Salam kawan-kawan tersayang…
Setelah seminggu Momoy bercuti maka Momoy kembali semula…Huhu… Lama tak tengok blog Momoy dan kawan-kawan nih. Sorry yer kawan-kawan sekalian. Momoy akan tracking balik message korang dari shoutmix dan comments. Tapi mungkin lambat sket sebab ada banyak kerja yang perlu Momoy settle =)
Okay. Citer pasal tajuk entry nih, semua orang familiar dengan character kartun kat atas tu kan?! Sape yang tak tahu sila ketuk kepala anda dengan mouse yer. Lepas Momoy kira sampai 3 yer. Haha...sape suruh ketuk awal. Haishh... garang plak lepas balik bercuti nih =.=
Hello Kitty memang trend yang dah lama famous kat Japan. Hello Kitty yang mula-mula di create oleh Japancese company Sanrio pada tahun 1974 tu memang menjadi kegilaan orang kat planet nih (bumi laa. Thre…thre…thre…) tak kira laa kecik besar tua lama muda.
Momoy rasa korang pun tahu yang barang-barang yang guna character Hello Kitty nih banyak sangat seperti perfume, TV, toys, barangan rumah etc.
Tapi Momoy nak citer yang lain sket iaitu Hello Kitty Airlines. Pernah dengar ? Momoy rasa ramai yang dah tahu tapi saja Momoy nak citer juga untuk yang tak tahu lagi.
Pada October 2005 di Taiwan, EVA Airways telah sengaja buat airline untuk peminat Hello Kitty ni. Project ni memakan masa selama lebih kurang setahun untuk beberapa airbus bagi merialisasikan impian Hello Kitty fans.
Tak tahu la sape punya otak yang keluarkan idea yang sangat brilliant tu. Tapi dia nih mesti Hello Kitty mania juga kan?!
Maka, project mengecat Airbus A330-200 pun bermula dan diikuti dengan beberapa aircraft lain.
Stewardess yang akan melayan korang ni pun turut bergaya ngan Hello Kitty |
Enteriors dan interiors Hello Kitty Airlines nih juga korang pun boleh teka kan… mestilah penuh dengan brangan bermotifkan Hello Kitty. Wallaaa…
Heh. Yang paling best, tiket flight juga guna character Hello Kitty. Boleh simpan buat kenangan. So sape-sape yang memang gila suka dengan Hello Kitty ni, pergilah ke Taiwan. Nge…nge…nge…
Economy Class Hello Kitty Airlines Ticket |
Premium Class Hello Kitty Airlines Ticket |
Mesti pengalaman korang travel ngan Hello Kitty tu amat bermakna kan ? Suma gambar dalam nih ehsan dari Pak Cik Google sebab Momoy pun tak pernah naik lagi. Hehe...
Makanan pun Hello Kitty segala ^^ |
P/s : Comic Fiesta 2010 sangat-sangat laa happening. Momoy akan kuarkan entry tu secepat mungkin selepas collect picture dari member sebab Momoy tak ada camera. So korang yang nak tahu tungguuuuu…