Selepas meeting tadi, kawan-kawan ada cerita tentang satu permainan waktu diaorang budak-budak dulu. Game baling getah. Tak pernah pula Momoy dengar nama game tu. Korang pernah pernah main? Balik office, terus Momoy lukis time lunch hour tadi. Haha... Cara main seperti gambar bawah ni. Cuba korang tengok. Maaf yer. Lukisan buruk. Huhu...
Nampak macam senang jer kan. Tapi kata kawan Momoy, game ni perlu skill yang tinggi. Cuba bayangkan kita nak jatuhkan getah yang jauh tu dengan bateri yang kecik jer. Urmm...Betul juga tu.
Skill dan konsentrasi semasa balingan sangat-sangat penting. Diaorang kata main game ni sampai gaduh-gaduh. Sebab semasa turn orang lain nak baling, yang lain pula akan psiko untuk ganggu tumpuan. Haha...
Oleh kerana yang menceritakan game ni pada Momoy semuanya orang Terengganu. Dan Momoy pula tak pernah lihat game ni kat mana-mana. So Momoy anggap ni game budak Terengganu dulu-dulu. Korang pula macam mana? Pernah main?
Related Posts : :: BORAK-BORAK | FIKIR-FIKIR ::,
:: HIDUP BIAR SEDAP ::,
:: Lifestyle ::