NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.
Showing posts with label :: VIDEO ::. Show all posts
Showing posts with label :: VIDEO ::. Show all posts

Monday, January 2, 2012

Sinking of Japan (2006) | 日本沈没 ; Nihon Chinbotsu


Salam kawan-kawan.

Mood lihat movie di Youtube. Kawan-kawan dah pernah tonton movie ni, "Sinking of Japan (2006)"? Dikenali juga "Japan Sinks". Hebat kan filemnya. Walaupun filem tersebut mendapat sambutan hangat tetapi ia juga mendapat banyak ulasan dan kritikan. Tetapi ramai yang berpendapat (termasuk Momoy), "Shinking of Japan" adalah Japanese disaster movie yang terbaik sekali. Momoy juga berkali ganda lebih sukakan filem ini berbanding filem 2012, War of the World atau filem dari negara Thailand, 2022 Tsunami. 



Sinking of Japan (日本沈没; Nihon Chinbotsu) 2006 ialah versi baru bagi filem Japan Sinks 1973. Ianya berdasarkan sebuah novel fiksyen oleh Sakyo Komatsu. Filem Sinking of Japan ini telah diarahkan oleh Shinji Higuchi dan dibintangi oleh pelakon utama Tsuyoshi Kusanagi dan Kou Shibasaki berlakon dan lain-lain dengan berkesan sekali dalam filem ni. 



Ceritanya mengenai negara Jepun yang 'tenggelam' ke dalam laut disebabkan oleh usul-usul plat-plat tektonik. Pakar meramalkan hanya kurang dari 1 tahun untuk rakyat Jepun bersedia untuk menghadapi kesemua musibah iaitu letupan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami yang bermula untuk memecahkan dan akhirnya menenggelamkan negara mereka. 




Sinopsis The Sinking of Japan 


Ditemui oleh para saintis yang Jepun akan tenggelam ke dalam laut disebabkan oleh usul-usul plat-plat tektonik. Dan mereka mempunyai kurang dari setahun untuk memindahkan kesemua rakyat negara tersebut.


Tosyi (Tsuyoshi), pakar laut dalam dan juga membantu seorang saintis dalam penemuan tersebut telah bertemu Reiko (Shibasaki), pekerja penyelamat semasa krisis tersebut, yang akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta. 



Apabila keadaan bertambah buruk di Jepun, Tosyi mendapat peluang meninggalkan Jepun untuk bekerja di England. Tosyi memujuk Reiko untuk mengikutnya. Tetapi Reiko memutuskan tidak keluar dari Jepun untuk membantu mangsa-mangsa. 



Ahli-ahli sains yang bertungkus lumus mendapat tahu Jepun masih mempunyai satu peluang atau harapan bagi yang masih terselamat. Dan Tosyi merupakan satu-satunya harapan yang boleh menyelamatkan Jepun daripada kemusnahan selepas seorang pakar laut dalam terkorban. Meskipun begitu, misi tersebut tetap akan mengorban nyawa. 



Sinking of Japan team


Director: Shinji Higuchi ~ Screenplay: Masato Kato ~ Music: Taro Iwashiro ~ Cinematography: Taro Kawasu ~ Cast: Tsuyoshi Kusanagi, Etsushi Toyokawa, Mao Daichi, Mitsuhuri Oikawa, Mayuko Fukuda, Hideko Yoshida, Akira Emoto, Jun Kunimura, Koji Ishizaka.


Klik untuk 




Sunday, October 23, 2011

Tragedi Tragis Xiao Yueyue



Salam kawan-kawan.


Tadi Momoy baca Metro dan terkejut bila cerita tentang Yue Yue dipaparkan di berita. Seminggu sebelum berita tersebut ditulis, Momoy lihat video menyayat hati tersebut. Seminggu juga Momoy dan kawan-kawan ulas tentang accident tersebut. Bagaimana sikap rakyat di China yang memandang nyawa bayi berumur 2 tahun tanpa harga. Memang sedih sangat. Berapa kali tengok pun boleh mengalir air mata.




