Momoy faham ada banyak kekeliruan pasal CTR Bonus Nuffnang ni. Dan Momoy pun begitu memula run blog ni pada bulan lepas. Tapi kalau korang ada nak tambah info atau nak perbetulkan sila la yer. Sangat-sangat dialu-alukan. Kita share sama-sama.
Baiklah. Di mana korang lihat CTR Bonus Nuffnang ni ? Mesti laa kat web Nuffnang kan. Tapi korang faham tak yang dimaksudkan dengan CTR Bonus Nuffnang ni?
Maksud CTR Bonus Nuffnang dari website Nuff :-
Bonus CTR
Untuk menghadiahkan blog yang mempunyai rekod kempen yang bagus, Nuffnang kini memberi ganjaran bonus kepada blog yang mencapai CTR (Click-through ratio) dari 0.2% dan ke atas bagi kempen baru yang disasarkan ke blog mereka. Nilai ini berdasarkan purata standard industri.
Faham ? Kurang faham ? Momoy berikan contoh supaya korang senang faham. Katakan...
Contoh atas tu Momoy ambil dari salah satu BE yang baru je Momoy dapat ^^ Thx En. Nuff.
Pada column yang bertanda 1 tu (warna hijau) bermaksud visitor dah klik 1.21% iklan tu so Momoy dapat bonus RM 1.21.
Korang tengok pula column yang bertanda 2, dapat dilihat visitor dah klik 0.65% melebihi 0.2% so Momoy layak terima bonus dari En. Nuff.
Dapat dirumuskan CTR tu adalah % klik dari visitor dan bonus CTR tu adalah ganjaran dalam RM hasil dari CTR (%) tadi.
Kalau kes korang CTR tak sampai sasaran 0.2% (column 2) maka korang tak ada bonus CTR (column 1) tu. Rugi laa kalau jadi macam tu. So sambil kita BW kita tolong la klik-klik iklan kawan-kawan yer. Selamat beramal. Hehe...
UPDATE
Really thx to bro Framestone untuk teguran tu. Really appreciate dear =)
Kata bro RM1.21 tue di beri sebagai bonus sekiranya CTR melebih 0.2% iaitu di bahagian 2
RM1 bersamaan dengan RM0.25 bonus :)
P/s : Ada juga yang tak tahu berblogging ni boleh dapat income. Adess...