Sengaja Momoy nak menulis tentang mee segera atau bahasa mudahnya megi. Banyak brand yang terkenal misalnya Maggie, Indo Mee, Cintan, Mee Sedap dan pelbagai, tapi tetap dipanggil megi dan bukannya mee segera. Agaknya sebab Maggi tu antara yang mula-mula popular dulu kot. Tak apa laa, tinggalkan tentang tu.
Korang suka makan megi? Megi ni antara pilihan wajib student IPT untuk
buat stock. Harga murah, senang cari dan mudah nak sediakan. Betul ? Nak jimat duit loan sebab belum ada income sendiri. Tapi yang dah kerja pun makan megi juga apa. Kebiasaannya time hujung bulan, tunggu gaji masuk. Hehe...
Tapi study dulu Momoy tak prefer megi, sebab lebih suka biskut atau oat. Sekarang pun sama juga. Cuma sekali sekala je teringin nak makan megi. Maggie kari pilihan Momoy. Sebab rasanya yang sedikit pedas berbanding yang lain. Tambah pula bila ada bahan tambahan macam sayur sedikit, telur, udang, sotong, bebola ikan (fishball), cili padi yang dihiris halus-halus dan tauhu goreng. Kadang-kadang kalau ada crabstick pun Momoy akan letak juga dua batang. Perghh... Memang terangkat.
Zaman IPT dulu, Momoy dan kawan-kawan masak megi paling mudah sekali. Rebus air panas then tuang dalam bekas yang dah disediakan megi bersama perencahnya. Sementara tunggu 2 minit untuk megi tu kembang, sempat lagi mengumpat. Apa senyum-senyum. Korang pun macam tu juga kan?
Yang budak-budak laki cerita lagi hebat. Diaorang akan buang baju rendaman dari baldi dan guna baldi tu untuk masak megi. Lepas tu makan secara berjemaah satu rumah. Haha... Itu pun berebut. Sebab terlebih sedap.
Itu cara paling mudah sekali untuk masak. Dan cara mudah untuk masalah keguguran rambut dan dapat penyakit. “Habis kalau macam tu nak masak macam mana?”, “Duduk hostel mana boleh bawa tong gas”, “Takkan tak makan megi pula, tu je benda yang paling murah bagi kitaorang”.
Urm... Momoy tak kata korang tak boleh makan megi. Tapi di sini Chef Momoy nak tunjukkan cara masak megi yang betul. Yang sebenarnya Chef Momoy pun baru je tahu. Haha...
- Mula-mula korang rebus air bersama mee.
- Bila mee tu dah kembang, korang buang air rebusan tu (toskan ia). Dengan cara ni, lilin (wax) yang terdapat dalam megi dihapuskan. Itu la punca penyakit tu.
- Sekali lagi korang rebus air sampai mendidih.
- Kemudian masukkan mee dan perencah. Tutup api. Siap
Itu la langkah yang betul sebenarnya nak masak megi. Bagi yang suka megi goreng (goreng ke?). Bagi megi yang tak ada kuah, ulang langkah 1-3 kemudian toskan mee tu letak perencah dan gaul. Dah siap. Yayy!
Dalam iklan dah macam-macam menu masakan guna megi. Yang famous iklan Maggie “Yang besar punya...”. Momoy pernah jumpa orang buat murtabak megi daging dan nasi berlauk megi. Tak pernah pula Momoy try. Selain megi, ada satu lagi makanan student-student IPT. Nak tahu? Baca entry ni [Momoy, kenangan dan dot dot dot]
|
Iklan mee maggi dulu-dulu. Comelkan =) Source-Google |
Jangan lupa masak dengan betul dan sempurna ye kalau nak makan.
P/s: Hujan-hujan macam ni paling best makan megi ^^
Related Posts : :: BORAK-BORAK | FIKIR-FIKIR ::,
:: HIDUP BIAR SEDAP ::,
:: Lifestyle ::