Si kecil Yue Yue (kredit)




Video rakaman CCTV yang menggemparkan seluruh dunia itu memaparkan seorang budak perempuan Yue Yue sengaja dilanggar oleh van putih. Van tersebut berhenti seketika tapi terus menggelek bayi kecil tu. Yang kemudiannya digilis pula oleh sebuah lori. Ironinya, ia berlalu di kawasan laluan pejalan kaki. Seramai 18 orang yang melalui jalan itu hanya melihat Yue Yue terlantar parah tanpa memberi apa-apa pertolongan. 


Individu ke-19, seorang makcik yang bekerja sebagai pengutip sampah, Chen Xianmei ternampak Yue Yue dan segera menarik bayi tu ke tepi jalan sebelum kenderaan lain datang menggilisnya. Tindakannya itu, kata doktor menyelamatkan Yue Yue dari mati terus di tempat kejadian. Bagaimanapun Yue Yue mungkin terselamat jika tindakan pantas dari pejalan kaki tapi malangnya itu tidak berlaku. Chen Xianmei kata dia selepas tu mencari sesiapa yang kehilangan anak tetapi tak ada seorang pun yang respon. 




Kredit gambar dari beliefnet.com




Selama sepuluh hari si comel tu koma dengan kecederaan parah akhirnya semalam dikhabarkan telah meninggal dunia. 2 pemandu van dan lori yang melanggar Yue Yue telah dikenalpasti. 18 orang individu yang bertanggungjawab atas kematian Yue Yue juga bakal dikenakan hukuman. 

Dalam China Daily USA menulis beberapa saksi pejalan kaki dalam video tu: Lelaki yang membawa basikal roda tiga elektrik, Zhang memberitahu alasan dia tidak nampak ada budak terlantar dengan banyak kesan darah di jalan sebab gelap. Seorang perempuan bernama Lin yang bawa anaknya di tempat kejadian pula memberitahu bahawa dia nampak Yue Yue parah dan berdarah menangis perlahan kesakitan. Tapi segera tinggalkan tempat tersebut apabila anaknya turut sama menangis sebab takut. Lelaki berbaju hijau pula menidakkan ternampak Yue Yue. Katanya lagi kalau dia ternampak pasti dia akan tolong tapi semua orang dan penjual yang berada berhampiran tidak percaya cerita itu dan menafikan dakwaan lelaki tersebut. 


Memang tak dapat nak terima apa alasan mereka. Kejam betul. Kebaikkan makcik yang tolong Yue Yue tu akhirnya dapat award 10,000 yuan ($1500) dan di offer kerja dengan gaji yang stabil. Manakala keluarga Yue Yue diberi derma. 




Video dari Youtube



P/S: Pengutip sampah juga yang berperikemanusiaan dan bermoral tinggi. Ambil iktibar dan pengajaran tentang apa yang berlaku. 


Saturday, September 10, 2011

New Albun from Famous Vlog

Salam kawan-kawan.








Momoy rasa korang mesti kenal dengan vlog terkenal, matluthfi90 kan? Beliau mula famous selepas video pasal hari ibu. Video tu memang sweet walaupun unsur lawak tu memang ada. Sekarang ni mat luthfi sedang sibuk release new album di. Superb lawak. Jom layan....


Video from Youtube





P/s: Tak sabar tunggu sitcom "How I Meet Your Mother Season 7" !!!



Tuesday, August 9, 2011

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH




(Sahaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)



Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:


Malam ke 1


Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.




Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu
bapanya.


Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarn-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


Malam ke 6 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.


Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.




Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.


Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.


Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati


Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih pada malam tersebut.


Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


Layan dulu video animasi Upin dan Ipin pergi terawih dari Youtube ni






SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH




Sumber dari email oleh sharm 


UPDATE:


Salam kawan-kawan.


Mohon maaf. Momoy terbaca HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH di website rasmi JAIS. Maka Momoy potong kelebihan solat sunat terawih ni kerana Momoy was-was dan ragu-ragu. Harap Maklum.


