NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Friday, January 21, 2011

RESUME | Benda Penting Yang Orang Jarang Buat Ketika Menulis RESUME!




Assalamualaikum.

Momoy tak nak bercerita tentang macam mana nak tulis resume. Sebab majority dari kita dah tahu kan. So Momoy nak bagi tips tambahan yang boleh korang letak dalam resume tu. Momoy blogwalking tadi dan ada 2-3 orang blogger yang baru tamat belajar kat IPT menunjukkan resume mereka di blog. Bagus la untuk promosi secara tak langsung. Tapi yang bahaya semua maklumat peribadi dah show off kat semua orang. Korang tak tahu niat dan sape yang membacanya kan.




Di sini Momoy cuma nak share tentang info tambahan dengan korang tentang resume Momoy sendiri lakukan yang mungkin korang tak boleh jumpa dalam GoogleSo ambil perhatian yer, ni adalah personal tips dari Momoy sendiri so Momoy tak akan ceritakan benda asas dalam resume yer. Basic nak tulis resume korang boleh cari dalam internet.




Tips 1 Momoy

Benda yang Momoy mula-mula ambil berat adalah front yang besar dan bold pada muka depan resume Momoy. Momoy selalu letakkan gambar, nama, no. HP dan email dengan besar supaya orang nampak. First impression tu penting. Momoy gunakan 1/5 daripada space kertas A4 tu hanya untuk 4 benda tu sahaja. Maklumat lain di bawahnya guna front standard.




Tips 2 Momoy

Momoy paling suka masukkan info bila last Momoy tarikh update resume tu. Tapi ini laa yang amat-amat jarang sekali student-student IPT buat. Biarpun nampak macam benda ni kecik je, tapi ianya sanagt penting bagi korang dan syarikat yang korang apply tu. Momoy guna ayat simple saja seperti ni "Resume updated on 14 DEC 2010" di bawah Tips 1.




Tips 3 Momoy

Momoy suka bold dan highlight info yang ‘mahal dalam resume Momoy. Contoh highlight project atau course yang buat orang impress sket. Bukan semua tapi yang ‘mahal’. Faham maksud Momoy? Masukkan segala info dengan details dalam resume korang tapi biar kemas dan teratur. Biar nampak ringkas tapi apa maklumat yang dikehendaki semua ada dengan details. Dan lagi sekali highlight yang penting dan mahal sahaja. Highlight...highlight dan highlight tau !




Tips 4 Momoy

Momoy akan tulis nama dan nombor muka surat di setiap helaian resume Momoy. Tujuan Momoy buat macam tu sekiranya resume Momoy tercerai dan tercampur ngan resume orang lain. Pihak company tu boleh cari semula. So maklumat korang tu tak di ‘derma’ kan pada resume orang lain yang menyebabkan korang sendiri yang rugi. Err...boleh ker guna perkataan ‘derma’ tu. Haha...




Tips 5 Momoy

Kita selalu tulis paling kurang 2 reference jer kan. Pada Momoy baik korang tulis 4 references untuk membuktikan korang betul-betul serius. Dan reference tu kalau boleh, bagi reference orang yang berkuasa sket.  




Tips 6 Momoy

Yang terakhir ni paling penting bagi Momoy. Tips ni korang takkan jumpa di mana-mana web atau blog. Momoy suka guna kertas berwarna pada resume Momoy. Tapi bukan yang kaler striking (betul ke spelling ni) tapi kertas warna-warna lembut. Elakkan warna merah yer sebab korang nak minta kerja yer bukan minta hutang =.=




Momoy sendiri memang akan stanby 1 rim A4 berwarna hanya untuk print resume je. Hehe... Apa tujuan? Pada pendapat Momoy company lebih tertarik pada warna bila semua resume yang menimbun tu berwarna putih. Logik kan? Tak percaya korang boleh buat. Timbunkan semua kertas putih dan sehelai kertas kaler antara kesemua tu. Mana yang korang berminat? Haha...




Momoy ada buat draft tapi tak cantik sebab tak pandai nak guna paint dan berbeza sket laa dengan apa Momoy citer kat atas. Tapi hope ni dapat membantu pemahaman korang. Okay. Tapi lebih kurang macam ni laa...







Korang boleh guna cara di atas dan Momoy rasa berbesar hati jika korang beri kredit dan sedikit rasa terima kasih. Dan tujuan blog ni dibuat pun supaya Momoy boleh share ngan korang. Korang yang sedang mencari kerja boleh klik kategori :: JOB | CAREER :: di sidebar. Mungkin dapat membantu. 




Ini cara Momoy buat. Yang lain mungkin hebat lagi. Korang yang sudi berkongsi juga dialu-alukan. Sharing is caring kan ^^




Selamat menulis resume dan jangan lupa untuk rajinkan diri untuk update resume korang okay. Penting untuk tahu [Bagaimana Bahagian Sumber Manusia Menilai Resume Korang?]  dan apakah [Cara Mudah Untuk Nampak Professional Semasa Temuduga]






30 Comments
Comments

30 tukang comment:

~RizaL~ said...

sharing ni btol2 caring.. hehe thankz sbb p'kongsian yg b'guna ni. =)

.::: Princess MOMOY :::. said...

sama-sama dear
thx sudi baca jugak yer

cik-terompah said...

wah.. thanks... suka.. idea best...

