Korang pernah tak makan Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel ???
Tak tahu apa benda tu ? Tak pernah dengar ? Okay. Tapi kalau Momoy tukar soalan ke... Korang pernah tak makan ubi keling ? Pernah dengar ubi kemili ? Haha... jangan marah ye.
Ubi kemili atau nama saintifiknya Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel. Nama lain bagi ubi kemili ialah ubi keling bagi penduduk pantai timur. Merujuk Wikipedia ubi keling ni ialah sejenis ubi yang kecil dan berkulit hitam. Di Indonesia, ubi keling ni juga dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng.
Ubi kemili ni boleh dimakan selepas direbus. Orang pantai timur ni suka makan bila tiba musim tengkujuh macam sekarang ni. Seperti biasa Momoy akan amik gambar makanan yang pelik bagi Momoy. Thx banyak-banyak pada officemate Momoy yang suka bawa benda makan yang pelik-pelik ni. Pelik bagi Momoy ye. Ngee~~
Ubi kemili ni besar ibu jari jer saiznya. Kawan-kawan kata ubi kemili ni juga boleh dibuat masak lemak. Hah ! First time Momoy dengar masak lemak ubi kemili. Memang pelik ! Ke Momoy yang pelik sebenarnya ? Haha...
Ni la bentuknya sebelum dibuang kulit =.= |
Comel nyer ^^ |
Thx pada tuan empunya tangan sudi pinjam untuk shooting. Hee... |