NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.
Showing posts with label :: NUR ISLAM ::. Show all posts
Showing posts with label :: NUR ISLAM ::. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Betul ke kita telah meng HINA tanpa kita sedar?





Assalamaulaikum kawan-kawan.



Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu. 


Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu. 
[Bacaan selanjut di sini] 




 Petikan artikel Hina Tanpa Sedar tu membuat Momoy tersedar. Ya betul. Kita mengagungkan Al-Quran yang diturankan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w junjungan kita. Tetapi tanpa kita sedar, kita telah menghina mukjizat yang paling besar itu.

Momoy ingat lagi ketika Momoy di peringkat sekolah rendah, Momoy pernah ditegur oleh seorang ustazah muda dan cun (terima kasih ustazah!). Puncanya Momoy memakai beg sandang yang berisi Al-Quran semasa belajar mengaji. Kawan-kawan tentu tahu paras beg sandang adalah sama paras dengan pinggang atau pinggul kan. Sedarkah kita?

Comel baby ni =) -source

Setiap perkataan dalam Al-Quran wajib dihormati. Justeru, jangan pandang mudah dalam soal ini. Entri ini mungkin pendek sebab Momoy rushing sediakan report-report untuk meeting sekejap lagi. Tapi Momoy harap entri pendek ni boleh sama-sama memperingati tangungjwab kita memelihara kesucian Al-Quran. Momoy berbesar hati sekiranya kawan-kawan boleh share pandangan atau sebarang panduan untuk kebaikan kita bersama. Terima kasih sudi membaca =)


Friday, August 12, 2011

Merokok di bulan Ramadhan?


Salam kawan-kawan.

Petikan hadis untuk entry ini bukan bertujuan menyinggung hati kawan-kawan dan sesiapa yang merokok cuma sebagai nasihat.



SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK



Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”



Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”



Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”



Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”


Source dari FB
Petikan keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12.


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, apa kata ambil sebagai latihan untuk berhenti merokok =)





Photobucket

Tuesday, August 9, 2011

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH




(Sahaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)



Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:


Malam ke 1


Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.




Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu
bapanya.


Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarn-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


Malam ke 6 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.


Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.




Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.


Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.


Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati


Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih pada malam tersebut.


Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


Layan dulu video animasi Upin dan Ipin pergi terawih dari Youtube ni






SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH




Sumber dari email oleh sharm 


UPDATE:


Salam kawan-kawan.


Mohon maaf. Momoy terbaca HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH di website rasmi JAIS. Maka Momoy potong kelebihan solat sunat terawih ni kerana Momoy was-was dan ragu-ragu. Harap Maklum.


Details tentang HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH ni boleh [klik sini]



Sunday, July 31, 2011

Amalan-Amalan Malam Pertama Ramadhan | Doa Penuh, Translation, MP3 dan VIDEO Bacaan Doa



Assalamualaikum kawan-kawan.


 Esok 1 Ramadhan. Alhamdulillah. Kita dipanjangkan umur oleh NYA untuk sekali lagi menyambut ibadah puasa. Jadi apakah amalan-amalan atau perkara-perkara yang boleh kita lakukan pada malam pertama Ramadhan? [Selingan: baru perasan Momoy menggunakan perkataan 'kita' bagi menggantikan penggunaan 'korang'. Hee...]. 




Di bawah adalah antara amalan-amalan malam pertama Ramadhan:


Ghusl pada malam Ramadhan adalah sangat digalakkan. Basuhlah kepala sebanyak 30 kali tadahan tangan.
Ghusl (غسل) adalah perkataan Arab merujukkan kepada mandi. Untuk lebih details kawan-kawan boleh refer sini: ms.wikipedia 


Mendirikan solat sunat 2 rakaat, baca surah Al-Fatihah dan surah Al An'am. Kemudian minta doa kepada Allah untuk jauhkan kita daripada segala penyakit untuk tahun ini.


Membaca doa untuk malam terakhir Syaban [klik sini untuk doa]


Membaca doa melihat bulan [klik sini untuk doa].


Baca 5 doa-doa seperti di bawah. Korang boleh klik link tersebut untuk doa penuh, translation, MP3 dan video bacaan doa ye.



a. Allahumma Ya Man Yamliku      اللّهُمّ يَا مَنْ يَمْلِكُ  ,
b. Allahumma Rabba Shahr Ramazan     اللّهُمّ رَبّ شَهْرِ رَمَضَان   ,
c. Allahumma Inna Hadha Shahr  اَللّهُمَّ إنَّ هِذا شَهْر ,
d. Allahumma Innahu Qad Dakhala    اللّهُمّ إِنّهُ قَدْ دَخَلَ شَهْرُ    ,
e. Alhamdulilahil Lazee Akramna   الحَمْدُ لِلّهِ الّذِي أَكْرَمَنَا


Untuk menyambut bukan Ramadhan, baca doa ke 44 dari Sahifah as Sajjadiyyah
Kemudian disusuli dengan Doa Jawshan Kabeer. الجوشن الكبير dan Doa Hajj.

