NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Tuesday, January 4, 2011

BUDGET : Bagaimana Nak Patuhi ?



Hoh... hari ni satu entry pun Momoy tak buat lagi. Isk...isk... busy sangat pagi tadi. So Momoy nak bercerita sikit tentang salah satu wishlist Momoy iaitu BUDGET.




Tahun 2011 ni, nak tetapkan dan maintain budget adalah termasuk dalam wishlist Momoy yang paling atas sekali. Korang tahu tak walau pun nampak mudah tapi wishlist budget ni yang paling mencabar bagi Momoy!




Sebabnya nak tetapkan budget ni perlukan disiplin yang tinggi. Hanya korang jer yang control diri korang. So kat sini Momoy nak share bagaimana untuk menetapkan budget.

  • Bayar bil yang diperlukan terlebih dahulu. Jika boleh, cuba aturkan supaya bil-bil korang tidak perlu dibayar serentak pada hari yang sama. Contohnya kalau bil handphone Momoy bulan ni kurang, Momoy akan forward ke bulan depan. Bayar bil yang lagi penting.
  • Simpan duit setiap bulan, tidak kira berapa jumlahnya. Momoy cuma mahu jadikan ia tabiat. Awal bulan je mesti cepat-cepat saving. Kalau tangguh memang bisikan jahat tu mula laa...huhu...  
  • Momoy juga suka kumpul duit syiling. Sebab suka bunyi ting ting bila masuk tabung.
  • Buat satu senarai sebelum korang pergi membeli-belah. Semasa korang nak shopping, ingat perbezaan antara keperluan dan kehendak. Uit... Momoy memang ada buat list. Tapi tetap juga ler tersasar sekali dua. Haishh...
  • Buat perancangan terlebih dahulu dan beli barangan ketika ada jualan murah. Membeli-belah di kedai diskaun dan kedai borong seperti Tesco ker Giant tak pun Carefore. Momoy memang jenis beli borong untuk buat stock 2 bulan terus ^^
  • Kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan korang. Yang ni Momoy memang tak dapat buat sebab Momoy stay sorang. 
  • Jauhi daripada kedai atau tempat yang membazirkan duit korang! Aisey.... Yang ni memang menggoda kadang tu =.=
  • Pelajari cara-cara menyimpan duit daripada keluarga dan rakan, dan patuhi satu pelan. Thanks pada blogger caliph shuriken. Beliau seorang finance consultant. Thx dear =) Korang jom minta pandangan dia banyak-banyak.
  • Rekodkan apa yang korang belanja dan berapa perbelanjaan korang. Jadikannya mudah dan senang untuk dibuat. Tulis dalam buku kecik pun ok. Macam yang belajar kat sekolah dulu.
  • Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang korang telah tulis supaya korang boleh lihat jika korang telah mematuhinya. 
  • Akhir bulan Momoy terus masukkan dalam sistem belanja yang Momoy create sendiri untuk lihat berapa banyak Momoy dah bazirkan duit. Haha...


Korang ada cadangan lain yang boleh share?

6 Comments
Comments

6 tukang comment:

caliph shuriken said...

ktingg.. melodi plg indah utk awk ar, hikk...

p/s: arigatou utk en3 ni ;)

Bee said...

ni pun entry gak momoy haa!!

.::: Princess MOMOY :::. said...

@caliph shuriken
hehe...thx dear. sorry ...pinjam u kejap untuk pomot
sama-sama dear =)

@PuanBee
yer...entry lewat malam. hehe...

NuSaNa NoSa 91 said...

lg satu momoy.. duk kt rumah je, jgn gi shopping.. baru xterbli brg yg xsepatutnya.. tehehehehee~ ^_^

Zura Tahir said...

byk kali try plan expenses tp selalulah fail...

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ NuSaNa NoSa 91
betul2...cuma kena hati2 jangan on9 shopping plak

@Zura
hehe...tu la yang momoy maksudkan mencabar sekali =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!