NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Friday, December 31, 2010

Banana Milk Korean



Kepada peminat cerita Korea/ Japan mesti selalu lihat yang diaorang ni suka sangat kan minum banana milk. Banana milk ni sebenarnya adalah national drink di Korea (juga Japan). Momoy tengok pun macam best jer. Huhu...




Banana milk ni juga adalah minuman yang paling popular sekali kat Korea. Rasanya lebih kurang milk juice. Whoaa... 




Korean banana milk ni memang berkhasiat dan ada banyak favour yang boleh dipilih pula tu.




Ramai korean famous artist yang jadi duta banana milk ni termasuklah Girl Generation


Dalam 6.76 oz (bagi setiap 1 serving tu dapat bekalkan 6.76 oz / FOR 1 SERVING. INGREDIENTS: milk, High Fructose, corn syrup, sucrose, skim milk powder, whey powder, carrageenan, mono and di glycerides of fatty acids, guar gum, gardenia yellow, annatto extract - Souce: koamart




Bagi masyarakat Korea, banana milk ni memang dah sebati dalam lifestyle diaorang. Seperti yang korang semua tahu yang orang Korea/ Japan memang terkenal suka pada benda yang baik untuk kesihatan dan skin diaorang. Momoy pun amat-amat la jeles dengan kehalusan kulit diaorang =.= Haishh...



바나나맛 우유 adalah brand bagi korean banana milk yang paling best sekali ^^ Macam mana nak sebut jangan tanya Momoy tapi memang brand ni la yang selalu dijumpai. Hehe... 



Bukan tu saja, manufacture kat sana juga guna artist yang famous bagi commercial diaorang. Tak percaya? Tengok banana milk commercial dari Youtube ni.





Thursday, December 30, 2010

Jom Kenal KHAIRUL FAHMI CHE MAT Yang Encem



Siapa yang tak kenal Khairul Fahmi Che Mat (Apex) ni sila ketuk ketampi 50x. Haishh...


Fahmi... kenapa kamu sangat comey?







Inilah dia super hero Harimau Malaya (goolkeeper Malaysia) yang telah berhempas pulas menyelamatkan gawang Malaysia daripada Indonesia pada Piala Suzuki 2010 semalam. Tahniah bro ! 






Ketangkasan dan kecekapan si Fahmi memang power. Kemas, padu dan memang cekap. Ini diakui sendiri oleh pihak lawan. 






Momoy memang kagum dengan bakat dia. Time AFF Cup semalam kat kedai mata Momoy memang tak lepas dari Fahmi ni. Comey! Muka sebijik macam Korea. Waaa...






Info ni Momoy ambil dari Facebook Fahmi. Nak lebih info lagi korang rajin-rajin laa Google yer =)






Khairul Fahmi Che Mat (born 7 January 1989 in Kota Bharu, Kelantan) is a Malaysian footballer curently playing for Kelantan FA in Malaysia Super League. He plays as a goolkeeper for Kelantan FA.






Award
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus-FAM
- Pemain Muda Terbaik 2010
- Penjaga Gol Terbaik 2010












Terjah blog awex si Fahmi [Elia] www.jejariruncing.blogspot.com tu. Aiseyyy... si Fahmi dah ada awex laa...waaa... Mesti ramai awex-awex kat luar sana tu yang kecewa. Hehe...












Sekarang ni menurut Berita Harian, Fahmi berada di kedudukan ke-5 dalam Twitter. [klik sini]




Apa-apa pun Momoy nak ucapkan TAHNIAH pada Fahmi dan semua player Malaysia... korang memang HEBAT !






SYABAS HARIMAU MALAYA !!






Baca entry mengenai [Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA]




P/s : Kalau dapat si Fahmi ni tak kuar rumah pun takpe. Hari-hari nak menghadap muka dia jer. Muahaha...

Giveaway Separuh Jiwang

Okay...okay... korang jangan cepat kata Momoy ni jiwang. Tajuk entry separuh sahaja yer. Hehe... Entry ni sebenarnya berkaitan dengan GA Bukan Belog Jiwang yang di tag oleh Biarkan Mereka Berdua Berbicara. Terima kasih sudi tag Momoy.