Jangan lupa untuk menghantar SMS Salam Ramadhan kepada kawan-kawan dan sanak sedara untuk meningkatkan semangat berpuasa dan menyambut Ramadhan. 

Korang juga boleh download Checklist Amalan Sepanjang Ramadhan dari IloveAllaah.com ni.





"Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Muslim dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat" 



Sumber: 
http://www.IloveAllaah.com



Wednesday, May 25, 2011

Semakan Tradisional Arah Kiblat Dengan Tepat Ketika Istiwa A'zam



Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.


Ketika kita bersedia untuk menunaikan solat, perkara yang pertama kita lakukan adalah menentukan arah kiblat kan kawan-kawan? Untuk pengetahuan korang, terdapat cara untuk memastikan (atau menyemak) kedudukan arah kiblat betul-betul menghadap Kaabah iaitu ketika istiwa A'zam (atau dikenali juga sebagai Istiwa Utama). 




Apa itu fenomena Istiwa A'zam ?


Maksud dan makna Istiwa A'zam ini adalah fenomena di mana kedudukan matahari berada betul-betul tepat di atas Kaabah setiap  dua kali dalam tahun. Ia terjadi apabila matahari berada tepat di titik zenit kaabah ketika melintasinya. Ini bermakna setiap tahun kita berpeluang untuk menyemak dua kali kedudukan arah kiblat secara tradisional. 


Kaedah tradisional ini lebih mesra pengguna, tepat, ekonomi dan mudah untuk dipraktikkan tau kawan-kawan. Oleh itu, pada saat terjadinya Istiwa A'zam, jika kita (di Malaysia) pandang ke arah matahari, maknanya kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat!




Bila Istiwa A'zam ?


1. Pada 28 Mei ( jam 5.16 petang ) setiap tahun.
2. Pada 16 Julai ( jam 5.28 petang ) setiap tahun.



Cara menyemak kedudukan arah kiblat


1. Pacakkan sebatang kayu di tanah lapang dan tidak terlindung dari sinaran matahari.  
2. Pastikan kayu tersebut tegak dan lurus.
3. Tunggu sehingga masa yang telah ditetapkan.
4. Lihat bayang dan tanda. Garisan bayang-bayang yang terhasil akan terarah tepat ke Mekah. 




Selain dari kayu, korang juga boleh melakukan semakan dengan menggunakan tiang lampu, tiang bendera, dinding bangunan/ rumah atau 
apa-apa yang tegak 90 darjah sebagai panduan


Untuk kesempurnaan semakan, korang perlu pastikan jam yang digunapakai adalah tepat.




Rujukan : 

Friday, April 1, 2011

Bagaimana Mencari Muka Surat di Setiap Awal Juzuk Al-Quran



Assalamualaikum kawan-kawan. 


Momoy terjumpa blog menarik di Imran Shamsir. Blog ilmiah yang mengajar cara-cara membaca Al-Quran dan pengetahuan lain. Salah satu artikel yang menarik hati Momoy adalah cara untuk kita mengenalpasti muka surat setiap awal juzuk  Al-Quran. Macam mana? Dengan hanya menggunakan formula ringkas:




( x - 1 ) 2+2

x= juzuk yang hendak dicari mukasuratnya.




Bagaimana nak guna formula tersebut?


Juzuk yang hendak dicari mukasuratnya, korang tolak dengan angka 1. Hasil jumlah tersebut korang darab dengan angka 2. hasil jawapan hendaklah ditambah dengan angka 2 pada hujungnya.




Contoh 1
Untuk cari muka surat ke berapa bagi juzuk 6. Cara kira:

6 – 1 = 5
5 x 2 = 10
10 ditambah angka 2 dihujungnya  = 102

Contoh 2
Untuk cari muka surat bagi juzuk 30. Cara kira::
30 – 1 = 29
29 x 2 = 58
58 ditambah angka 2 dihujungnya = 582


NOTE:
Kaedah pengiraan ini hanya sesuai pada Al-Quran 
Rasm Uthmani sahaja, tidak kira sama ada mushaf fizikal atau digital. 
Manakala al-Quran yang menggunakan Rasm Imla’i atau lebih dikenali dengan istilah 'al-Quran Majeed' adalah berlainan.



Di dalam al-Quran Rasm Uthmani. Setiap satu juzuk mengandungi 20 muka surat. Manakala, setiap satu muka surat mengandungi 15 baris ayat.


Thursday, March 17, 2011

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari | Bukti Kiamat Makin Hampir





Assalamualaikum kawan-kawan. 

Dalam Al-Quran ada menyebut bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:   


1. Zina bermaharajalela 
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik. 
3. Bermaharajalela alat muzik. 
4. Menghias masjid dan membanggakannya. 
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. 
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa. 
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya 
    kelihatan muda. 
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan 
    perdagangan) 
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa 
     takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi. 
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan 
     pengejek dalam masyarakat. 
12. Semakin ramai golongan homoseksual. 
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah. 
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.   


Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.   

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.    


Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.    





Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.   


Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat. Amin. 


Sumber: Google dan Jalan Sehala




UPDATE : Korang boleh baca artikel 'Gempa ubah paksi bumi' dari akhbar ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!