NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, May 29, 2011

JAPAN TRADITIONAL SUGAR CANDY Yang Super Cute!




Salam kawan-kawan.


Korang tentunya sudah biasa dengan candy (gula-gula) di Malaysia atau oversea kan? Entry untuk In luv Japan | Korean  kali ini Momoy nak bercerita tentang Japan Traditional Sugar Candy.


Apa yang menarik tentang Japan Traditional Sugar Candy ni? Serius, Gula-Gula Tradisional Jepun (terjemahan =P) ini bagi Momoy sememangnya comel-comel belaka! Semua Japan Traditional Candy ini dibuat dengan penuh ketelitian, kesempurnaan, kesenian, penuh usaha dan kerja keras, kesabaran, diligence dengan rasa yang sedap untuk menghasilkannya. Korang tak percaya, lihat ni... 


Comel kan?


Semuanya candy termasuk yang berbentuk colourful shining pearl tu.



Ayanokouji Temari Candy





Yang ni namanya Ayanokouji Temari Candy. Untuk pengetahuan korang, candy ni dah lama dilancarkan. Iaitu melebihi 100 tahun! Ini bermakna bukan sekarang baru wujud candy yang cantik dan cute-cute ni tapi dah lama. Oh ya kawan-kawan. Temari dalam bahasa jepun bermaksud bola berhias dengan benang-benang yang comel.



Konpeito sugar crystal candy




Konpeito (juga disebut kompeito)sugar crystal candy! Candy ni diperbuat dari pure sugar dan berbentuk seperti confetti stars. Ianya boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama teh atau kopi juga untuk decorate special dessert ! 



Hihi... packaging untuk konpeito ni juga comel <3




Ada banyak lagi sebenarnya Japan Traditional Sugar Candy ni. Google saja jika korang berminat nak tahu ye =) 




Korang tahu ini juga adalah Japan Tradisional Candy tau yang digunakan semasa Japan Doll Festival 



Bukan saja Japan Traditional Sugar Candy ni sahaja yang cute, malah cara pembungkusannya (packaging) juga cute! Tak dapat Momoy bayangkan betapa banyak effort diaorang curahkan untuk hasilkan Japan Traditional Candy tu. Amacam kawan-kawan, comel kan? Rasa sayang kan nak makan ? =)



Semua gambar credit pada Pak Cik Google.

Thursday, May 26, 2011

Giveaway Belog Nemomimosh



Salam kawan-kawan.


Sedang blogwalking ke blog Odahone, Momoy tertarik dengan Giveaway Belog Nemomimosh oleh pengajurnya http://zaihazrasulaiman.blogspot.com. Sebab lama tak join GA so saja nak mencuba-cuba. Lagi pun bulan ni kekurangan entry. Gulp! 


Momoy nak tarik sekali ayie | ferry | caliph untuk join bersama-sama. Korang juga boleh join kalau berminat =) Syarat-syarat GA [klik sini]








Jom jom meriahkan GA Belog Nemomimosh ni!


JOB VACANCIES [Banyak Kerja dan Jawatan Kosong] - MAY & JUNE 2011




Jawatan Kosong di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)




JAWATAN
1. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
2. Penolong Akauntan Gred W27
3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17
5. Pegawai Khidmat Pelanggan Gren N17
6. Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat Gred N17
7. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17
8. Pereka Gred B17
9. Pembantu Am Pejabat Gred N1
10. Pekerja Awam Gred R1
11. Pemandu Kenderaan Gred R3


Borang permohonan boleh [klik sini]
Tarikh Tutup : 6 Jun 2011



Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) 


JAWATAN:
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG41)
2. Pegawai Ehwal Ekonomi (E41)
3. Pegawai Penilaian (W41)
4. Juruaudit (W41)
5. Akauntan (W41)
6. Pegawai Undang-Undang (L41)
7. Pegawai Syariah (LS41)
8. Pegawai Hal Ehwal Islam (S41)
9. Pegawai Tadbir (N41)
10. Pegawai Perancang Bandar & Desa (J41)
11. Penolong Akauntan (W27)
12. Pembantu Tadbir Kewangan (W17)
13. Pembantu Tadbir Undang-Undang (L17)
14. Pembantu Juruaudit (W17)
BORANG 1
http://www.mais.net.my/images/stories/Iklan/Jkosong/2011/bpjkp10.pdf
BORANG 2
http://www.mais.net.my/images/stories/Iklan/Jkosong/2011/bpmastautin11.pdf
Tarikh Tutup : 30 Mei 2011




Picture- Google



 Jawatan Kosong di Majlis Daerah Perak Tengah


JAWATAN
- PEMBANTU AM PEJABAT
Untuk borang permohonan korang boleh [klik sini]
Tarikh Tutup : 31 Mei 2011




Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)


JAWATAN
- Akauntan

Borang permohonan [klik sini]
Tarikh Tutup : 31 Mei 2011



Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Johor


JAWATAN
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
2. PEMBANTU TADBIR GRED N17

IKLAN JAWATAN
http://www.lpj.gov.my/images/stories/upload/IKLAN%20N27.pdf
Tarikh Tutup : 2 Jun 2011

Wednesday, May 25, 2011

Mc Donald's Promo | Buy 1, Get 1 FREE Mc Chicken ! Wahhh !!





