NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, June 26, 2011

Akhirnya... Mael Lambung VS Ah Chai The Movie



Salam kawan-kawan.


Ramai dah tahu rancangan di Astro Warna iaitu Maharaja Lawak sudah tamat. Kesemua 13 minggu. Tapi secara peribadi Momoy suka persembahan terakhir dari Jozan. Ada unsur tradisi rakyat Malaysia, lawak genius, persahabatan, dancing, musikal klasik dari masyarak cina dan melayu (wayang kulit). Memang terbaik la sampai berbekas di hati. 




Karektor yang Jozan bawa dalam ML sebelum ni dikembangkan lagi tapi dengan lagi best. Memang terbaik laa... Ending pun hebat. Muzik pun best. Dapat naib johan pun okay la cuma ralat sikit sebab inilah muzikal komedi yang terbaik bak kata juri Ahmad Idham. Mungkin kesuntukan masa undian memandangkan Jozan persembahan terakhir pada malam itu. Yang tak tengok lagi, korang boleh layan. Momoy dah tengok lebih dari 50x even sambil buat kerja sebab lagu-lagu sedap. Haha...




video


To Jozan... Tahniah! Korang berdua memang hebat!


Keputusan Akhir Maharaja Lawak
Johan- Sepah
Naib Juara- Jozan
Ketiga- Nabil


Mael Lambung dan Ah Chai akan difilemkam? Itulah penangan kuat dari karektor atau Mail Lambung dan Ah Chai oleh Jozan, Ahmad Idham men twitt "Mael lambung VS Ah Chai the movie mula pengambaran sept ini... Terima kasih kepada semua yang mendesak saya... Hahaha" Tak sabar nak tunggu sypnosis dan review dari filem Mael Lambung VS Ah Chai The Movie.



Update 14 July 2011. Poster Ah Chai VS Mael Lambung sudah keluar. 



Semakan Keputusan ke Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Jul 2011



Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Julai 2011 boleh dibuat di Laman Web Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi : https://online.mohe.gov.my/upu/keputusan_dpli/

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)
http://upu.mohe.gov.my/




Wednesday, June 22, 2011

My Red Hot Chilli from Agape Boutique!




Salam kawan-kawan.

Nak review stuff buat kali pertama. Yeah... Parcel yang ditunggu-tunggu selama 2 weeks akhirnya tiba. Oh. Momoy memang online shopper semenjak bekerja di Terengganu ni. Item yang terbaru Momoy beli secara talian (online) nak show off kat korang ialah red hot chilli killer shoes yang dah lama Momoy cari. Akhirnya jumpa juga semua criteria yang Momoy mahu. Haha...









Inilah dia parcel buat Momoy tak sabar nak tunggu habis kerja. Urmm... semua parcel memang Momoy gunakan alamat office.




Left: Gambar dari Agape Boutique | Right: Mine =)



Apa yang Momoy cari? Ketinggian sempurna | Kaler merah cili |design peep-toe yang tidak terlalu luas | Wooden heels yang cantik dan stabil |Kemas dan berkualiti.








Kenapa? Untuk pengetahuan korang, kaler merah cili sudah cukup untuk menarik perhatian orang. Peep-toe dapat membias tubuh kita menjadi lebih tinggi. Tapi pastikan hanya nampak 2 jari sahaja untuk cantik. Dan ketinggian heels (tumit tinggi) yang sesuai dapat memberi effect sexy pada tubuh. Hihi...


Kesimpulannya, Momoy sangat-sangat berpuas hati. Walaupun pada mulanya terkejut sangat-sangat tengok feet chart. Gila besar. Tapi just follow instruction yang diberi dan saiz muat padan dengan Momoy. Exactly sama dengan gambar =) Dan pastinya Momoy akan borong kasut kali ini di blogshop tersebut.

P/s: Lagi kasut dari Agape dengan KLIK SINI



Thursday, June 16, 2011

Tips dan Cara ELAK Blog Digodam | Bertindak Sekarang!




