NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.
Showing posts with label :: HIDUP BIAR SEDAP ::. Show all posts
Showing posts with label :: HIDUP BIAR SEDAP ::. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Email mengejutkan dari EVERYDAY !



Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Haa… bersawang dah blog walau baru saja mula tahun baru. Isk… isk… Yelah. Momoy agak sibuk sedikit. Hmm… nanti Momoy cerita sebabnya. Tadi Momoy check email yang masuk ke folder inbox dan terkejut bila terima email ini…



Dear Momoy,
Good Day.

We would like to congratulate you being selected as a winner for 

LivingSocial Coupons' December RM100 Monthly Contest.




Alhamdulillah. Email dari staff Everyday (kini Living Social) yang mengatakan penyertaan entri Momoy telah menang entri bagi bulan December 2011. Tak sangka sebab entri Momoy tu simple saja dan suka-suka submit penyertaan. Entri tu mengenai seluar panjang jenama ZARA RM 197 yang Momoy beli dengan diskaun 72% dengan menggunakan kopun online Everyday. Inilah entri tersebut:

Oh! My ZARA dah sampai


Kredit RM 100 tu boleh la Momoy guna untuk belanja ibu angkat ke spa atau makan-makan bersama nanti =) Untuk team Everyday, terima kasih kerana memilih entri Momoy.


Terima kasih sekali lagi Everyday.






NOTE: 
Entri ini Momoy gunakan ‘Everyday’ untuk elakkan kekeliruan pembaca semasa penyertaan entri ZARA. Untuk pengetahuan semua, Everyday kini telah bertukar nama kepada LivingSocial. Lawati website mereka di www.livingsocial.com.my dan LivingSocial MY facebook fan page



Wednesday, November 23, 2011

Pisang Kaki | Persimmon



Salam kawan-kawan.

Hee...seronok juga kerja kat Terengganu ni. Sebab banyak juga makanan pelik yang Momoy jumpa. Ingat tak dulu Momoy pernah citer tentang si Rashidah dan katak puru yang sedap dimakan tu. So, hari ni nak citer tentang pisang yang ada kaki.



Merujuk wikipedia PISANG KAKI ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa". Refer: www.ms.wikipedia.org



Persimmon atau pisang kaki

Buah pisang kaki ini mengandungi vitamin C, glukosa, sukrosa, fruktos dan iodin. Pisang kaki juga sangat bernilai tinggi dari segi kesihatan dan perubatan. Antara khasiat buah berbentuk bulat dan berisi rangup ini ialah menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan pengaliran darah di dalam pembuluh darah koronori, mengatasi sembelit dan meredakan sedu.










Pisang kaki berasal dari keluarga Ebenaceae. Kalau kawan-kawan melihat pada permukaan buah pisang kaki yang kering, adan kelihatan seperti serbuk-serbuk putih. Serbuk putih itu mengandungi manitol, glukosa dan vitamin C yang amat baik untuk paru-paru dan jantung.



Inilah rupa pisang kaki yang telah kering kawan-kawan. Dilihat dari rupanya, Momoy ingatkan rasanya masam. Tapi bila dimakan, pisang kaki ni rasanya seperti tawar hanya rasa manis-manis buah sahaja. 




Pisang kaki yang telah dikeringkan dan dipotong empat


Inilah rupa pisang kaki yang segar-source: Tropical Blooms





Momoy tak tahu kenapa buah ni dinamakan pisang kaki sebab memang nyata tak macam bentuk pisang pun. Lebih mirip buah tomato cuma saiz lebih besar.  Kawan-kawan yang nak tahu lebih boleh Google =) Itu sahaja sedikit cerita tentang persimon ni. Kawan-kawan pernah rasa?




Wednesday, September 28, 2011

Wednesday Wordless | Baypang







Baypang - kuih tradisional negeri Terengganu





Thursday, September 22, 2011

Supplement baru, F-Cup Cookies yang ditunggu-tunggu



Salam kawan-kawan.


Pernah dengar tentang f-cup cookies? 




Ini lah F-cup cookies yang disebut-sebut ramai tu- Sumber gambar




Momoy memang dah lama nak cuba f-cup cookies sejak dua tahun lepas lagi. Tapi sebab harganya mahal so Momoy tunggu begitu lama untuk lihat ia berkesan atau tidak. Selepas buat sedikit rujukan dan review, ramai yang beri komen yang positif. 







Dan inilah dua kotak pertama yang Momoy beli. Sebab ramai yang kata dua kotak dah boleh nampak kesannya.



