Syukur, ALLAH masih panjangkan lagi umo Momoy. 7th nie kiter akan masuk tahun baru. Entry nih Momoy nak ajak korang sama2 baca doa akhir tahun. Doa akhir tahun nih kiter baca sebanyak 3x lepas solat Asar. Selamat Tahun Baru kawan-kawan
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Kesusahanlah bagiku, dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam (manusia) pada
tahun ini”. Maka di binasakan lah dengan satu saat saja,sebab membaca doa ini. Dan dosa-dosanya
di ampuni oleh Allah Ta’ala dalam setahun ini.
Doa Akhir Tahun:
Ertinya:
Dan Allah SWT bersolawat atas penghulu kami Muhammad SAW, dan atas keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang
Engkau larang daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan
Engkau tidak ridho dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan
di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan
taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku
memohon ampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian
daripada apa yang Engkau ridhoinya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang
demikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha
Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau putuskan harapanku
kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah bersolawat atas penghulu kami
Muhammad SAW, dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan atas mereka.
Credit to www.majlisdzikrullahpekojan.org