NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Monday, January 2, 2012

Sinking of Japan (2006) | 日本沈没 ; Nihon Chinbotsu


Salam kawan-kawan.

Mood lihat movie di Youtube. Kawan-kawan dah pernah tonton movie ni, "Sinking of Japan (2006)"? Dikenali juga "Japan Sinks". Hebat kan filemnya. Walaupun filem tersebut mendapat sambutan hangat tetapi ia juga mendapat banyak ulasan dan kritikan. Tetapi ramai yang berpendapat (termasuk Momoy), "Shinking of Japan" adalah Japanese disaster movie yang terbaik sekali. Momoy juga berkali ganda lebih sukakan filem ini berbanding filem 2012, War of the World atau filem dari negara Thailand, 2022 Tsunami. 



Sinking of Japan (日本沈没; Nihon Chinbotsu) 2006 ialah versi baru bagi filem Japan Sinks 1973. Ianya berdasarkan sebuah novel fiksyen oleh Sakyo Komatsu. Filem Sinking of Japan ini telah diarahkan oleh Shinji Higuchi dan dibintangi oleh pelakon utama Tsuyoshi Kusanagi dan Kou Shibasaki berlakon dan lain-lain dengan berkesan sekali dalam filem ni. 



Ceritanya mengenai negara Jepun yang 'tenggelam' ke dalam laut disebabkan oleh usul-usul plat-plat tektonik. Pakar meramalkan hanya kurang dari 1 tahun untuk rakyat Jepun bersedia untuk menghadapi kesemua musibah iaitu letupan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami yang bermula untuk memecahkan dan akhirnya menenggelamkan negara mereka. 




Sinopsis The Sinking of Japan 


Ditemui oleh para saintis yang Jepun akan tenggelam ke dalam laut disebabkan oleh usul-usul plat-plat tektonik. Dan mereka mempunyai kurang dari setahun untuk memindahkan kesemua rakyat negara tersebut.


Tosyi (Tsuyoshi), pakar laut dalam dan juga membantu seorang saintis dalam penemuan tersebut telah bertemu Reiko (Shibasaki), pekerja penyelamat semasa krisis tersebut, yang akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta. 



Apabila keadaan bertambah buruk di Jepun, Tosyi mendapat peluang meninggalkan Jepun untuk bekerja di England. Tosyi memujuk Reiko untuk mengikutnya. Tetapi Reiko memutuskan tidak keluar dari Jepun untuk membantu mangsa-mangsa. 



Ahli-ahli sains yang bertungkus lumus mendapat tahu Jepun masih mempunyai satu peluang atau harapan bagi yang masih terselamat. Dan Tosyi merupakan satu-satunya harapan yang boleh menyelamatkan Jepun daripada kemusnahan selepas seorang pakar laut dalam terkorban. Meskipun begitu, misi tersebut tetap akan mengorban nyawa. 



Sinking of Japan team


Director: Shinji Higuchi ~ Screenplay: Masato Kato ~ Music: Taro Iwashiro ~ Cinematography: Taro Kawasu ~ Cast: Tsuyoshi Kusanagi, Etsushi Toyokawa, Mao Daichi, Mitsuhuri Oikawa, Mayuko Fukuda, Hideko Yoshida, Akira Emoto, Jun Kunimura, Koji Ishizaka.


Klik untuk 




2 Comments
Comments

2 tukang comment:

caliph shuriken said...

pnah tgk movie ni dulu ^^

OdahOne OdahOneBizz said...

tkutlh tgk cite2 cmni MOMOY...rasa mcm nak kiamat & tenggelam sama...anyway, kalo dh dtg bncana alam tu tak siapa boleh tahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!