Salam kawan-kawan. 


Mahu tersembul biji mata Momoy bila terbaca tentang promosi Mc Donald : Buy 1, Get 1 Free Mc Chicken dari belog lady qelissa. Promosi tu valid pada 24 dan 25 May 2011. Ya. Last day hari ni. Rezeki tu. So kena cepat. 




Apa yang perlu dilakukan cuma 'like' FB McDonald's Malaysia dan print out coupon tersebut. Akhir sekali beratur di kaunter McD untuk redeem coupon tersebut. Print out hitam putih pun tak apa asalkan saiz tak kurang dari 11.5 cm x 21 cm. Banyak Momoy print tadi. Siap bagi untuk budak-budak yang datang minta kerja kat office Momoy. Hahaha... Momoy suka. Tipu la kalau korang kata korang tak suka benda-benda FREE ni kan =P 




Promo Mc Chicken di FB Mc Donald's Malaysia


Tengok... Momoy dah print. Balik kerja kejap lagi boleh singgah McD  =)


Semakan Tradisional Arah Kiblat Dengan Tepat Ketika Istiwa A'zam



Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.


Ketika kita bersedia untuk menunaikan solat, perkara yang pertama kita lakukan adalah menentukan arah kiblat kan kawan-kawan? Untuk pengetahuan korang, terdapat cara untuk memastikan (atau menyemak) kedudukan arah kiblat betul-betul menghadap Kaabah iaitu ketika istiwa A'zam (atau dikenali juga sebagai Istiwa Utama). 




Apa itu fenomena Istiwa A'zam ?


Maksud dan makna Istiwa A'zam ini adalah fenomena di mana kedudukan matahari berada betul-betul tepat di atas Kaabah setiap  dua kali dalam tahun. Ia terjadi apabila matahari berada tepat di titik zenit kaabah ketika melintasinya. Ini bermakna setiap tahun kita berpeluang untuk menyemak dua kali kedudukan arah kiblat secara tradisional. 


Kaedah tradisional ini lebih mesra pengguna, tepat, ekonomi dan mudah untuk dipraktikkan tau kawan-kawan. Oleh itu, pada saat terjadinya Istiwa A'zam, jika kita (di Malaysia) pandang ke arah matahari, maknanya kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat!




Bila Istiwa A'zam ?


1. Pada 28 Mei ( jam 5.16 petang ) setiap tahun.
2. Pada 16 Julai ( jam 5.28 petang ) setiap tahun.



Cara menyemak kedudukan arah kiblat


1. Pacakkan sebatang kayu di tanah lapang dan tidak terlindung dari sinaran matahari.  
2. Pastikan kayu tersebut tegak dan lurus.
3. Tunggu sehingga masa yang telah ditetapkan.
4. Lihat bayang dan tanda. Garisan bayang-bayang yang terhasil akan terarah tepat ke Mekah. 




Selain dari kayu, korang juga boleh melakukan semakan dengan menggunakan tiang lampu, tiang bendera, dinding bangunan/ rumah atau 
apa-apa yang tegak 90 darjah sebagai panduan


Untuk kesempurnaan semakan, korang perlu pastikan jam yang digunapakai adalah tepat.




Rujukan : 

Sunday, May 22, 2011

Semakan Panggilan Temuduga Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2011



Assalamualaikum kawan-kawan.


Makluman kepada pemohon DPLI, Semakan Panggilan Temuduga (Program Pengajian Pendidikan) Sesi Akademik 2011/2012 & Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Julai 2011 boleh dibuat di: http://upu.mohe.gov.my atau
https://online.mohe.gov.my/upu/tdugadidik/default.php




* Surat Pengiktirafan Ijazah oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh diperolehi dengan membuat carian nama Ijazah di :http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
Cetak dan bawa semasa Temuduga Program Pendidikan ISMP dan DPLI.




Selamat berjaya!

AWESOME | Tarian Hanis Zalikha di Nuffnang!