Syarat-syarat GA Separuh Jiwang ni simple jer iaitu:


1. Buat entry simple. 
2. Jadi follower Bukan Belog Jiwang
3. Show off banner kat entry dan sidebar
4. Tinggalkan url entry pada comment  Bukan Belog Jiwang
5. Tag 3 orang




Sumanya dah siap so momoy nak tag pada mesuya | cik cumie | whitey mommy


Yang lain pun boleh join yer. Tarikh tutup GA pada 3 Januari 2011 

Tahniah MALAYSIA ! PIALA AFF 2010 Milik Kita !

Waa... rasa bahagia nya bila lihat gol pertama dari Malaysia tadi. Keeper Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat memang patut diberi pujian. Terbaek! Berapa banyak gol yang dia dah safe. Rajin pula tu. Kalau compare ngan Samsuri dulu si Fahmi ni memang rajin dan betul-betul focus ngan game. 

Itu pun nasib gol kedua Indo dari gol kita sendiri. Puas hati tengok player Malaysia main. Bangga jadi anak Malaysia. 


Biarpun kalah 2-1 tapi Malaysia muncul juara Kejohanan Bola Sepak Suzuki AFF 2010 dengan agregat 4-2

Baru mereka tahu yang provokasi dan laser bukan perhalang team Malaysia! Tapi mood sedikit begang sangat bila masuk dalam kereta nak balik rumah, ERA putar lagu Indo. Ceh!

Entry yang pendek just cuma dengan bangganya Momoy nak ucap

TAHNIAH MALAYSIA !


Wednesday, December 29, 2010

Siapa Blogger Yang Paling STYLIST ?

Korang tahu siapakah blogger yang paling stylist? Korang percaya tak kalau Momoy katakan blog Momoy ni stylist? Tak percaya? 


Tetapi adalah lebih baik korang terima saja hakikat tu biarpun hidung berdarah. Kerana Momoy dapat Stylish Blogger Award from himmy 

Thx my dear =)

Sekarang sudah percaya... Ok tunggu jap kawan-kawan. Momoy nak naik stage amik award jap. Muahaha...





Dan soalan-soalannya adalah:

1) Thanks to the sender of the award and linked this entry to the sender.

Dear himmy... biar pun blog Momoy tak stylist tapi much thx sudi bagi Momoy Stylish Blogger Award ni =) 
Juga terima kasih kerana rajin datang visit here. Ngee ^^

2. Share 8 facts about yourself.

Huih...banyak gak tu. Benda apa Momoy nak cerita ni. Aaa...
- Breakfast nasi lemak adalah wajib setiap hari kecuali Jumaat roti canai.
- Momoy heart green tapi only a few jer kaler tu. Muahaha...
- Suka heels tapi tak ada banyak chance nak pakai. Adehh... 
- Vintage? Sorry. Not my style. 
- Bila awal bulan akan menjadi histeria kalau tak dapat CLEO dan EH! issue baru.
- Tension sangat kalau internet slow | buat hal | takde signal
- Momoy suka semua makanan/ minuman yang bercoklat. Yummy!
- Suka sangat dengan pantai dan laut tapi tak pandai berenang =)
- Fave author Momoy : Ramlee Awang Mursyid
- Tak suka karaoke yer. So korang tak payah la ajak Momoy g uji bakat AF ke segala (ada ke orang nak ajak? Muahaha...)


Aik...terlebih satu sudah =) 
3. Give this award to the other bloggers who deserve it.


Wokeh... Momoy nak beri kepada blogger-blogger baru. Mereka yang stylist itu adalah:


Bro Framestone
Syira a.k.a Sepatu Hijau
Odahone
Biarkan Mereka Berdua Berbicara
Isteri Abang Manis

Soalan dah jawab. Award pun dah amik awal-awal lagi kat stage. Dan korang yang nak autograph boleh beratur yer. Haha...

Tuesday, December 28, 2010

MIKUCASH PROJECT : Hatsune Miku in English Voice !



