NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, March 13, 2011

Film Review | 127 Hours





Macam mana jika korang terperangkap di celahan batu canyon dan terpaksa bertarung nyawa tanpa sebarang bantuan alatan, makanan dan terpaksa memotong tangan sendiri ? Berdasarkan kejadian sebenar pada tahun 2003, 127 Hours dilakonkan oleh James Franco dan diarah oleh Danny Boyle.


Hmm… Ramai yang review tentang cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Tetapi Momoy nak review tentang filem 127 Hours. Tengok 127 hours ni 3 hari yang lepas.


127 hours ni jalan cerita yang simple tapi cara olahan bagi Momoy mantap. Aron Ralston (lakonan James Franco) seoarang jurutera yang hidupnya jarang bersosial dengan family dan kawan-kawannya. Malah Ralston ni langsung tidak kisah biarpun girlfriend dia tinggalkan dia.


Sehinggalah suatu hari dia terperangkap di Blue John Canyon. Batu penahan lorong air batuan canyon tu tiba-tiba longgar lalu memerangkap tangan kanan Ralston. Ralston tak dapat bergerak di mana kedudukan dia tergantung di tengah-tengah lorong batu canyon tu selama 5 hari!


Filem 127 hours ni hampir 90% lokasi hanya melibatkan seorang pelakon dan tempat batuan canyon yang teperangkap tu saja. Jalan cerita majoriti berkisar tentang perjuangan, khayalan, kekesalan pada keluarga dan teman-teman, mimpi dan kehendak apabila otak mula ligat memikir penyelesaian dalam kehampaan. Tambah pula dengan ketiadaan bekalan makanan dan minuman. Minuman cuma botol air 1000 liter saja. Hingga memaksa Ralston top up botol air tu dengan air kencing dia sendiri untuk terus hidup.


Batu penahan yang longgar inilah menyekat sepanjang hayatnya


Khayalan dan memori tentang keluarga Ralston- mak, ayah dan adik perempuan terbayang-bayang dalam kepala. Seperti… ‘Jika aku sentiasa jawab panggilan telefon mak…’, ‘Jika aku bagitahu kawan sekerja ke mana tempat aku nak pergi…’ dan macam-macam lagi.


Part paling dasyat bila Ralston ni cuba memotong tangan kanan dia yang membuatkan tubuhnya terperangkap tapi tak berjaya. Pisau tu tak mampu nak tembus tulang tangannya. "Don't give up Aron! Do not give up!" - Aron Ralston tu kata sambil air mata meleleh. Power la yang ni. Ending cerita ni memang kesian bila dia nekad potong dan patahkan tangan kanan dia. Nak termuntah juga Momoy dan penonton lain dalam cinema tu bila part tu. 



Jalan cerita memang boleh dipuji. Sebab bila otak kita buntu dan tak mampu berfikir, memang akal mula eksploitasi dan memikir yang bukan-bukan. Lepas tengok 127 hours ni, buatkan Momoy terfikir sesetengah orang boleh survive biarpun melalui pengalaman yang menakutkan. Dan berharap mereka dapat jalani kehidupan dengan tabah biarpun mereka sudah tidak sempurna lagi. Kita mula sedar kepentingan dan menghargai orang sekeliling bila kita telah kehilangan mereka. 


5 Comments
Comments

5 tukang comment:

antudegil said...

this film base on true story pasal mamat aron tu. dia punya interview boleh tengok dekat youtube.

Nini Mohd said...

erk~
takot gak bila difikirkan benda macam ni. macam2 boleh jadi.
saya pun suka keluar pegi mane2 sorang2 jer. & tak bagitau sape. huhuu~

Unknown said...

fy da download cite ni..tp xmampu nk tgk bila ada bab2 potong tgn tu.ngeri..!!!

puan anis said...

macam sadis jew...anis da la penakut...adoi..memang xtgok la...hehehehe

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ antudegil
true story tahun 2003
u.tube dia pun dah tgk
then caradia jalani hidup dia lepas peristiwa kat batu canyon tu

@Nini Mohd
hmm...kena beringat tu ...

@CheQ PP JoY
tula... momoy ngan org lain dalam cinema tu nak termuntah

@ misz anis
ending je yang x lalu sket
yang lain ok jer...tapi memang kesian la anis kalau tgk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!