NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, April 24, 2011

Semakan Status Kelayakan Ujian MEdSI bagi DPLI dan ISMP Ambilan Julai 2011





Calon yang memohon Diploma Pendidikan (DPLI) bagi Lepasan Ijazah dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi Lepasan SPM & Diploma/ STPM boleh menyemak Status Kelayakan Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) di : http://www.mpm.edu.my/medsiregter/index.php - Ujian akan diadakan pada 30 April 2011 (Sabtu)



MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
http://www.mpm.edu.my/







Khas Wanita Sahaja | Tempoh Hayat Alat Make Up





Korang suka make up kan? Momoy juga. Cuma korang alert tak tentang jangka hayat (expire date) pada alat make up korang? Momoy terjumpa info menarik tentang tempoh hayat bagi alat make up. Rasanya baik Momoy share bersama korang. Selalunya expire date untuk alat make up kita boleh lihat di  barang tersebut (atau kotak). 




Tapi kalau terlebih dari masa, rasanya kita sendiri boleh detect bila warna, rasa atau bau nya dah berubah. Kelebihan lain kenapa kita mesti tahu tempoh hayat alat make up, supaya kita boleh manage untuk beli alat make up kita. Maksud Momoy, bulan depan apa yang kita kena beli dan seterusnya. Terancang sikit kan. Okay, di bawah ni disenaraikan tempoh hayat alat make up selepas dibuka dan diguna. Jom lihat.




Picture- Google



Foundation (alas bedak)
Cream foundation: 1 1/2 tahun
Liquid foundation (oil free): 1 tahun
Concealer :1 tahun



Powder dan blush
Cream to powder: 1 tahun
Powder: sehingga 2 tahun
blush: sehingga 2 tahun
cream blush: 1 tahun



Eye make-up atau eye shadow
Cream eye shadows: 1 tahun
Powder eye shadows: sehingga 2 tahun
Eye liner (pencil): 1 tahun
Eye liner (liquid): 3-6 bulan
Mascara: 1-3 bulan



lipstik atau lipgloss
Lip liner: 1 tahun
Lipstick: sehingga 2 tahun
Lip gloss: 1 1/2 tahun




So lepas ni, kalau dah tamat tempoh tapi masih banyak lagi, korang jangan berasa sayang nak buang. Bahaya untuk kulit dan kesihatan kita tau kawan-kawan =)


Info credit to sioloon.com

Friday, April 22, 2011

JOB VACANCIES [JAWATAN KOSONG SEKTOR KERAJAAN] April-May 2011 (3)




Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 


JAWATAN
1. PEGAWAI PERGIGIAN U48
2. KURATOR S48
3. PEGAWAI PSIKOLOGI S48
4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
5. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
6. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
7. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
8. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
9. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
10. PEMBANTU AKAUNTAN W17
11. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
12. PEMBANTU MAKMAL C17
13. TUKANG K2 (MEKANIKAL) R11
14. ATENDAN KESIHATAN U3

Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://myjobs.upsi.edu.my/job/recruitment.jsp
Tarikh Tutup : 29 April 2011



Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu 


JAWATAN
1. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
2. Pembantu Pemuliharaan S17
3. Tukang Masak N17

Borang permohonan boleh [klik sini]
Tarikh Tutup : 28 April 2011



Jawatan Kosong di Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan 

(FELCRA)


JAWATAN
- Eksekutif (Pentadbiran) (8 Kekosongan)

Borang permohonan boleh [klik sini]
Tarikh Tutup : 5 Mei 2011





 Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 


JAWATAN:
1. PEGAWAI PENERBITAN GRED N41
2. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41-54
3. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
4. PUSTAKAWAN GRED S41
5. AKAUNTAN GRED W41
6. JURUPULIH PERUBATAN GRED U29/32
7. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29
8. JURURAWAT PERGIGIAN GRED U29
9. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN GRED U29
10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
11. PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N27
12. PEMBANTU LAUT GRED A17
13. PEMBANTU MAKMAL GRED C17
14. JURUTEKNIK GRED J17
15. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP17
16. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) GRED N17
17. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17
18. TUKANG K1 GRED R17
19. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W17
20. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
21. PEMANDU KENDERAAN GRED R3/R6
22. OPERATOR LOJI GRED R3
23. PEKERJA RENDAH AM GRED R1