Terpaku sekejap mata Momoy di Blog Budak Malaysia kerana wajah ayu gadis blog Malaysia (juga model) menari-nari di skrin laptop Momoy. Siapa lagi kalau bukan gadis idaman semua blogger-blogger jejaka dan lelaki seMalaya, cik Hanis Zalikha yang cun! Oh. Pada korang yang lurus memikirkan Hanis Zalikha betul-betul menari di Nuffnang, Momoy minta maaf yer =P



Hanis Zalikha dengan senyuman manis bersama karektor popular Mickey Mouse untuk promo Nuffnang Best Place in Hong Kong betul-betul cute. Pandai Nuffnang pilih model yer. Perkataan promo tu paling Momoy suka... “Recommended Trip inibelogsaya Best Place in Hong Kong” yang merujuk pada Disneyland Hong Kong.



Nak tengok tarian cik Hanis Zalikha? Ini dia...






P/s: Momoy tak ada iklan HZ ni. Kalau ada hari-hari leh tengok muka cute dia kan?!


Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Mist | Momoy Love






Entry kali ni nak review tentang skincare dari Jepun. Oh oh... korang tahu kan yang Momoy memang addict dengan Japan, Korea ni. So semua barang-barang, skincare dan cosmetic Momoy kesemua memang dari Korea dan Jepun =) 



Tentu korang pernah dengar tentang kebaikan kolegen kan? Kolegen bertindak dengan menolong melembapkan kulit di samping membantu melambatkan penuaan dan mengurangkan garis-garis halus (wrinkles). 


Apa benda ni?




Itu adalah Sana Hadanomy 1000 MG Collagen mist. Apa yang menarik tentang Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Mist ni? Jom baca.




Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Mist ni ialah facial mist yang mengandungi kolegen yang sangat tinggi. Apa yang Momoy suka tentang Sana Hadanomy ni ialah ia cepat meresap ke dalam kulit. Momoy cuma perlu sembur satu atau dua kali sahaja bagi setiap semburan. Kebiasaannya Momoy gunakan Sana Hadanomy ni setiap kali selepas mandi, bersihkan muka dan sebelum atau selepas Momoy make up =)



Momoy hanya perlu sembur pada jarak lebih kurang 15-20 cm dari muka Momoy. Ada bau laici yang nipis =) Di Jepun, Sana Hadanomy 1000 MG Collagen Mist ni antara item wajib ada dalam handbag chikaro-chikaro Jepun. Lagi pun packaging yang comel memang sinonim dengan Jepun ni.



Pekat kan liquid ni. Boleh tahan hingga 2-3 bulan. Jimat. Kulit pun cantik.



Apa yang buat Momoy sukakan product ni ialah kandungan kolegennya adalah 1000 MG. Bestkan?! Facial mist ni pula tahan lama dan hydrating effect! Perkara kedua yang Momoy suka adalah Momoy berjaya dapatkan limited version! Iaitu botol bentuk hati berwarna pink yang super kawaii. Wahhh... Momoy suka.



Perkara buruknya ialah susah nak cari Sana Hadanomy di Malaysia memandangkan ia tidak dijual di kedai-kedai. Hanya boleh dibeli di e-bay atau online shop sahaja tetapi Momoy fikir ianya sangat berbaloi untuk dimiliki.



Korang yang nak mencuba? Momoy suggest dapatkan di Supermodel's Secrets pada harga RM29.90 (90 ml) dan refill RM49 bagi 250 ml.


Friday, May 20, 2011

BLOG | Cara Terpantas dan Termudah Untuk Jana Traffik Blog



Assalamualaikum kawan-kawan tersayang. 


Apa cara terpantas tapi mudah untuk meningkatkan traffik ke blog korang? Jawapan Momoy semestinya ping, ping dan ping. Korang tahu kelebihan ping untuk setiap entry terbaru korang kan? Ya. Selain mempromosikan blog korang, ia juga salah satu cara termudah dan terpantas untuk menjana traffik ke blog korang. 




Jika korang baca tips-tips dan cara-cara untuk meningkatkan visitor dari blogger-blogger dan otai-otai, mereka akan menyenaraikan website-website yang menyediakan ping ini. Selain ping di website, korang juga boleh ping blog di Facebook. Di bawah ni Momoy senaraikan ping blog yang terdapat di Facebook. 




Picture- Google

17 Ping Blog di FACEBOOK


1.  KakiBLOGGER
2.  KELAB BLOGGER
3.  Kelab Blogger Syoknya Download
4.  I'm Blogger
5.  Blogger's Malaysia
6.  BLOGGERS MALAYSIA
7.  Malaysia Blogger United
8.  Blogger Tegar Family
9.  Geng Blogger!!
10. Kelab Blogger Tegar Malaya
11. Gengblogger
12. Blogger Melayu
13. 1,000,000 MALAYSIA BLOGGERS! (Suggest!!!)
14. MusLiM BloGGeR UniTeD
15. blogger tegar malaysia
16. Sahabat Blogger
17. Blogger Ping