Cuma mengingat kembali yang Momoy sangat-sangat minat ngan volacoid artist Hatsune Miku [Amazing Japan: Hatsune Miku - 3D Live Concert]


Berita terbaru tentang Hatsune Miku ni ialah October 2010 baru-baru ni, CEO Crypton Future Media buat announce di New York Anime Festival/ Comicon. Hehe... Momoy baru jer pagi anime festival kat malaysia [Comic-Fiesta 2010 Hangat!!]

CEO Crypton Future Media tu annouced tentang MIKUCASH Project iaitu Hatsune Miku ni akan buat 'English voice bank' dengan syarat : 
39,390 users (minimum) mestilah LIKE di Official Hatsune Miku Facebook Page
Dan ni adalah URL tersebut :  [http://on.fb.me/cB1xga]  
Momoy pun turut menyokong project tu. Yayy!



Sedikit info tentang MIKUCASH Project. 


MIKUCASH Project juga dikenali juga English MikuMIKUCASH Project akan dibuat volacoid2 atau volacoid3 ! Bagi yang tak tahu, volacoid3 dah selangkah ke depan untuk volacoid voice yang lagi baik dan best tau! 


Dan seperti dijangka, 'Yamaha's voice' memang realistic setakat ni.

Okay. Berbalik pada Hatsune Miku facebook tadi. Apa yang berlaku? Oleh sebab dah mencapai sasaran dalam masa yang singkat so sekarang nyanyian volacoid voice MIKUCASH Project ni kini boleh didengar dalam English atau Japanese. Yayy !

Tapi Momoy tetap prefer Japanese dari English. Hehe... 





Korang yang masih blur tentang fenomena Hatsune Miku boleh baca entry ni [Amazing Japan: Hatsune Miku - 3D Live Concert]

Biar pun sekarang banyak dicipta Japan volacoid artists, tapi Hatsune Miku tetap di tangga teratas. Cayalah !



Saya Blogger TERENGGANU

Salam para blogger,

Saudara bro Azman Roslan ada buat satu entry untuk mengumpulkan blogger-blogger mengikut negeri. Menarik tu!

Untuk join [Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri] , korang hanya perlu:

  1. Tajuk entri : "Saya Blogger ___________" - sila gantikan nama negeri korang
  2. Link ke blog ini - wajib 
  3. Nama korang - nama manja atau glamer
  4. Status korang - sudah kahwin ke belum, anak berapa ramai, isteri berapa orang, heheh..
  5. Cara hubungi korang - contohnya Facebook dan twitter, email boleh juga (mana tahu kalau ada orang nak panggil masuk tv atau suratkhabar). no telefon tidak digalakkan.
  6. Daerah/Jajahan - di mana korang tinggal
  7. Tempat tinggal korang - jangan bagi alamat seperti dalam mykad pula, cukup sekadar bagi nama kampung, taman, felda, atau estet mana.
  8. Apa yang menarik di tempat korang - contohnya ada gua ke, ada lombong emas ataupun ada puteri bunian. heheh..

So, Momoy mulakan dahulu...
Princess MOMOY 



Blog Princess MOMOY ni bagi kategori blogger negeri Terengganu. Ada banyak juga nick name Momoy iaitu Momoy | Emy | Amy Cheng 

Status terkini - Absolutely single! Haisshh... Promote diri kah ini? Muahaha.... Bukan berdarah raja tapi Melayu tulen. 


Momoy anak sulung yang agak keras kepala dan degil. Isk...isk... Momoy memang so in luv JAPAN | KOREA yang korang pun boleh lihat sendiri di blog Momoy ni ^^ Dan sekarang Momoy bekerja di Terengganu. 

Selain blog Princess MOMOY  ni, Momoy juga suka ber Facebook, YM dan berforum. Kadang-kadang Momoy suka juga baca email yang diberi kawan-kawan.