Mesti kawan-kawan tertanya-tanya mengapa kotak f-cup cookies Momoy berwarna putih. Bagi yang beli di Malaysia sama ada di Sasa atau import dari Jepun, packaging memang berwarna pink. F-cup cookies Momoy ini direct import dari Jepun. Currently di Jepun, hanya 14 keping sekotak (dan bukannya 30 keping) yang dijual dan packaging nya adalah berwarna putih. Boleh refer [F-cup Series Japan Official Site]




Sekotak ni bertahan selama 1 minggu.




Yeah. Oleh kerana Momoy ni chocolate lover, maka haruslah Momoy memilih perisa coklat =)



Harga f-cup cookies di Sasa RM 148 sekotak. Tapi kawan-kawan mungkin boleh jumpa yang murah sedikit (dalam RM 120) bergantung kepada supplier. Tak sabar nak tunggu esok untuk makan kepingan pertama biskut tu. Kena maintain continuous makan sekurang-kurangnya selama satu tahun. Nanti baru tahu jawapan yang sering bermain-main iaitu...




Do f-cup cookies really work? 





P/s : Kawan-kawan yang Momoy sayang, Momoy terpaksa tukar blog baru kerana ada beberapa masalah teknikal. Maka, ada banyak entri yang perlu Momoy tukar settingnya. Maaf atas kesulitan ya

Monday, September 5, 2011

Korang suka tak cute earring?





Salam kawan-kawan.

Sebab ramai kawan-kawan Momoy admirer earing Momoy yang cute-cute dan Momoy banyak dapat soalan yang bertanya di mana Momoy beli earring (subang) tu. So Momoy create entry ni. Hope korang puas hati ye.




Soalan pertama : Hey Momoy, mana u beli earring cute-cute tu semua eyh?
       Momoy said : Kat KL Central je.
 
Soalan kedua : Mahal tak Momoy?
 
Momoy said : Murah je dear. 1 pair cuma RM 4 je. Tapi kalau beli 3 pairs cuma RM 10. Semua comel-comel.



Okay. Momoy tahu korang mesti cakap apa class pakai barang murah kan? Tapi Momoy tak kisah asalkan menang gaya. Lagi pun earring ni boleh pakai dengan t-shirt untuk nampak extra cute kan. Yela. Dari kosong je tanpa aksesori ye tak? So berbaloi apa biarpun harga murah.


Momoy baru top up earring Momoy ni. Momoy kalau ke KL Central wajib Momoy beli earring ni. Ni earring yang baru Momoy beli semalam. Hoho... Comel tak?




Pink - Light Pink Floral

Xmas d ^^

Yellow floral with pearl

Ola ! I'm Bunny ^_^

Chiffon floral

Close up. Cute !

Beli dua warna- pink & white

Blue floral
Cute blue bow. So kawaii ~~

Momoy wearing cute pink bow earring ^^


Sekarang, korang dah tahu kan rahsia Momoy? Jadi, tunggu apa lagi. Jom ramai-ramai gi serbu kedai comel tu. Haishh... lepas ni kena minta minta komisyen ni sebab tolong promote kedai aksesori dia. Haha...



Thursday, July 7, 2011

Tahu Apa Ramuan Dalam MEE SEGERA ?



Assalamualaikum kawan-kawan.


Korang suka makan mee segera? Tahu apa ramuan yang terkandung di dalamnya? Untuk pengetahuan korang, sebanyak 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. 



Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.



Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.



Sumber dan untuk huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.


10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin korang mengambilnya bersama dengan mi segera korang.


Kalsium Sulfat: Kapur Paris.


Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.


Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.


Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).


BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.


Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma


Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.


Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.


Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.


Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): 
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.







Sekarang korang dah tahu apa bahan ramuan yang terkandung dalam mee segera kan. Jadi adalah penting bagi korang untuk tahu...





Sumber dari email



Wednesday, May 25, 2011

Mc Donald's Promo | Buy 1, Get 1 FREE Mc Chicken ! Wahhh !!





Salam kawan-kawan. 


Mahu tersembul biji mata Momoy bila terbaca tentang promosi Mc Donald : Buy 1, Get 1 Free Mc Chicken dari belog lady qelissa. Promosi tu valid pada 24 dan 25 May 2011. Ya. Last day hari ni. Rezeki tu. So kena cepat. 