Salam kawan-kawan.

Bagaimana cara untuk menggelakkan blog, facebook, emel (email) atau laman web kita dari digodam? Ada ke cara untuk elak dari digodam? Di sini Momoy ingin kongsikan cara-cara dan tips untuk elak blog kena godam. Kredit sepenuhnya kepada blogger eXeption



Sebelum ini Momoy dah ceritakan tentang teknik-teknik dan cara-cara yang biasa penggodam gunakan [KLIK SINI]. Jom baca bagaimana cara untuk elak blog dari kena godam (hack). Perkara pertama korang perlu kurangkan risiko daripada digodam melalui Dictionary Attack ni? Apa itu teknik Dictionary Attack dan bagaimana ia digodam? [KLIK SINI].




Caranya jangan gunakan kata laluan yang pendek kurang daripada 9 aksara. Korang juga perlu mengetahui [10 password yang paling mudah untuk digodam]. PENTING! Penggunaan kata laluan alfanumerik iaitu yang bercampur huruf dan angka berjaya mengurangkan risiko daripada di godam. Sebagai contoh kata laluan alfanumerik seperti: r3sh1dz2011, rafflesia2011, paranoid1979, sab3rt00th, sk8t3rboy2011, n3rdh3rd dan lain-lain...




Adakalanya penggodam (hacker) mengahantar program keylogger untuk merekod penggunaan kekunci pada keyboard komputer dan maklumat tersebut akan dihantar kepada mereka. Jadi, di sini lah pentingnya peranan Internet Security. Perisian Internet Security seperti Kaspersky Internet Security dan Norton Internet Security berupaya untuk menangkis sebarang aktiviti serangan seperti backdoor attack jika selalu dikemaskini.




Eset Smart Security version 3.0 | Suggestion dari Cik Anony ni pun okay juga =)



Korang juga boleh baca tips dan cara lain untuk elak blog dari digodam di
[Penggodam Anonymous | Mari Selamatkan Blog Kita]. Bagus tips dari Odahone ni =)



Momoy berharap semoga entri Tips dan Cara ELAK Blog Digodam | Bertindak Sekarang! memberi kebaikan dan manfaat kepada kita semua. Lihat [Senarai Laman Web Yang Digodam Oleh Hacker Anonymous | Operation Malaysia]


Teknik dan Cara Untuk Menggodam Blog



Salam kawan-kawan.


Seperti yang korang tahu hari ini beberapa laman web rasmi milik Kerajaan Malaysia telah digodam (hacked) oleh sekumpulan penggodam Anonymous. Lihat SENARAI LAMAN WEB YANG DIGODAM OLEH HACKER ANONYMOUS.


Bukan saja laman web kerajaan, blog juga tidak terkecuali. Platform untuk para blogger ping entry juga digodam. Dan penggodam Adam Oscar Dimarco yang menggodam Gengblogger itu turut menyenaraikan bloglist blogger lain. Jahat sungguh. [KLIK SINI].


Bagaimana Nak Godam Blog atau Web? Bagaimana penggodam ini melakukannya? Apa teknik-teknik dan cara-cara yang digunakan untuk menggodam? Jom baca...




Kaedah Pertama- Dictionary Attack


Kaedah yang paling famous ini sesiapa sahaja boleh melakukannya hatta budak sekolah sekalipun (tapi tak semestinya dia berjaya). Apa yang berlaku, hacker atau penggodam ini akan menggunakan teknik dictionary attack iaitu meneka dan terus meneka kata laluan akaun (password) sehingga berjaya. Seperti yang selalu korang tengok dalam movie atau filem-filem perisikkan tu. 


Maka, elakkan penggunaan kata laluan yang biasa seperti nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nama dan sebagainya. Nak tahu password yang paling famous, senang dan mudah digodam? [KLIK SINI]. Jangan ambil mudah benda yang simple tapi kesan besar macam ni. 