Permohonan secara online di: http://erecruitment.upnm.edu.my/
Tarikh Tutup : 24 April 2011

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Jerantut, Pahang 


Keutamaan akan diberi kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

JAWATAN
1. Pembantu Tadbir GRED N17
2. Pemandu GRED R3
3. Pekerja Awam GRED R1

Borang permohonan [klik sini]
Tarikh Tutup : 25 April 2011



Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 


Keutamaan kepada Rakyat Negeri Selangor.

JAWATAN
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)
2. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA (J29)
3. PEMBANTU AM PEJABAT (N1)

Borang permohonan [klik sini]
Tarikh Tutup : 25 April 2011


Picture- Google


Jawatan Kosong di Majlis Daerah Machang, Kelantan


JAWATAN
1. Pembantu Penguatkuasa
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
3. Pegawai Khidmat Pelanggan
4. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
5. Penghantar Notis
6. Pemandu Kenderaan R3
7. Pekerja Awam R1

Borang permohonan [klik sini]
Tarikh Tutup : 24 April 2011


Thursday, April 21, 2011

Pengumuman Kepada Blogger | Pengiklanan Blog Percuma



Salam kawan-kawan.


Berita menarik yang mahu Momoy kongsi bersama korang semua tentang pengiklanan blog korang secara percuma di http://www.faizalsyukri.com. Yang menariknya korang cuma perlu register [klik sini] dan patuhi syarat mudah blogger otai (dikenali sebagai Peja) tersebut. Semua rakan-rakan blogger boleh join tetapi pastikan blog korang bukan blog berunsur lucah, politik dan perkauman. 




Nanti bro Peja akan asingkan blog korang kepada 4 kategori iaitu peribadi | perniagaan | ilmu dan info | rojak  Pengiklanan blog percuma oleh blogger otai untuk penjanaan trafik ke blog. Korang tak mahu ke? Jadi tunggu apa lagi. Cepat register atau klik banner di bawah ni.





Wednesday, April 20, 2011

RESUME | Bagaimana Bahagian Sumber Manusia Menilai



Korang sudah menyediakan resume untuk memohon kerja. Tapi tahukah korang bagaimana bahagian sumber manusia (human resources department) menilai resume korang? Nak tahu apa yang mereka lihat atau nilai? Benda yang patut korang ambil berat semasa menulis resume. Teruskan bacaan.


Hubungan (cable)


Resume yang bagus dan pengalaman kerja yang hebat belum tentu menjamin yang korang akan mendapat kekosongan kerja tersebut. Percaya tak kalau Momoy kata macam tu? 


Tips: Jika korang kenal mana-mana cable besar dalam company yang korang nak apply tu, adalah lebih baik korang direct bagi resume korang padanya. Lagi pun bahagian sumber lebih mementingkan cable daripada resume korang. Maka, kalau kenal cable besar-besar dalam company tu adalah baik korang tulis dalam resume korang sebagai reference. Tapi Momoy tak pernah guna lagi cara ni sebab suka usaha sendiri. Ada kepuasan.




Professional
  
                                  Email 1:       kokomilo@gmail.com

                                  Email 2:       wenjuz2fun@yahoo.com

                                  Email 3:       m.haikal@gmail.com




Antara ketiga-tiga address email di atas yang mana nampak lebih profesional? Sedar atau tidak bahagian sumber manusia juga menilai resume korang melalui address email yang korang beri tu. Tips: Jadi Momoy sarankan korang supaya create satu email khas untuk kerjaya korang.