Apa yang perlu dilakukan cuma 'like' FB McDonald's Malaysia dan print out coupon tersebut. Akhir sekali beratur di kaunter McD untuk redeem coupon tersebut. Print out hitam putih pun tak apa asalkan saiz tak kurang dari 11.5 cm x 21 cm. Banyak Momoy print tadi. Siap bagi untuk budak-budak yang datang minta kerja kat office Momoy. Hahaha... Momoy suka. Tipu la kalau korang kata korang tak suka benda-benda FREE ni kan =P 




Promo Mc Chicken di FB Mc Donald's Malaysia


Tengok... Momoy dah print. Balik kerja kejap lagi boleh singgah McD  =)


Thursday, March 10, 2011

COSMO’S WORLD THEME PARK dinaikkan taraf?



Cosmo's World Theme Park


Oh! Lama juga Momoy tak ke Cosmo’s World Theme Park di Berjaya Times Square ni naik roller coaster. Dan hanya di Times Square satu-satunya terdapat roller coaster di dalam bangunan. Cool kan?! Dan yang terbaru Momoy baca di Kosmo semalam, khabarnya Cosmo’s World tu mahu dinaik tarafkan supaya menjadi theme park utama di Asia. Superb!


Cuma terfikir apa yang mereka nak buat dengan Cosmo's World yang keluasan lebih kurang 380,000 meter persegi tu? Tapi tak mungkin la ada ‘shoot bumper’ seperti kat Genting. Haha… Kalau pergi kat Cosmo’s World tu, dapat dilihat ia dibahagikan kepada 2 section- Fantasy Garden dan Galaxy Station. Fantasy Garden untuk golongan kanak-kanak. 




Fantasy Garden


Manakala Galaxy Station pula untuk golongan dewasa dan kanak-kanak 13 tahun ke atas. Yang menarik di Galaxy Station seperti Supersonic Odyssey roller coaster, Spinning Orbit, DNA Mixer, Ooort’s Express, Dizzy Izzy, dan Space Attack. Momoy kalau ke Cosmo’s World akan naik semua game yang ada kat situ tapi DNA Mixer adalah yang terakhir sekali. Sebab DNA Mixer memang super pening. Kalau naik DNA Mixer tu awal-awal, memang confirm game lain tak dapat main. Rugi!


Galaxy station

Lama juga tak ke sana untuk tingkatkan adrenaline dalam body Momoy ni. Momoy dan kawan-kawan akan wajib naik roller coaster tu banyak kali semata-mata nak gambar yang disnap tu cantik dan muka nampak cool je. Hoho... Sekali-sekala ke Cosmo's World seronok juga kan kawan-kawan? Korang kalau ke sana suka main apa ye?


P/s: Dah naik taraf nanti, harga tiket tetap sama ke? Wink~~
    : Credit pictures to Google


Tuesday, March 8, 2011

ORI-KESHI | Kawaii Eraser Maker




Assalamualaikum kawan-kawan.

Dah lama tak buat entry .::: in luv JAPAN | KOREA :::.
Blogger-blogger yang tanya Momoy tempoh hari tentang entry Japan ni, maka Momoy create entry ori-keshi ni khas untuk kamu =)




Apa itu ori-keshi? Ori-keshi ialah original eraser maker. Di Jepun, diaorang buat sendiri kawaii (cute) eraser menggunakan tool eraser maker (ori-keshi) terutamanya chikaro (awek) dan kanak-kanak Jepun. 


Apa yang ada dalam ori-keshi ni adalah eraser yang berbagai jenis warna dan eraser maker yang berbentuk seperti wafer jer. Cute giler ^^




Packaging dan tools ori-keshi ni pun dah nampak fun kan?


Proses membuat eraser ni sangat simple.



 1.  
Break down eraser stick tersebut.
 

2.  Susun eraser stick tu mengikut design sheet
 3.   Tambah sedikit air (1/2 sudu kecil jer)



4.  Masukkan dalam microwave selama 1 minit !
 5.  Keluarkan dari microwave. Sejukkan dalam air sejuk

Siap !


Kawaii ne? Nak guna sendiri. Atau pun bungkus dalam kotak yang comel. 
Tadaa...



Siap untuk diberi pada kawan sebagai hadiah! 




Selain ori-keshi ni, korang berminat DIY boleh klik entry ini:





Korang juga boleh membaca entry kawaii Japan yang lain seperti :




Credit pictures to Google


Sunday, February 27, 2011

Comelnya HEMPEDU ULAR



Assalamualaikum kawan-kawan.