Kaedah Kedua - Phishing


Salah satu kaedah atau cara yang digunakan adalah Phishing. Bunyi sebutannya sama seperti 'fishing'. Phishing digunakan dengan cara 'mengumpan' pengguna Internet yang lalai atau leka khususnya untuk memberi kata laluan akaun (password) mereka kepada penggodam-penggodam ini. 


Bagaimana mereka mengumpan? Cara termudah penggodam tersebut akan create satu page yang menyerupai antaramuka login akaun sama ada akaun emel, facebook atau pun e-banking. Kemudian penggodam tersebut akan menyamar sebagai admin atau pentadbir sistem akaun berkenaan. Kita diminta untuk menukar kata laluan (password) atau mengemaskini maklumat akaun. Kita pun terpedaya lalu termasuklah ke dalam jerat yang dipasang. Tamat cerita... 




Bahaya phishing ni kawan-kawan sebab banyak berlaku kes-kes kehilangan wang dari akaun bank. Jadi berhati-hati la ye kawan-kawan. Contoh emel phishing adalah seperti di bawah ni. 







Dan bila korang klik link tersebut, korang akan dibawa ke laman web phishing tersebut. Iaitu bukan laman web sebenar institusi kewangan tersebut. 





Kalau korang terjumpa emel sebegini sila abaikan. Jangan fikir panjang, tolong DELETE terus! 



Kaedah Ketiga - Keylogger


Adakalanya penggodam (hacker) mengahantar program keylogger untuk merekod penggunaan kekunci pada keyboard komputer dan maklumat tersebut akan dihantar kepada mereka. Perkara ni kebiasaannya banyak berlaku di Cyber Cafe dan tempat-tempat yang menyediakan kemudahan wireless percuma seperti di restoran-restoran.



Itulah antara teknik-teknik yang biasanya digunakan penggodam. Entri ini bukan bertujuan untuk mengajar korang menjadi hacker tetapi sebagai pengetahuan bagaimana cara hacker-hacker ini menggodam blog atau laman web. 




Cepat Bertindak!


10 Kata Laluan (Password) Paling Famous Untuk di Godam









Salah satu teknik yang digunakan untuk menggodam (hack) adalah Dictionary Attack. Nak tahu apakah teknik lain untuk menggodam [KLIK SINI]. Di bawah ini ialah senarai 10 kata laluan akaun (password) yang paling famous atau yang biasa mudah kena serang oleh pengodam. 

1. No Kad Pengenalan
2. Tarikh Lahir
3. Tarikh Harilahir/ Pernikahan
4. Nombor Telefon Rumah atau Telefon Bimbit (HP)
5. 123456789
6. 111111
7. Perkataan "password"
8. ILoveYou
9. Nama123
10. a12b3c4d.... (dan seterusnya)



Banyak kes-kes kehilangan wang dalam akaun bank berlaku juga berpunca dari password. So, jangan ambil mudah perkara ini. Bagaimana nak kurangkan risiko daripada digodam melalui Dictionary Attack ni? [KLIK SINI]




 Credit picture to Google

Senarai Laman Web Yang Di Hacked Oleh Anonymous | Operation Malaysia



Previous entry tentang Gengblogger Yang di hacked oleh Adam Oscar Dimarco. Momoy tertarik dengan artikel 'Measures Take To Prevent Website Hackers, Says Rais' oleh Bernama.com. Korang boleh baca di SINI








Pagi ini kebanyakkan laman web rasmi milik Kerajaan Malaysia telah diserang. Punca serangan dikatakan oleh tindakan SKMM menyekat access pengguna (internat) dari melayari 10 laman website muat turun. Beberapa laman web tersebut telah di hacked sementara yang lain telah di DOS. Sumber dari news.world.yes.my telah menyenaraikan Senarai Laman Web Dalam Operation Malaysia Yang Digodam (hack) Oleh Hacker Anonymous. Website tersebut ialah:



SabahTourism.com – Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) – Hacked
Tourism Malaysia – Unaffected
UiTM Penang – Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care) – Hacked
CIDB – Hacked but back up 12:20am
Land Public Transport Commision – Hacked but back up 12:15am
1Malaysia – DoS / Switched off 3:45am
Malaysian Communications and Multimedia Commission - Unaffected
ASEANConnect – DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service – DoS / Switched off
Ministry of Education – DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia – DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Unaffected


Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia - DoS / Switched off
Parlimen Malaysia – DoS / Switched off
Malaysian Treasury – DoS / Switched off
University Kebangsaan Malaysia – DoS / Switched off
Jobs Malaysia – DoS / Switched off
Information, Communications and Culture – DoS / Switched off
Human Resouce Ministry – DoS / Switched off 3:59am
National Sports Council – DoS / Switched off
Polis Diraja Malaysia (PDRM) – DoS / Switched off



Di Godam Oleh Adam Oscar Dimarco | Gengblogger Mangsa Terbaru



Assalamualaikum kawan-kawan.


Jika pun Momoy tiada entry baru nak di ping, tetapi Momoy selalu juga ke Gengblogger untuk lihat entry terbaru rakan-rakan blogger yang lain. Tapi Momoy rasa hampa sebab Gengblogger dah kena hack oleh si Adam Oscar Dimarco. 








Adam Oscar Dimarco tu tulis... "dont focus on blogger only. promote them too :) listblog Im not anonymous. Im adam oscar dimarco. I've been here before. Remember Me?"




Sejak kebelakangan ini, banyak sangat kes godam-mengodam (hacked) berlaku. Yang terbaru Momoy dengar sekumpulan hacker yang dikenali sebagai Anonymous akan menggodam laman web rasmi Kerajaan Malaysia pada hari ini. 




Momoy tak tahu apa masalah penggodam-penggodam ini. Tapi bagi Momoy mereka memang bermasalah. Mungkin rasa puas hati dapat buat hasil penat lelah orang lain hancur dalam sekelip mata. Sepatutnya hackers ni gunalah skills atau kemahiran menggodam diaorang tu untuk hacker laman sesawang lucah, siapa setuju?









Update : Alhamdulillah. Gengblogger dah berfungsi seperti biasa





Sunday, June 12, 2011

Kejadian Hanya Satu Malam Sahaja!



Momoy percaya ada antara yang dah lihat video ni. Lelaki tu memang gila lah. Video yang confirm buat perasan korang bercampur baur.... 


video

William dan Kate pun tak macam ni kan. So sweet =)


PIALA FA 2011 MALAYSIA | Akhirnya Terengganu Juara



Tamat sudah perlawanan akhir Piala FA 2011 pada 11 June 2011 semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Keputusan Terengganu vs Kelantan 2-1. Tahniah Terengganu sebab dapat menjulang Piala FA buat kali kedua. Final ni baru rasa puas hati. Mungkin sebab Kelantan over confident sebab dapat belasah Terengganu 3-0 hari tu. 




Tiket Liga Malaysia




Tapi macam biasa la kalau team Pantai Timur yang bermain, stadium sedikit tercemar dengan insiden dan sikap kurang cerdik penyokong-penyokong. Asyik nak bergaduh saja sampaikan perlawanan tu terhenti selama 5 minit. Susahnya kurang semangat kesukanan atau terlebih semangat ni. Tapi Momoy tunggu kalau-kalau ada special announcement Terengganu cuti ke apa ke tapi hampeh. Kelantan pula yang dapat cuti hari ni. Adoi...Mat Said ni. 





Yang tak tengok boleh layan video gol perlawanan akhir piala FA Kelantan VS Terengganu di SINI. Ulasan dan rentetan lengkap peristiwa setiap minit boleh baca di belog zikrihusaini. Bagus, lengkap dan teperinci tulisan blogger ni. Apa-apa pun syabas Terengganu. Oh. Momoy dah jadi orang sini la. Haha...




P/s: Apex (Khairul Fahmi) juga yang comel =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!