Picture -Google

Pengalaman 


Sekiranya korang graduate pada tahun 60an atau 70an (atau sebelumnya) lebih baik korang tidak meletak tarikh graduate korang. Tips: Fokuskan resume korang lebih pada pengalaman bekerja korang. Bagaimana untuk menulis pengalaman kerja korang supaya nampak 'mahal'? Korang boleh baca entry ini [RESUME | Benda Yang Orang Jarang Buat Ketika Menulis Resume]




Cover Letter


Ramai yang percaya bahawa pihak pengurusan akan membaca cover letter/ application letter tapi sebenarnya tidak! Tetapi Momoy tetap beranggapan memberi resume lengkap dengan cover letter nampak lebih 'cantik' dan profesional (biarpun mereka tidak membacanya). Bagaimana menulis cover letter yang menarik? Korang boleh Google, di situ banyak contoh-contoh cover letter. 


Picture - Google

Helaian


Banyak tips memberitahu resume yang baik adalah 2 helai sahaja. So, korang pun menulis resume dengan menggunakan front yang terlalu kecil sebab nak memuatkan segala maklumat. Tahukah korang yang bahagian sumber manusia tidak akan membacanya. Tips: Elakkan dari menggunakan front yang kurang dari 11 point. Susun maklumat dengan kemas supaya tidak banyak helaian. 1 atau 2 helai sudah memadai




Tetapi helaian resume juga mungkin lebih, bergantung kepada jenis jawatan yang dipohon, industri atau jenis bidang dan pengalaman kerja korang. 

Monday, April 18, 2011

Scream 4 | SCRE4M 2011




Salam kawan-kawan.




SCRE4M (dibaca sebagai Scream 4) review: Plot cerita mengenai seorang penulis, Sidney Prescott yang kembali ke Woodsboro selepas 10 tahun book tour beliau. Ketika tu, pembunuh kejam yang dikenali sebagai Ghostface mula membunuh ramai student di High School Woodsboro. Sekumpulan students yang fanatik dengan cerita hantu teruja bila berlaku pembunuhan kejam mirip cerita filem. Sampai la mereka kena bunuh sorang-sorang.


Maaf ye. Momoy review filem pendek je tapi review panggung mungkin sedikit panjang.


Momoy tengok cerita ni pada 15 April hari tu iaitu hari pertama filem Scream 4 ni ditayangkan. Okay boleh tahan ramai juga penonton dalam cinema. Kedudukan seat kitaorang 2nd row yang terakhir. Starting cerita sampai ending Momoy memang menjerit takut. Gila takut. Sebelum ni tak pernah pula Momoy takut tengok cerita. Ceh pertama. Ceh yang kedua pula hanya Momoy je yang menjerit. Orang lain semua tengok cerita rilex je. Apakah?


Korang faham-faham saja la kalau satu panggung tu cuma dengar suara Momoy je. Makanya, memang Momoy kena kutuk kaw-kaw oleh mamat 4 orang kat belakang Momoy tu. Err... yang penonton lain Momoy tak dengar kutukan mereka sebab asyik sangat menjerit. Rasanya macam satu panggung tu je. Sebab bila habis cerita, semua orang asyik mencari siapa la yang punya suara tu. Haha... malu gila.


Ini lah kali pertama RM 11 diguna dengan begitu baik sekali oleh Momoy. Wah! Syabas Momoy. Tak membazir sedikit pun sebab starting sampai ending buat semua penonton Momoy menjerit ketakutan. Haha... Hampeh. Momoy memang mempunyai talent untuk memeriahkan suasana ketika menonton filem tersebut. Momoy anggap Momoy sebagai medium untuk menjayakan filem tu. Itu je la ayat untuk cover malu Momoy =P


Err... yang suka untukstresskan otak korang untuk berfikir siapa sebenarnya ghostface, boleh la pergi tengok. Tapi comfirm korang takkan dapat teka dengan betul lah. Cuma Momoy rasa pelik tengok tenaga ghostface tu time angkat dan buang budak perempuan tu melalui tingkap. Sebab ghostface tu cuma... nak tahu? Korang pergi la tengok sendiri cerita ni. Haha... Ya. Momoy tahu Momoy kejam. 


