Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.
Ketika kita bersedia untuk menunaikan solat, perkara yang pertama kita lakukan adalah menentukan arah kiblat kan kawan-kawan? Untuk pengetahuan korang, terdapat cara untuk memastikan (atau menyemak) kedudukan arah kiblat betul-betul menghadap Kaabah iaitu ketika istiwa A'zam (atau dikenali juga sebagai Istiwa Utama).
Apa itu fenomena Istiwa A'zam ?
Maksud dan makna Istiwa A'zam ini adalah fenomena di mana kedudukan matahari berada betul-betul tepat di atas Kaabah setiap dua kali dalam tahun. Ia terjadi apabila matahari berada tepat di titik zenit kaabah ketika melintasinya. Ini bermakna setiap tahun kita berpeluang untuk menyemak dua kali kedudukan arah kiblat secara tradisional.
Kaedah tradisional ini lebih mesra pengguna, tepat, ekonomi dan mudah untuk dipraktikkan tau kawan-kawan. Oleh itu, pada saat terjadinya Istiwa A'zam, jika kita (di Malaysia) pandang ke arah matahari, maknanya kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat!
Bila Istiwa A'zam ?
1. Pada 28 Mei ( jam 5.16 petang ) setiap tahun.
2. Pada 16 Julai ( jam 5.28 petang ) setiap tahun.
Cara menyemak kedudukan arah kiblat
1. Pacakkan sebatang kayu di tanah lapang dan tidak terlindung dari sinaran matahari.
2. Pastikan kayu tersebut tegak dan lurus.
3. Tunggu sehingga masa yang telah ditetapkan.
4. Lihat bayang dan tanda. Garisan bayang-bayang yang terhasil akan terarah tepat ke Mekah.
Selain dari kayu, korang juga boleh melakukan semakan dengan menggunakan tiang lampu, tiang bendera, dinding bangunan/ rumah atau
apa-apa yang tegak 90 darjah sebagai panduan
Untuk kesempurnaan semakan, korang perlu pastikan jam yang digunapakai adalah tepat.
Rujukan :