NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Monday, January 10, 2011

Beza Antara HARIMAU MALAYA Dan HARIMAU MALAYSIA


Banyak yang bagi maklum balas kat entry Momoy tentang isu tukar nama ni. Penduduk Malaysia di Sabah dan Sarawak mengatakan gelaran Harimau Malaya pada skuad bola kebangsaan Negara seolah-olah menolak mereka sebagai rakyat Malaysia. Ingin Momoy nak jelaskan isu bola ni sebenarnya dah dipolitikkan. Kenapa?



Entry berkenaan isu nama ni dah momoy ceritakan mengenai sebab dan juga asal usul nama Harimau Malaya yang diambil gelaran daripada Dollah Don. Baca entry [Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA] 



So entry ni Momoy tambah sebab mengapa dan apa perbezaan antara HARIMAU MALAYA dan HARIMAU MALAYSIA. Penduduk Sabah dan Sarawak kata perkataan Malaya tidak relevan lagi sebab penubuhan Malaysia. So Momoy citer sket sejarah penubuhan Malaysia secara ringkas. Sumber dari arkib Perpustakaan Negara MalaysiaNak details korang selak buku Sejarah semula yer kawan-kawan ^^



-----------------------------------------------------------------------------------------
Sejarah Penubuhan Malaysia 

Langkah pertama penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. 



Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi telah menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.



Filipina juga membantah dengan mendakwa Sabah adalah haknya. Cadangan tersebut juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.



Bagaimanapun cadangan tersebut mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah, Sarawak dan Brunei. Kebanyakan negeri di Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.



Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan PBB menghantar misi ke Borneo pada 1963. PBB
melaporkan bahawa pandangan awam rata-ratanya meyokong penubuhan Malaysia.



Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia secara rasminya dibentuk terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. Pada 1965, Singapura juga menarik diri.

-----------------------------------------------------------------------------------------


Jika rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak mengatakan tiada harimau species Harimau Malaya di Sabah dan Sarawak. Ya. Itu betul dear. Memang species harimau tersebut hanya ada di semenanjung Malaysia sahaja.Ini secara kebetulan. 



Merujuk dalam ensiklopedia mahupun wikipedia, nama Harimau Malaya yang digunakan adalah nama saintifik, begitu juga dengan Harimau Bengal atau Harimau Sumatera, mahupun kucing Parsi atau kucing Siam. Tapi tidak semestinya hanya orang Parsi atau orang Siam saja yang boleh memeliharanya bukan? Sama la konsep tersebut.Kita tak kata kucing Siam tu adalah species kucing kepunyaan orang Siam (Thai) sahaja kan. Harap korang jelas tentang ini.



Momoy nak ambil Indonesia sebagai contoh kedua. Indonesia tahu yang Biawak Komodo hanya wujud di mereka sahaja. Tapi tak pula diaorang nak ambil species binatang tu sebagai ikon/logo/nama pasukan bolasepak diaorang sebaliknya Indonesia memilih Garuda. Jadi ada apa pada nama species binatang yang wujud di tempat-tempat tertentu?








Sejarah Bolasepak Malaysia

Pasukan bolasepak Malaysia wujud lama sebelum Malaysia terbentuk atau Malaya mencapai kemerdekaan,yakni pada tahun 1953 ketika melawan Korea Selatan (sebagai perlawanan antarabangsa diiktiraf yang pertama). Lama sebelum itu pula FAM sudah diasaskan pada 1933, bermula dengan Football Association of Malaya dan kemudiannya ditukar ke Malaysia. Baca entri tentang asal usul nama Harimau Malaya.





Tetapi nama gelaran pasukan bolasepak kita ialah Harimau Malaya bersempena mengambil nama spesis harimau dari nama yang sama yang hanya wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada kena-mengena dengan isu politik atau perkauman. 



Dan Pak Belang bernama Harimau Malaya ini (Panthera tigris malayensis nama saintifiknya di Malaysia, Panthera tigris jacksoni di seluruh dunia) dinamakan Harimau Malaya atau Malayan Tiger sebab alamat rumah dia di Semenanjung Tanah Melayu/Malaya, sebab itu bukan dinamakan Harimau Malaysia atau Harimau 1Malaysia. Tak percaya tanya Animal Planet!



