Tengok gambar comel Nora Danish nie... Serius cute giler kan dia. SubhanALLAH.
Korang amik la kesempatan nie untuk cuci mata dulu yer. Kejap lagi ader entry panjang sket untuk korang baca... Muahaha...
Entry kali nie Momoy nak mulakan dengan kuiz dulu.
SOALAN : Apakah bahagian yang korang mula-mula tengok dulu pada
si comel Nora Danish tu ?
JAWAPAN :
1. Rambut
2. Muka
3. Jari
4. Mata
5. Hidung
6. Mulut
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jawapannyer, mesti lah MATA si Nora Danish nie bukan. Sebab tue la kata orang tua2 dulu - "Dari mata turun ke hati"
Ni kali pertama Momoy join contest dan rasanya ni laa contest yang tawarkan hadiah yang best kepada para pemenangnya.
Hadiah-hadiah tersebut ternyata telah berjaya menggoda Momoy untuk join contest tersebut. Korang tau aper hadiahnyer ?!
Tempat Pertama : Sunglass 'Polarized' Bernilai RM 399 + 3 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 268
Tempat Kedua : Sunglass 'UV Protection' Bernilai RM 159 + 2 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 268
Tempat Ketiga : Sunglass 'UV Protection' Bernilai RM 159 + 2 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 88
* Pemenang Tempat Pertama Hingga Ketiga Juga Menerima Kad Previlage + Vaucher Diskaun 60% Vision Care Optometry
20 Penyertaan Berikutnya : 1 Vaucher Bingkai Percuma Bernilai RM 88 + Kad 'Previlage' + Vaucher Diskaun 60% Vision Care Optometry
Wah...wah...wah...memang Momoy betul2 tergoda ler. Korang juga jom join skali. Maklumat lanjut klik SINI.
Haaisshh...Dasyat betul hadiah. Siapa laa yang pemurah nak buat contest tu?
Kat ruangan tue korang boleh ler tanya sampai idung berdarah aper-aper jer soalan yang berkaitan ngan kesihatan mata dan penglihatan. Nama pun otai Optometrist kan jadi memang pakar la dalam hal-hal ni. Bagus kan ?
Korang suma dah tahu yang mata kiter kita nie adalah salah satu deria yang amat amat amat penting sekali kan. Tapi adakah korang betul-betul menjaga aset dan anugerah yang ALLAH pinjamkan nie pada korang ?
Korang nak ke mata korang seperti ni....
ATAU
Seperti yang nie... Errkk...
Ngeri kan. Jadi korang sayang mata korang? Tapi x tahu caranyer...Tak apa. Teruskan membaca info bawah ni.
CARA MUDAH UNTUK KORANG MENYANYANGI MATA KORANG
- Guna ubat titis mata untuk meredakan masalah mata tapi atas nasihat doctor yer kawan-kawan.
- Rehat sebentar mata korang dari membaca/ menghadap PC terlalu lama.
- Jika korang pakai contact lens - ikut ler rules yang dah ditetapkan contohnyer buang lens biler nak tido, cuci dengan MPS dan lain-lain. Jangan malas tau!
- Jangan ler paksa mata korang untuk terus bekerja - sekali sekala pandang la kat luar tingkap, pokok2 yang hijau dan kawasan yang lapang.
- Jangan buat kerja/ membaca kat tempat yang gelap atau kurang cahaya. Kesian kat mata korang.
- Jangan tengok TV terlalu lama. Tak baik untuk mata dan kesihatan korang juga.
- Digalakkan pakai cermin mata pelindung sinar ultra violet di bawah matahari terik.
- Korang juga perlu makan banyak sayur, buah-buahan dan cereal/ bijirin. an untuk melihat jarak jauh.
- Setahun sekali tu pergi laa check mata okay.
Itu sedikit info dari Momoy. Korang nak tahu dengan lebih dalam lagi, klik je blog Hikayat Marhaen Kacak yer.
Sekarang korang dah tahu cara nak menjaga mata kan? So selamat beramal...
"Sayangilah ASET Anda!!"
P/s : Esok tepat jam 7 pagi korang ready dengan mouse masing-masing
yer...sedia untuk klik No. 382 di [sini]
Related Posts : :: TAG | AWARD | CONTEST | GA ::