Walaupun bukan berasal dari Terengganu tapi bila dah bekerja kat sini, Momoy jatuh cinta ngan orang tempat ni. Kat Terengganu ni, Momoy stay dan bekerja di Kerteh


Kat Kerteh ni ada banyak sangat pantai yang cantik. Sape-sape yang nak datang support sendiri ke pantai Kerteh ni amat laa dialu-alukan.


Pantai kat Kerteh. Sepanjang jalan kat Terengganu ni dikekelingi oleh pantai...


Oleh sebab Kerteh ni adalah oil and gas industry, kadang-kala bila malam Momoy suka berjalan untuk menghayati keindahan lampu-lampu dari tempat kerja Momoy tu =) 


Night view salah satu plant kat sini


Macam Istana Balqish tak. Heheh... Inilah tempat kerja Momoy. Momoy bangga sebab kerja dalam tu. Hehe...

Buat blogger-blogger sekalian, Momoy ucapkan Selamat Berkenalan =)


Picture source from Google

JOB VACANCIES [Jawatan Kosong] - JAN 2011

Okay. ni ada lagi beberapa jawatan kosong untuk job seekers =)






Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah 
Persekutuan (MAIWP)


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG PENASIHAT L41
2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
3. JURUTEKNIK ELEKTRIK J17
4. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17
5. PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN S27
6. JURUUKUR BAHAN J41

Korang boleh buat permohonan secara online [klik sini] 

Tarikh Tutup :
7 Januari 2011



Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PUSTAKAWAN S52
2. KURATOR S48
3. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S48
4. PEGAWAI TADBIR N48
5. PEGAWAI PERGIGIAN U48
6. PEGAWAI PERGIGIAN U44
7. PEGAWAI PERUBATAN UD43
8. PEGAWAI KESELAMATAN KP44
9. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
11. AHLI FOTOGRAFI B17

Permohonan korang hendaklah dibuat secara online [klik sini] 

Bagi sape-sape yang nak godek-godek lama web UPSI, boleh [klik sini] 

Tarikh Tutup : 10 Januari 2011



Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM)


Lagi ada jawatan kosong kat UITM. UITM ngah cari orang kerja bagi jawatan tetap/ contract di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam/UiTM Kampus Selayang/UiTM Kampus Sg. Buloh seperti berikut:

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERUBATAN UD47
2. PEGAWAI FARMASI U41
3. PEGAWAI OPTOMETRI U41
4. PEGAWAI REKOD PERUBATAN N41
5. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G27
6. JURURAWAT U29
7. JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA) U29
8. JURURAWAT MASYARAKAT U19
9. PEMBANTU REKOD PERUBATAN N17

Korang yang berminat boleh isi form secara online [klik sini]

Tarikh Tutup : 3 Januari 201



Setakat itu sahaja info yang Momoy dapat unutk jawatan kosong ni. 


Klik pada kategori :: JOB | CAREER :: di sidebar untuk lebih banyak job vacancies yer kawan-kawan. Good luck ^^

Cerita Momoy Tentang NEGATIVE COMMENTS Ketika ber Blog


Cerita 1

Semasa BW Momoy pernah baca satu blog ni (dirahsiakan) yang membuat GA tapi telah di cancel kan owner blog tersebut. 

Bayangkan ramai bloggers yang comments betapa kecewanya diaorang sebab dah bertungkus-lumus cuba ikut syarat-syarat GA tu tapi GA tu dah cancel. Memang la sedih kan (T_T)

Korang tahu kenapa owner tu cancel GA yang dia buat? Hanya satu sebab yang bagi Momoy remeh tapi bagi blogger (owner) tersebut telah ‘makan dalam’ (kata orang). 

Hanya disebabkan dia terbaca satu entry ketika dia BW yang mengatakan blogger-blogger jangan buat GA kalau tak mampu beri GA kereta, kondominium atau duit yang ratus riban! 

Sebabkan hal tu tapi dia dah hancurkan hati ramai follower dan blogger lain.
Ramai juga la blogger yang beri semangat pada owner tersebut termasuk laa Momoy. 