Details tentang HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH ni boleh [klik sini]



Thursday, July 28, 2011

GO Tigers, GO GO Tigers !!




Assalamualaikum kawan-kawan,

Mesti ramai yang tak sabar menanti malam ni, 28 Julai 2011 penentuan Malaysia VS Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Bukit Jalil. Harap baki perlawanan 90 minit tu team Malaysia akan berjuang sehabis-habisan dan keputusan perlawanan memihak kepada Harimau Malaya. Dengar cerita ticket perlawanan Malaysia VS Singapore sebanyak 85,000 keping tiket telah habis dijual sama ada secara online atau offline. Cayalah ! Go Harimau Malaya! Tanah tumpahnya darahku!

Dan ya, Momoy dedicate (tujukan) lagu ini yang musiknya telah diremix kan daripada lagu 'yellow & black' nyanyian Wiz Khalifa kepada pasukan bola sepak kebangsaan kita. Hasil tangan Dinesh Kumar a.k.a DjBiggie ni memang best. Jom layan. 




Video Lagu Harimau Malaya - Youtube


Lirik A.U.B - Harimau Malaya (Black & Yellow DJ Biggie REMIX) 


INTRO 
Aiyo! Malaysia we had to do a remix for this right here, 
Yeah 17 years in the makin’, the Cup is finally back, 
Malaysia STAND UP!!!

CHORUS 
Yeah ah ha, you know what it is, everything we do, we do it big 
Yeah ah ha, take screaming shots, when we sprint down the field, You know we HOT..! 
It’s Harimau Malaya when you see us on the field man, 
Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow 
we put it down for our Jalur Gemilang, 
Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow

(MR.DAN)
VERSE 1 

Salam Sejahtera Malaysia, 
Nike Vapor, Black boots, custom numbering, with the yellow SWOOSH! 
Son I’m Gangsta’, on and off the field, run like a Tiger and you know that I got em’ skills, 
Dribble mid-field, skip pass defence, and my fellaz’ at the backl locked like the fence, 
Feed the ball to Safee, GOAL number 2, this is Malaysia! You know how we do. 
Yah! We go hard, cause the time is now! Don the Black and Yellow, do the country proud. 
Ask Sabri, he gon’ tell you whats up, Harimau Muda don’t sleep till the World Cup.

CHORUS 
Yeah ah ha, you know what it is, everything we do, we do it big 
Yeah ah ha, take screaming shots, when we sprint down the field, You know we HOT..! 
It’s Harimau Malaya when you see us on the field man, 
Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow 
we put it down for our Jalur Gemilang, 
Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow

(MC Syze)
Verse 2 

Ok! Ok! Yeah! Turun padang, dengar sorakan, 
Raungan Harimau Malaya gemanya berkekalan, 
Mangsa di mata, nasib dah nyata, malapetaka bagi skuad mereka, 
Yeah, we tigers man, we never scared, 
See the stripes, step inside only if you dare, 
Let’s keep it clear, we have no fear, defending tight, attack is right, 
Hear the crowd cheer! 
Ref get your whistle on, we get our dribble on, pass you lil’ boys like you fellaz’ got your stumble on, 
We moves never wrong, you dudes never strong, 
Go ask Rajagopal, you we ON! 

CHORUS 
Yeah ah ha, you know what it is, everything we do, we do it big 
Yeah ah ha, take screaming shots, when we sprint down the field, You know we HOT..! 
It’s Harimau Malaya when you see us on the field man, 
Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow 
we put it down for our Jalur Gemilang, 
Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow, Black and yellow

OUTRO
A.U.B, F.A.M,We love you Malaysia.
BTC, the mixtape!!


To skuad Harimau Malaya... 
GAMBATTE FIGHTING !!




P/s : Jom tukar background lappy korang dengan wallpaper dan blog background Harimau Malaya [klik sini]


Monday, July 18, 2011

Oh! Siapa awek cun yang HOT and SPICY ni ??? | Video





Salam kawan-kawan.



