak berbahaya kepada manusia," kata Lars-Erik De Geer, Pakar Institut Kajian Pertahanan Sweden.
Hmm...entah kenapa Momoy rasa kurang yakin dengan statement tu. Tapi dia mungkin ada sebab kata begitu. Tak nak penduduk dunia rasa panik. Kalau pasukan SMART Malaysia jadi dihantar ke sana, radioaktif itu jika terkena pada pakaian dan dibawa pulang ke Malaysia, anak-anak dan keluarga mereka boleh dijangkiti dengan radiasi tu. Bayangkan.
Kesan mangsa radiasi - Google |
Radioaktif tu tersebut tak dapat dalam kesan jangka masa pendek. Inilah kejadian pencemaran debu radioaktif merebak ke negara lain seperti berlaku di Chernobyl, Ukraine. Begitulah dasyatnya kesan radiasi oleh tenaga nuklear. Kesan itu boleh dikurangkan jika hujan turun. Hujan dapat menghalang dari tersebar jauh. Setelah apa yang terjadi di Jepun, [Wajarkah Malaysia membina loji tenaga nuklear?]. Ambillah ikhtibar.
Apa-apa Momoy tahu yang Jepun sudah sedaya upaya meminimumkan kebocoran radioaktif dan mengawal situasi tersebut. Marilah kita berdoa agar mereka di Jepun tu selamat. [Hulur sumbangan ikhlas korang untuk membantu mereka]. Berita selanjutnya korang boleh [klik sini]