Dan itu la comment Momoy yang paling panjang pernah Momoy tulis korang tahu. Tapi selepas comment Momoy tu blogger tu beri macam-macam alasan lain yang tak masuk akal kenapa dia cancel GA tu. Hmm… ikut awak la dear. Hak kamu =)



Cerita 2

Ini terjadi pada diri Momoy sendiri. Baru masuk minggu ke-2 berblog tapi Momoy dah kekurangan idea. Tambahan pula Momoy tak tahu fungsi auto-post. Baca entry [How Princess MOMOY Performance for 1st Month?]


Korang tahu apa yang Momoy buat? Momoy ikut tips otai semasa Momoy BW iaitu masukkan berita online sebagai salah satu entry jika kekeringan idea. Momoy ikut - cuba korang lihat entry ni.

[PNB : Agihan ASN3 Enam Sen SeunitDate Post : 25 Nov 2010 
[WTH! Beli Telefon Bimbit Mainan RM300!] Date Post : 26 Nov 2010 
[Giveaway Kecantikan #5] Date Post : 26 Nov 2010
[2nd Award Received] Date Post : 26 Nov 2010

Momoy beri credit pada sumber yang Momoy copycat. Momoy juga buat ulasan tentang news tu (sikit… tak laa banyak). Tapi Momoy tersalah langkah. 

Cuba korang cari kat mana silapnya sehingga Momoy ditegur oleh seorang blogger di shoutmix. Katanya, “Macam baca berita jer blog ni”.

Ya. Masa dan date post entry tu sangat rapat. Korang nampak? 3 hari berturut-turut entry news jer.  Momoy mengaku. Momoy patah semangat? TIDAK! Sebaliknya Momoy amat-amat berterima kasih pada blogger tersebut sebab kata-katanya tu buat Momoy sedar tujuan Momoy berblog. Kalau Momoy terasa mesti korang pun dah tak baca entry ni sekarang =)

Tapi kan korang tahu, ayat blogger tu memang Momoy tak dapat lupa sampai sekarang tau sebab betul kena tepat pada Momoy. Hehe…

So, itu dua cerita tentang Negative Comments ketika Momoy berblog. Korang pernah alami tak? 

P/s : Betul ke ada orang kata hati kena kuat bila BW? 
        Dapat [negative comment: Macam mana nak handle?]


Monday, December 27, 2010

Tron: Legacy

Salam kawan-kawan.
Dah lama dah Momoy tengok cerita Tron ni. Tapi baru ada kesempatan nak review. Hehe…





Memula cerita memang tak berapa logic. Sebab macam mana Sam Fynn  yang lari dari rumah sebab nak cari bapa dia, si Kevin tu boleh survive.

Keduanya  macam mana Sam ni masuk ke dalam building Flynn melalui pintu kebal dengan senang je sedangkan dulu waktu kecik dia lari tangan kosong jer.

Tapi part menarik bila Sam Flynn pun secara tak sengaja masuk ke dalam alam game ciptaan bapa dia, Kevin Flynn. Dalam alam tu Sam terpaksa lawan lighting motor yang memang powerful dengan ‘program-program’ untuk selamatkan nyawa dia sendiri. 



Bagi Momoy yang bestnya citer Tron ni cuma aksi lawan tu je la. Yang lain Momoy cuma kagum dengan kecanggihan interior rumah tempat Kevin Lynn sembunyi dari Clu (klon dia yang berpaling tadah).

Scene lain tak la rasa suspens. Biasa-biasa jer. Dan banyak scene yang Momoy boleh teka dari awal contohnya Clu adalah klon bapa Sam dari mula watak Clu ni muncul.

Bila tengok Tron ni citer lebih mirip Star Wars je cuma tak ada custom pelik-pelik. Sempat juga Momoy la terlelap dalam 10 minit tengok citer ni. Haha…
So untuk citer Tron ni Momoy bagi 3/5 bintang.