Unknown said...

sharing is caring..ferry dulu ada dengar taklimat jobsmalaysia..diorang bagi banyak tips resume sama macam momoy bagi tu..termasuklah penampilan diri masa interview.

EB said...

Wow very good info dear...
EB nak update la resume EB lau mcm ni..
Hehehe.. blh kn?

Imran nyambek said...

pengalaman berkerja: tukang cuci jamban. bolehkah?

.::: Princess MOMOY :::. said...

@cik-terompah
sama-sama cik terompah yang cun

@ferry
oh yer? ada pergi taklimat job malaysia? wahhh....macam best tu.
ferry nanti kita g sama-sama yer lain kali
apa lagi tips yang dapat
boleh share

@EB
yer...boleh jer..
momoy pun selalu update resume
bila habis satu-satu project

@imran nyambek
boleh kot
bos baca mesti dia suh ganti tempat dia
muahaha....

Unknown said...

thx for sharing. wlpn pirate dah lama bekerja... tp selalu gak dok update2 resume utk cari peluang yg lbh baik

yanamib said...

nice tips..mmg xde dlm gugel nih...hehe...sharing is sexy! ^_^

M#ria Azhari said...

sungguh berguna.. tQ :))

THE ZUL said...

nice tips
tp resume x semestinya panjang meleret2 kan.
kalu boleh point tu straight forward.

papabear said...

Pas ni nak gi cari kerja and guna tips momoy nih. thanks!

Dunia Mommy Comel said...

betol ke nih cik momoy boleh guna cara nih..nak cuba lah bestnya menarik pun menarik,

rashid said...

Nice tips...I'm having two interviews this week, so tired, tengah tunggu result..anyway, saye pun nak buat tips sal resume...nanti saya btau la..daa

.::: Princess MOMOY :::. said...

@Pirate
yup . momoy pun
akan update 2 atau 3 bulan sekali

@YanaMIB
thx yana

@ Maria Azhari
sama-sama dear =)

@ THE ZUL
yer zul.
sebab tu momoy cakap takkan bincang hal yang basic.
ni addittional info yang jarang org buat dear

@papabear
boleh jer papabear. sila...sila

@ **Bila Comel Jadi Comot**
ni tips dari momoy comel. comel boleh guna kalau nak . memang niat nak share pun dear =)

@ rashid
wahh...bagus tu
otai buat mesti power
thx baca yer rashid

Asfan Ash said...

err dgn guna cara atas ni momoy dah dpt bape banyak keje? cm pelik je carenye

sekamar rindu said...

salam.....singgah malam..

sungguh berguna tips ini..

terima kasih..

Sham said...

aduyai...dah lupa dah nak tulis apa dalam resume...hee

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ ARC™
pelik ????
kat mana yang pelik eyh????
rasanya kamu yang pelik. hihi...
setakat nih test market dari 10 yang dihantar 8 bagi jawapan +ve
ok ?
apa pun momoy tidak memaksa kamu follow. thx sudi baca =)

@ sekamar rindu
sama-sama

@Sham
tulis details tp ringkas

De Mois said...

Momoy..i sayang u lebih la. Hehe..tips yang sangat berguna untuk masa hadapan nanti. Thanks again..

Jom singgah ke : SuaraSendiri

belog|amiyo said...

oh best lah idea ni.. :)

tengs sebab share bnd ni..x pnah buat resume pon lg.. :D

.::: Princess MOMOY :::. said...

@De Mois
hehe...sayang momoy lebih yer
sama-sama

@amiYo
tak pe...slow slow

deCrewz said...

1st time Jai jumpa org wat resume kertas berwarna..he3. Nice try..

caliph shuriken said...

lagi satu tips rahsia..
kt status tu letak SINGLE besar2.. guna font size 20 cmtu, hukk...

p/s: ni bru sharing is caring + cekci ;)

.::: Princess MOMOY :::. said...

@deCrewz
yer. memang sangat2 jarang orang buat.
tapi guna kaler yang soft jer

@caliph shuriken
haha...tips berguna tu.
kompem bos tu offer jadi wife dia
muahaha...

Areyoudys said...

as salam..
thanks for sharing this :)
tapi kalau resume untuk kos saya, memang kena padat betul.'template' yang momoy bagi tu, er..banyak lagi boleh diisi :)

.::: Princess MOMOY :::. said...

@...
itu cuma yang jarang dear
resume momoy juga sangat details tapi harus kemas dan mudah org baca
cuma momoy la tunjukkan satu-satu
seperti yang dah momoy mentioned
btw, thx sudi baca dan comment =)

jamatulfitri said...

saya ada menerbitkan sebuah e-book mengenai resume dan anda boleh mendapatkannya di:

http://ahmadbashier.com/rahsiaresume/

sang pujangga said...

terbaek ah momoy..gempak~~

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ ePaL mErAh
thx u dear
saja nak sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!