NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Saturday, December 11, 2010

ETUDE HOUSE - Korean Cosmetics

Salam kawan-kawan yang Momoy sayang =)



Disebabkan tenet kat rumah yang selalu problem. 2 hari ni langsung tak boleh online. Apakah masalah En. Streamyx sebenarnya ?. Buat Momoy rindukan korangkan korang suma. Huhu...


Entry kali nih Momoy nak citer tentang Etude House.


Korang pernah dengar tentang Etude House ? Tahu apa itu Etude House



Tak apa. Momoy akan terangkan secara ringkas. Etude House diasaskan pada tahun 2005. Kalau korang nak tahu sebenarnya Etude House ni adalah brand dari Korea yang provide skincare product, makeup, body, hair care, perfume, make toolbeauty accessory dan juga men care. Waaa… Momoy suka.



Since Momoy nih addicted ngan anything about Korea tapi Momoy masih tetap setia dengan It’s Korean Avenue. Lagipun dulu Momoy ada cakap yang Momoy sayang dan cinta pada It’s Korean Avenue. Klik untuk baca entry – MOMOY so in love Bio Magic Korea.



Etude House nih bukan sekadar Korean cosmetic shop ye kawan-kawan. Tapi apa yang Momoy nak citer selanjutnya ni pasti akan membuatkan korang kagum. Hehe...



Oleh sebab product dari Etude House nih khusus untuk golongan young ladies. Maka untuk menarik golongan tersebut, setiap Etude House outlets telah direka seperti fairy princess’s house. Whoaa…



Tak percaya? Korang lihat sendiri gambar yang Momoy attached ni. Momoy sendiri tak pasti branch yang mana sebab amik dari Google. Tapi korang boleh tengok betapa cute nya Etude House ni. Uuu… cute betul ^^







Comel tak? Haa... itu baru luar shop. Interior design pula berkonsepkan romantic fairy tales buatkan korang secara automatic terasa seperti beautiful princess di negara Etude bila shopping kat Etude House ni. Etude House ini mengaplikasikan fantasi, cute, lovely dan Princess style sebagai tema untuk design kedai mereka. Semua perabot direka supaya customers berada seperti princess house. Memang terbaik lah. 









Selain interior design yang super cute tu, cosmetic makeup dan product di Etude House juga direka dengan cute sekali. Adeh.. Confirm boleh jatuh cinta punyalah. 






Etude House juga mempunyai beberapa orang awek yang sangat-sangat cantik dan comel dan juga famous spoke model seperti ARA atau Go Ara, Lee Min Ho dan Song Hye Gyo dll.








Semuanya Momoy nampak perkataan 'cute' di mana-mana jer kat Etude House hinggalah Etude House commercial pun cute juga. Huhu...









Shop dah best. Product dah best. Model juga dah best. Harga dan kualiti macam mana pula? Okay. Dari segi harga product di Etude House tidak lah mahal, mampu dimiliki oleh awek-awek. Kualiti pula dijamin cantik dan best. Maklumat lain korang boleh buka website Etude House di http://www.etudehouse.com/ yang comel nih.

Sebahagian keratan dari website Etube House yang comel giler !

Sape yang tak tergoda sila angkat mouse. Mesti korang dah tergedik-gedik nak pergi kan? Hehe.. Jangan risau sebab Etude House juga ada branch kat Malaysia. 

Bawah nih Momoy list kan lokasi Etude House di Malaysia untuk korang serbu. Tapi interior design kat Malaysia tak lah sehebat di Korea.



Kuala Lumpur 
One Utama (berhampiran Cold Storage Supermarket)
Berjaya Time Square 
Kepong Jusco (kat corner store area. So product sangat limited)
Sunway Pyramid

Kedah 
Central Square


Johor Bahru 
City Square 
Jusco mall at Aeon Bukit Indah


Ipoh 
Ipoh Parade


Penang 
Queensbay Mall



Update Location



  • Etude House - 1 Utama Shopping Centre
  • Etude House - AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre
  • Etude House - AEON Bukit Indah
  • Etude House - AEON Mahkota Cheras
  • Etude House - Alamanda Putrajaya
  • Etude House - Berjaya Times Square
  • Etude House - City Square Johor Bahru
  • Etude House - Ipoh Parade
  • Etude House - JUSCO Metro Prima
  • Etude House - JUSCO Taman Universiti
  • Etude House - Mahkota Parade
  • Etude House - Pavilion Kuala Lumpur
  • Etude House - Queensbay Mall
  • Etude House - Sungei Wang Plaza
  • Etude House - Sunway Carnival Mall
  • Etude House - Sunway Pyramid






Errr... It's Korean Avenue shop... Momoy minta maaf. Kamu terpaksa beta madukan. Hehe...


Eh! Jangan luper yer untuk undi No. 382 di BPM nanti. Klik [SINI] untuk vote No. 382


P/s: Tukar front yang friendly readers. Ok tak front ni kawan-kawan?

13 Comments
Comments

13 tukang comment:

aienna said...

heyy..
I already go to the etude house in TS..
cool n nice!!
cute jerkk

.::: Princess MOMOY :::. said...

@aienna
ader etude house wholesale tau sekarang

caliph shuriken said...

CS Kedah ada Etude House?
x prasan plak...

Un Phat Lee said...

wahh.comel

.::: Princess MOMOY :::. said...

@caliph shuriken
Pak cik google kata ader
tapi kedai kat CS x besar kot

@Un Phat Lee
kiut kan =)

farah said...

pergh,siyes cute,ahakx

Unknown said...

ow, penah g ni.. tp dlm mimpi.. hehe

Fafaa Abdul :) said...

Pernah pergi :)
But i pergi yg kat seoul.
If masuk nanti dia kasi free fail biru min hoo and pink kim bum :D

~~ Cik Muda Enny ~~ said...

suke etude punye product
but area johor cam susa nk jmpe branch..
arghh..
:)

1030am said...

I love etude house products. Best etude house Malaysia

Septic Shock said...

That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

Dr. V Sathavahana Chowdary said...

That is great to hear, thank you for reading!

Penile Implant said...

That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!