Sypnosis
In the sequel to 1982’s Tron, Sam Flynn (Garrett Hedlund) is haunted by the disappearance of his father Kevin Flynn, a man once known as the world’s leading video game developer. When Sam investigates a strange signal from the old Flynn’s Arcade – a signal that could only come from his father – he finds himself pulled into a digital world where Kevin has been trapped for 20 years – Source: CLEO


Sekarang Tron ni first ranking mengalahkan Narnia di tempat ke-3. Sapa yang belum layan citer Tron ni boleh tengok thriller dari Youtube ni dulu.



Pencarian Blogger Peramah 2011

Kenzo@MrConteng , thx coz beri Momoy award ni =)
Kata Kenzo tag ni diberi pemilik asalnya, Ahsfantasy24.com dalam misi untuk mencari blogger peramah. Sesuai laa ngan nama award ni.

Tapi peramah ke saya? Haha... Ok lah kawan-kawan ini laa awardnya...


Semua follower Momoy korang juga boleh join yer. Jom-jom beramah mesra. Dan 3 orang yang Momoy nak tu adalah:



DONE!!

Saturday, December 25, 2010

Fungsi MENU di Nuffnang



Suma blogger sama ada otai atau newbie (macam Momoy) mesti familiar dengan menu Nuffnang kat atas tu kan. Tapi sengaja Momoy nak refresh semula fungsi menu di Nuffnang tu. Hoho...


Menu 1Getting Started


Ini menu yang WAJIB di klik oleh blogger yang baru jer register ngan Nuffnang. Di situ ada 3 permulaan (intro) iaitu:


1. Lengkapkan Biodata Blogger
2. Daftar blog korang ke dalam Pengurus Blog
3. Pasang iklan Nuffnang ke dalam blog korang


Menu 2 : Analytics

Bagi korang yang nak buat research atau analysis untuk blog korang boleh sangat laa klik kat menu ni. Kat sini la juga suma info uv (unique visitor) akan ditunjuk dengan details.

Menu 3Earnings

Momoy percaya ramai yang paling suka dengan menu ni. Haha... Kat menu ni korang boleh melihat jumlah earning dari BE, ME dan Kempen. 


Semua details seperti CTR Bonus [NUFFNANG : Apa itu CTR Bonus?] juga ada kat menu tu. Kat situ juga boleh cashout (melebihi RM50) duit En. Nuffnang beri. 

Err...yang ni Momoy cuma dapat view je dulu. Nak cashout tak cukup lagi maa. Haha... 

Menu 4 : Add Ads

Menu ni la yang laing penting bagi blogger yang nak letak iklan Nuffnang dalam blog nya. Menu ni juga explain macam mana nak install duit-duit iklan-iklan tersebut dalam blog korang.

Ada 3 jenis iklan yang korang boleh pilih atau kesemuanya sekali iaitu Leaderboard | Skyscraper | Large Rectangle

Menu 5 : Blog Manager

Kalau korang ada lebih dari satu blog korang boleh daftar blog tersebut kat menu ni. Korang jugak boleh add atau remove blog yang korang suka. 

Selain tu, korang juga boleh buat buang, ubah atau update survey yang disediakan oleh Nuffnang seperti gambar bawah ni.




Menu 6 : Blogger Bio

Nak update biodata korang? Hah. Klik saja la menu ni. Biodata di sini lebih kurang macam menjawab soalan dan ada 4 soalan kesemuanya. 

Menu 7 : Polls 

Ini untuk buat undian. Tapi buat masa sekarang Nuffnang off dulu (Momoy punya la...Tak tahu la korang punya)

Menu 8 : Evangelist

Menu ni untuk korang choose brand yang korang suka. Tapi Momoy tak kisah apa pun jenis brand (iklan) yang Nuffnang bagi. Suma Momoy suka ^^

Menu 9 : Nuffnang Xchange

Dalam menu ni ada inisiatif dari Nuffnang untuk up kan traffic korang dengan install Nuffnang Xchange ke blog korang. Cara-cara nak install Nuffnang Xchange juga ada dalam menu ni.

Itu la simple note dari Momoy tentang fungsi menu di Nuffnang ni. Apa yang Momoy tak tahu tapi korang tahu boleh share sama-sama yer. 

Terima kasih sudi membaca entry ni =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!