Nak review thriller filem Scream 4 [kllik sini]
Credit picture to Google.com

Sunday, April 17, 2011

Bola Sepak Liga Super 2011 | Terengganu Terbaik!





Salam kawan-kawan.


Keputusan Bola Sepak Liga Super semalam dengan keputusan Selangor ( 26 mata) menjuarai dan diikuti Terengganu (24 mata) dengan tempat kedua. Ketiga Perak kekal di tempat ketiga dengan 22 mata. Cayalah. Mungkin belum terlewat untuk Momoy ucapkan tahniah... tahniah... tahniah Terengganu. Hehe...




Google




Okay. Ni keputusan Bola Sepak Liga Super semalam, 16 April 2011.





Johor FC  vs Harimau Malaya 
0-1


Kedah vs Pahang 
1-0


Kelantan vs Sabah
0-0


Kuala Lumpur vs  T Team
3-1


Selangor  vs Perak
1-0


Perlis vs Negeri Sembilan
3-2


Terengganu vs Felda United
1-0


JOB VACANCIES [Banyak Kerja dan Jawatan Kosong] - APRIL 2011 (2)




Jawatan Kosong di Jabatan Zakat Negeri Kedah 

JAWATAN:
- Pegawai Zakat (Korporat) Gred S41

Borang permohonan [klik sini]
Tarikh Tutup : 25 April 2011



Jawatan Kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)


Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor.

JAWATAN:
1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
2. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED N27
3. JURUTEKNIK GRED J22

Borang permohonan [klik sini]
Tarikh Tutup : 22 April 2011


Google


Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)


JAWATAN:
1. Pegawai Tadbir Gred N41
2. Jurutera Gred J41
3. Pegawai Sistem Maklumat Gred F41
4. Pegawai Undang-undang Gred L41
5. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
6. Penolong Akauntan Gred W27
7. Penolong Juruukur Bahan Gred J29
8. Penolong Jurutera Gred J29
9. Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi Gred N17
10. Pengawal Keselamatan Gred KP11
11. Pembantu Am Pejabat Gred N1

Borang permohonan [klik sini]
Tarikh Tutup : 21 April 2011


Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM)


JAWATAN:
1. JURUTEKNIK GRED J17
2. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
3. PEMBANTU MAKMAL GRED C17
4. PEMBANTU PENERBITAN GRED N17
5. PEMBANTU TADBIR GRED N17
6. SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27

Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://e-recruitment.um.edu.my/

Tarikh Tutup : 18 April 2011


Wednesday, April 13, 2011

Semakan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Jun 2011





Semakan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/kplspm/sptd_kplspmjun2011/index.cfm



KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my


Tuesday, April 12, 2011

Princess | Relevan lagi ke?




Salam kawan-kawan tersayang.

Penggunaan princess sebagai nama belog Momoy sesuai  ke tidak kawan-kawan? Oh. Tiba-tiba merasakan diri ini amat matang seketika. Ketika blogwalking, rata-rata Momoy jumpa memang ramai blogger muda yang gunakan ‘princess’ sebagai nama belog mereka. Tiba-tiba Momoy rasa sangat-sangat la tidak sesuai dengan Momoy yang kurang muda ini. Mahu saja Momoy kumpul kesemua mereka yang muda-muda ini dan ikat di tiang signboard tepi jalan. Jeles. 


Princess- Google


Satu lagi yang Momoy perhatikan kesemua ‘princess’ itu menggunakan warna pink bagai background atau theme bagi blog masing-masing. Blog Momoy? Kena bawa torchlight sebab gelap gelita.


Apakah Momoy harus bertukar kepada Queen Momoy? Waa… sedihnya. Itu la semasa buat blog tak pernah fikirkan hal ni. Aiseyy… tittle princess tu lagi 2 tahun lagi memang dah tak sesuai ngan Momoy. Urm… sad (T_T)


Aiseyy… kena tukar ke ni. Fikir dulu. Apa pandangan korang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!