Pagi ni Momoy bangun awal. Solat Subuh dan terus mandi. Diulangi… mandi ! Haha… perkara yang jarang-jarang berlaku. Biasanya Momoy akan terus berbungkus – 7.15 baru bangun. Itu pun ntah berapa minit yang sengaja Momoy delay. Malas beb. Air sejuk macam ais.
Kenapa pagi ni Momoy rajin? Bukan sebab Momoy buang tabiat. Weii…bangun pagi-pagi kan bagus?! “Bangun awal rezeki murah”, kata orang tua lama . Sebab utama kedua plak ialah Momoy ada janji. Hehe…
Pagi yang indah itu sempat juga laa Momoy menambah pendapatan tokey Celcom. “Jangan lambat sangat yer”. Uit…best jer bunyi ayat terakhir tu. Mesti dia dah tak sabar-sabar tunggu Momoy. Ni yang buat Momoy rasa benda yang sama.
Momoy melumur satu badan ngan lotion. Itu pun selepas terpedaya ngan janji manis si Jonhson & Jonhson tu - kulit lembut seperti bayi...
Pandang jam. Dah lambat ni. Momoy sarung jeans. Capai baju tee kaler pink muda. Calit bedak sket dan lip balm. Siap! Hah… korang jangan kata apa ye. Momoy memang simple amat pagi ni. Sengaja. Nak tahu apa reaksi dia.
Sampai sana, Momoy nampak seseorang melambai-lambai tangan. “Tau pun cari”, kata member Momoy. Momoy senyum. Saja awal pagi ni nak menggoda sedekah sket. Momoy pandang member Momoy tu. Buat isyarat. Dia tunjuk seseorang di sebelah barat. “Kat sana tu. Pergi lah”, dia kata bersungguh-sungguh.
Muka Momoy tukar jadi pink. Sama pink ngan warna baju. Malu. Kali pertama Momoy nak jumpa orang yang betul-betul penting saat ini. “Takpe. Dia okay laa…”, sambungnya. Aik. Momoy heran. Ader bela hantu ke ni? Tau jer apa dalam kepala otak Momoy ni.
Sambil berjalan otak Momoy fikir macam-macam. Urm… Kalau dia angguk okay la. Tapi kalau dia geleng macam mana? Mesti Momoy akan sedih lagi. Bukan kali pertama Momoy ditolak. Ni kalau bukan member Momoy nak beria-ia nak kenalkan. Huh ! Memang Momoy dah bersahabat ngan selimut.
Sampai depan lelaki itu. Momoy tunduk. Pandang bawah jer. Lidah kelu. Dalam menahan gelora perasaan tu dia angguk. Setuju. Alhamdulillah… Doa Momoy selama ini dimakbulkan. Dah lama tunggu saat ni korang tahu.
Korang mesti tanya kenapa baru sekarang ? Bukan Momoy nih pemilih. Sumpah! Momoy bukan orang macam tu.
Momoy balik semula ke member Momoy. “Macam mana? Dia kata aper? Boleh?”. Adoii…banyak betul soalan nie. Mana satu Momoy nak jawab. Momoy balas pendek, ”Berjaya!”. "Yayy...", member MOmoy sorak sambil tepuk-tepuk tangan. Momoy senyum bahagia. Hati ni dah berbunga-bunga.
Akhirnya…Syukur. Dapat la Momoy kenalkan si dia kepada kawan-kawan Momoy nanti =)
Tapi Momoy nak kenalkan pada kawan blog Momoy dulu, minta pendapat korang.
*
*
*
*
*
*
Setelah lama Momoy menanti
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ini la yang Momoy tunggu-tunggu....Roti canai sardin |
Alamak... tak sabar dah nak mamam nih o.O |
Breakfast roti canai ngan teh tarik memang terbaek !! |
Sedap. Pas ni boleh la Momoy rekemen kan kedai ni kat kawan-kawan Momoy. Haha....
Pada korang Momoy ucapkan...Terima kasih sudi baca entry nih dan selamat breakfast yer. Hee...
P/s : Asyik abes jer kalau datang lambat. Hehe...