Dan kalau korang ada lagi ping blog di FB yang tidak Momoy senaraikan di atas, sudi-sudilah berkongsi bersama-sama. Sharing is sexy kan =)

Thursday, May 19, 2011

JOB VACANCIES [Banyak Kerja dan Jawatan Kosong] - MAY 2011 (2)



 Jawatan Kosong di Universiti Sains Malaysia (USM)


JAWATAN:
1. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
2. Pegawai Pergigian U41
3. Pegawai Perubatan UD41
4. Pembantu Am Pejabat N1
5. Pembantu Pembedahan Pergigian U17
6. Atenden Kesihatan U3
7. Guru Bahasa DG41
8. Juruteknik Komputer FT17
9. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
10. Pegawai Dietetik U41
11. Pegawai Keselamatan KP41
12. Pegawai Pergigian U41
13. Pegawai Perubatan UD41/UD43/UD44/UD47/UD48/UD51 /UD52/UD53/UD54
14. Pegawai Psikologi S41
15. Pegawai Sains C41
16. Pegawai Teknologi Maklumat F41
17. Pegawai Veterinar G41
18. Pembantu Am Pejabat N1
19. Pembantu Hal Ehwal Islam S17
20. Pembantu Pembedahan Pergigian U17
21. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17
22. Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) N17
23. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27
24. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
25. Penolong Pegawai Perubatan U29
26. Penolong Pegawai Sains C27
27. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
28. Pereka B41
29. Juruteknik J17 (Elektrik & Elektronik)
30. Juruteknik J17 (Awam)
31. Juruteknik J17 (Mekanikal)
32. Jurutera J41
33. Pegawai Belia Dan Sukan S41
34. Pegawai Farmasi U41
35. Pegawai Kebudayaan B27
36. Pegawai Penyelidik Sosial N41
37. Pegawai Perancang Bahasa S41
38. Pegawai Pergigian U41
39. Pegawai Perubatan UD43
40. Pegawai Teknologi Maklumat F41
41. Pembantu Laut A17
42. Pembantu Penyelidik Sosial N17
43. Pembantu Perpustakaan S17
44. Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat N27
45. Penolong Jurutera J29
46. Jurupulih Perubatan U29
47. Pegawai Veterinar G41
48. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Permohonan hendaklah dibuat secara online di [sini] 
Tarikh Tutup : 22 Mei 2011



Google



Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM)


JAWATAN:
1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD41/43/47/51/53
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
3. PENOLONG JURUTERA ELEKTRONIK GRED J29
4. PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED B27
5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
6. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R24
7. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17/SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27
8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

[klik sini] untuk memohon
Tarikh Tutup : 26 Mei 2011



Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM)


JAWATAN:
- PEGAWAI EKSEKUTIF N27

Borang permohonan boleh [klik sini]
Tarikh Tutup : 30 Mei 2011


Tahniah ELIA dan Khairul Fahmi Che Mat [APEX]





Elia | Apex - Google


Wah... dah boleh online ni, Momoy klik blog jejari runcing milik Elia atau Aimie Harmelia dan terbaca mengenai pertunangan Elia dan kekasih hatinya Apex, seorang goolkeeper Malaysia (Harimau Malaya). Mereka mula dikenali setelah Harimau Malaya berjaya menjulang AFF Cup 2010. Best Momoy tengok gambar-gambar persiapan dan sewaktu majlis pertunangan Elia. Tahniah! Tahniah! Tahniah! 


SELAMAT BERTUNANG ELIA DAN APEX !




Blog Elia  : www.jejariruncing.blogspot.com



Perhatian Semua Photographer Amatur dan Profesional | ENPC’11





Berita baik bagi korang yang meminati dan berjinak-jinak dengan bidang photography ni. Momoy tertarik dengan satu photography contest yang di promote di TV3 dalam rancangan MHI (Malaysia Hari Ini) pagi tadi- ENSEARCH National Photography Competition 2011 (ENPC'11). Semua boleh submit hasil karya masing-masing tapi bukan dengan menggunakan handset berkamera sahaja. 








Best tengok hadiah-hadiah yang ditawar. Huhu... Geng-geng blogger seperti duanEB dan Ayie (cuma sebut beberapa nama) bagi Momoy patut join contest tu. Tarikh tutup tu lambat lagi, iaitu pada August 31, 2011 at 11:59pm.




Ramai juga sponsor. Patut la hadiah semua best-best. Hadiah-hadiah tu disponsor oleh EPSON | Nikon | KTMB | Sime Darby | Property Kualiti Alam | Perbadanan Putrajaya Percetakan National Berhad (PNMB) | FullCirclepix.com




Category, rules, macam mana nak join contest tersebut, penilaian pihak juri, hadiah-hadiah dan maklumat lain korang boleh refer sini --> http://ensearch.org/events/?event_id=37





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!