Seperti kebiasaan kalau officemate Momoy bawa benda-benda yang pelik, Momoy akan share di blog. Momoy pernah cerita dalam entry terdahulu tentang benda pelik ni kalau korang ingat. Kawan-kawan boleh refer entry ni... 








Yayy... sempat lagi snap kat office


First time (semuanya first time bagi Momoy. Haha...) tengok buah ni. Nama buah ni melada pahit. Snap-snap buah melada pahit ni untuk share bersama. Ada juga yang namakan buah ni hempedu ular. Di pantai timur diaorang gelar buah ni nada pahit. Kalau nama saintifiknya pula adalah Brucea amarissina. Korang pernah lihat tak buah melada pahit ni? Kawan Momoy kata buah ni teramat la pahit. Fuh... Nasib baik Momoy tak try. 




Khasiat


Bila Momoy tanya pak cik Google, dia kata pokok melada pahit ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba, khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan gigitan serangga berbisa. Orang Cina yang paling banyak sekali guna buah melada pahit ni untuk merawat cirit birit. 


Biarpun pahit, buah melada pahit ni banyak khasiatnya. Ada kajian yang dibuat mengatakan buah melada pahit ni dapat mengawal penyakit kencing manis dan darah tinggi. Allah Maha Bijaksana. Buah melada pahit tu kecil je kawan-kawan, tapi khasiat tinggi. 




Comelkan?


Sekarang buah melada pahit ni dijemur dan dikering sehingga la proses menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Kemudian sedia untuk dijual di farmasi. Mungkin cara ni dapat kurangkan sedikit rasa pahit tu. Ini untuk sebagai ubat sakit buasir dan bisul. Tapi Momoy masih tak sanggup lagi nak telan.


Petua orang dahulu pula, diaorang akan gunakan daun melada pahit tu untuk hilangkan bengkak akibat terseliuh atau angin. Caranya dengan menumbuk daun melada pahit tu bersama garam. Kemudian diaorang akan balut kat tempat yang bengkak tersebut. Buat 3 hari baru la hilang sakit tu. Urm... Tak pernah try. Tapi mungkin menjadi. Sebab orang lama makan garam dahulu dari kita. Sedangkan kita makan kentaki. Tak tahu tentang khasiat alam ni. Sekian saja dari Momoy.


Terima kasih sudi membaca.

Wednesday, February 16, 2011

TIMBERLAND | Design Your Own Shoes


Berita baik untuk Timberland fans. Timberland mengajak kita mencipta sendiri kasut melalui DYOHDesign Your Own Handsewn. Bestkan kawan-kawan.  Sebab sekarang kita boleh design sendiri kasut Timberland mengikut citarasa kita. Muahaha...  memang menarik!


Semuanya mengikut taste korang sendiri. Bermula dari colour (stitching), reka bentuk, lining sehinggalah kasut tu siap! Sebanyak 21 colour setiap satu dan 20 components tambahan untuk korang design dan hias kasut Timberland korang tu. Korang juga bebas memilih kolar, lidah atau tapak kasut dengan kreativiti korang sendiri. Yang pasti tak akan ada sorang pun yang akan sama rekaan dengan kasut korang. Uuu... Terbaek lah!






Maklumat lanjut korang boleh bertanya pada outlets Timberland. Pictures source from 17.

Wednesday, January 26, 2011

Pernah tak korang main game ini?




Selepas meeting tadi, kawan-kawan ada cerita tentang satu permainan waktu diaorang budak-budak dulu. Game baling getah. Tak pernah pula Momoy dengar nama game tu. Korang pernah pernah main? Balik office, terus Momoy lukis time lunch hour tadi. Haha... Cara main seperti gambar bawah ni. Cuba korang tengok. Maaf yer. Lukisan buruk. Huhu...













Nampak macam senang jer kan. Tapi kata kawan Momoy, game ni perlu skill yang tinggi. Cuba bayangkan kita nak jatuhkan getah yang jauh tu dengan bateri yang kecik jer. Urmm...Betul juga tu. 




Skill dan konsentrasi semasa balingan sangat-sangat penting. Diaorang kata main game ni sampai gaduh-gaduh. Sebab semasa turn orang lain nak baling, yang lain pula akan psiko untuk ganggu tumpuan. Haha...




Oleh kerana yang menceritakan game ni pada Momoy semuanya orang Terengganu. Dan Momoy pula tak pernah lihat game ni kat mana-mana. So Momoy anggap ni game budak Terengganu dulu-dulu. Korang pula  macam mana? Pernah main?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!