Salam kawan-kawan yang Momoy sayang.
Momoy terfikir sekiranya Momoy bukan blogger... mungkin pada masa ni Momoy akan lepak bersama kawan-kawan yang kaki mengutuk. Dan pandangan biasa mata-mata orang yang pandang atau jeling Momoy. Sebabnya hanya Momoy je yang berlainan jantina. Well... Kerja dengan lelaki. Memang Momoy secara jujur tak ada kawan perempuan.
Kalau Momoy bukan blogger... mungkin di saat ini Momoy ada kat sungai atau muara dekat dengan rumah. Memancing dengan kawan-kawan. Tapi sekarang asyik hujan je.
Terfikir lagi, kalau Momoy bukan blogger... time habis kerja, Momoy dan kawan-kawan akan main bowling ramai-ramai. Siap beating. Dan seperti biasa hanya Momoy budak perempuan dalam group tu. Maka, kena challenge stamina diaorang yang dasyat-dasyat tu. Hampeh...
Kalau Momoy bukan blogger... mesti sekarang ni Momoy dah buat kapal kertas. Kenapa? Sebabnya petang tadi hujan. Air naik. Boleh main banjir. Haha... Seronok tu.
Dan kalau Momoy bukan seorang blogger... mesti blog Momoy ni tak menyemak dalam dunia maya ni. Mesti hidup Momoy aman dan tak sakit kepala nak fikirkan entry apa nak posting. Bila nak curi masa buat entry. Mesti tak rasa tension biarpun internet kuarkan signal "No network access".
Tapi itu la yang malangnya kerana Momoy seorang blogger. Makanya, Momoy akan rasa sangat menyesal kalau Momoy tak kenal dengan korang-korang yang sangat best, sporting dan tak lokek sharing ilmu. Thanks korang. Love korang. Yeah...
*****************************************************************