Dan Momoy ambil contoh negara lain...

Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. 



Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?



Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya.



Lagi pun setiap kejohanan/ perlawanan tetap akan menggunakan nama MALAYSIA!
Bukan HARIMAU MALAYA vs INDONESIA Atau HARIMAU MALAYA vs GARUDA...
Tetapi...
MALAYSIA vs INDONESIA.. Betul tak?
So kenapa harus timbul masalah petukaran nama ke HARIMAU MALAYSIA ni ??? 


Credit sepenuhnya pada Sokernet bagi sejarah penubuhan pasukan bolasepak Malaysia dan Sejarah Penubuhan Malaysia dari arkib Perpustakaan Negara Malaysia


P/s : Say no to politic in football 

18 Comments
Comments

18 tukang comment:

rashid said...

Saya setuju dengan pendapat saudara/i..sebab benda ni tak beri apa-apa yang memudaratkan pun, macam Manchester united, walaupun bukan bebetol dekat manchester, orang tak kecoh pun...harap jangan di politikan perkara macam ni, lebih2 lagi sukan je pun...

ferry said...

info yang bermanfaat. tv pun kena la buat info pasal ni..kalau tak diorang sibuk melenting kecoh pasal nama ni

ceghap said...

harimau malaya tu specis harimau. politik je yang dok bangkitkan isu ni. macam jugak specis harimau indi-cina. atau harimau siberia. tu naam spesis dia. harimau malaya tu spesis harimau yang ada kat malaysia. apa la bodoh sapa2 yang tak paham lagi. just nama pasukan yang letak nama spesis harimau.

mySheiRa said...

info yg bagus :)

.::: Princess MOMOY :::. said...

@rashid
yer. dah laa skuad bola baru jer nak naik
tamo dengan timbulnya isu ni tenggelam semula

@ferry
hihi... ok jugak tu ferry

@ceghap
betul tu. macam malaysia aje yang kecoh
negara lain cool jer

@ mySheiRa
terima kasih dear
thx sudi baca =)

Mat Ganu said...

hebat skaly...saya bangga dgn kamu...idup ganu kite!! hehehe.

EB said...

AADK!

Nak tau apa tu A!ADK
Sila cari dlm entri eb..
Ok dear.. rasanya my dear momoy tahu kn..

.::: Princess MOMOY :::. said...

@Mat Ganu
erk...bangga pasal apa yer
urm...apa2 pun thx awak =)

@EB
yer...momoy familiar ngan AADK
selalu g web diaorang
and Momoy pun ada entry berkaitan tu
wokeh...momoy datang baca

Hydolarc said...

auummm....bese la org kite semer nak kecoh,asal boleh smer benda kecik2 nak politikkan..kekadang nyampah...bosan la org2 camni...

Muttallif said...

Say no to politiking yang xhabiz2

Hakimi Reza said...

info yg sgt bagus ni~~

tsaicoutic tranmorphersys said...

perghh..smpai cmtu skli ..aduyaiii...hah amik kan da kuar segale fakta2...hehe..btw nice sharing momoy..

ammboi said...

ammboi pun rasa tak sesuai utk tukar paggilan harimau malaysia. cam tak best jer... pepepun...kita perlu pertahankan mana yang ada..coz itu tak boleh hanya jadi peninggalan sejarah semata....

.::: Princess MOMOY :::. said...

@Hydolarc
tu la... salah guna kuasa

@taliff
yup! baru nak naik...
dah macam-macam plak

@Encik Nakal
thx dear =)
thx sudi baca

@tsaicoutic tranmorphersys
sama-sama dear
thx for comment too

@ammboi.blogspot
tu la...sape laa yang pandai sangat kuar usul nih ntah

De Mois said...

Hehe..belajar sejarah la kita yea. Sokernet la, bukan sekornet. Haha

Cuba ini pula :
Babak standard dalam drama

.::: Princess MOMOY :::. said...

@De Mois
thx perbetulkan dear

Anonymous said...

Valuable info. Lucky me I found your site by accident, I bookmarked it.

Unknown said...

atok suko suko suko sangat entry. Memang bernas
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!