Office Momoy selang satu saja dari kedai 24 jam Tujuh Sebelas. So memang selalu la Momoy memanjakan perut Momoy ni jika tak ke site. Momoy selalu tengok tv kecil kat kaunter. Sebenarnya agak leka juga la tengok aksi gadis cun dan hot kat tv tu. Tapi tak tahu siapa minah tu? Ni minah hot yang Momoy maksudkan. Korang tahu ? 






Maaf quality gambar... silauan dari lampu dan record pakai handset murah (T_T)

Monday, July 11, 2011

Tsubasa Masuwaka | LIZ LISA | Dolly Wink


Salam kawan-kawan. 

Tsubasa Masuwaka. Jika korang Japanese addicted, mesti korang tahu Tsubasa Masuwaka kan? Atau pernah lihat ini... 





Ini la Tsubasa. Masih tak kenal,? Urm... Jika korang biasa dengan cosmetic boutique Sasa, Momoy percaya korang mesti perasan wajah Tsubasa ni di sana. Korang mesti selalu lihat Tsubasa ni dengan poster-poster besar yang semacam ni kan?







Dah kenal? Haa... Entry ni akan dipenuhi oleh spam gambar Tsubasa Masuwaka ni =) Kalau korang nak tahu Tsubasa Masuwaka ini ialah model Jepun, J-pop singer dan ikon Gyaru/ himegyaru Guru style. 


Gyaru (ギャル) is a Japanese transliteration of the English word gal, that of girl being gaaru (ガール) Nak tahu lebih details apa itu gyaru boleh [klik sini]. 


Momoy selalu beli teenage fashion Japanese magazine seperti S-Cawaii, Vivi, Mina dan Popteen. Dan Tsubasa ni model model popular untuk Popteen. 








Tsubasa Profile


Name: masuwaka tsubasa 益若翼 (益若つばさ)
Date of birth: October 13, 1985
Place of birth: Koshigaya City, Saitama Prefecture, Japan
Height: 150 cm
Weight: 37 kg
Measurements: 84C / 54 / 73 cm
Blood type: B
Horoscope: Libra
Profession: Model, designer




Selain kecomelan Tsubasa ni, Momoy suka dia ni kerana dia seorang model dan usahawan yang berjaya. Punya koleksi makeup dan false eyelashes sendiri yang dinamakan "Dolly Wink". Korang patut try Dolly Wink ni tau =) Tsubasa Masuwaka ni juga pemilik LIZ LISA, iaitu branded Japan clothing. Momoy memang LIZ LISA fan. Entry lain Momoy akan cerita apa yang buat Momoy super love dengan LIZ LISA ni okay =)


Momoy kadangkala imagine yang kehidupan dia mesti sentiasa dipenuhi dengan kawaii stuff. 


kawaii (可愛い) bermaksud literally, "lovable", "cute", atau "adorable". Details korang boleh [klik sini]. 


Tapi selepas tengok video dia di Youtube, Tsubasa ni hidup simple saja. Kehidupan macam orang biasa. Rumah, rutin harian, kawan-kawan dan tetap bekerja keras biarpun duit berkepuk-kepuk. Respect betul! 







FYI, Tsubasa Masuwaka ni dah berkahwin dengan Umesan Naoki, iaitu seorang fashion model yang cute! Oh ya. Tsubasa ni ada baby boy. Huhu... Family yang comel-comel ^^ Jom cuci mata sikit gambar Tsubasa Masuwaka ni. Layannn...















Comel tak? Sekarang korang dah tahu kenapa Tsubasa Masuwaka ni sentiasa menjadi model favorite Momoy =) Hinggakan Momoy cut bangs Momoy dan hair color inspired by Tsubasa Masuwaka. Dan... oh... semestinya Momoy beli produk-produk dia =) Sebenarnya gambar di Facebook Tsubasa Masuwaka 益若つばさ lagi banyak dan cute-cute ^^


Tsubasa Masuwaka video source from Youtube.
Tsubasa Masuwaka pictures taken from Google.



Terima kasih sudi baca entry ni. 16 July 2011 ni jangan lupa pergi [Japan Festival | Bon Odori] tau. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!