NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Thursday, December 2, 2010

Best nya jadi bilioanir lepas jual laman web

LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.
Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.
Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.
Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion)
Petikan dari KOSMO

18 Comments
Comments

18 tukang comment:

Unknown said...

nak buat laman web jugak..untung2 leh jadi billionaiire

balkieys said...

wahh~ best nye klau b'tuah cm tuu..
hee :) bleh shopping tiap msa.. hehe

Apih El Nino said...

nak jual blog la. ada orang nak beli tak? hahaha...

Fiqah Alias said...

sah!! mlm nie fiqah nk buat laman web jugak n lelong..huuu~ untung2 buleh kaya...(^_^)

Lufti said...

warghh..pakcik kayo..huhu..
kalo nak ujan blog sy ni dpat bape r agak nye..xde nilai kot...haha..sedey2..:p

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ferry
jom...jom...otai telah bersuara

@ balkieys
hoho...sama jer otak kiter

@apih el nino
iklan kat mudah.com hehe...

@Fiqah
Chaiyok...chaiyokk...

@Luffy
comeynyer avy kamu

Anonymous said...

dasyat betui depa ni...

MudahMY said...

Cara mudah untuk menaikkan trafik blog anda hanya dengan backlink..

azwa amani said...

huishhh....kaya tul tuuu, xpe2, biar miskin didunia, org miskin ni ALlah utamakan masuk ke syurga tauu.. :)

Liquid said...

ade org nak beli blog incek liquid x.?? muurah je. 5 juta. lalalala~

jalan2 hee

edi_fm32 said...

kn best klu ak de kblhn cm2 gk..xpn klu ak jd hackers..best gk..hehe

Hakimi Reza said...

hohohohoo~~hiss2,,senang jer jadi kaya...

Khairy said...

kreative nye orang tu bina web macam tu...memang boleh buat duit pn. Tapi xsemua orang bertuah macam diorang ni...nasib gak

.::: Princess MOMOY :::. said...

@azhar
betoi tu...dasyat abes...
tu yg rasa nk juai web jugak nih...ngee

@MudahMY
errr...backlink ?

@azwa_amani
betul tu dear
janji perangai mau molek

@Liquid
kena pomot kat mudah.com nie

@edi_fm32
wooo...hacker tu

@ L@g3nd@ buD@k N@k@L
kalau bijak mcm tu mmg ler best

@khairy
yup. masing2 ader kebolehan

Kenzo@MrConteng said...

wahhh! momoy xnak ke jd mcm dia?

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ kenz0@MrConteng
nak berblog pun tak pandai. kenzo tgk header pun cukup ler
pakai yang standard jer...waaaa....

Akram said...

momoy jual le..sy beli.he3...

Entri Terbaru:Trivia Hari Ini #10

pilotHans said...

i wanna be a billionaire..so freaking bad..huhu..rezeki manusia sapa tau kan..

cheers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!