Oh oh nak cerita 7 things about me semasa zaman sekolah rendah Momoy...
1. Momoy waktu darjah 1 memang bukan seorang yang setia. Buktinya... Hari ni Momoy admirer budak kelas yang pandai. Esoknya admirer budak kelas sebelah yang cantik. Yang paling teruk, pagi suka orang ni. Tengah hari orang tu. dan petang orang lain lain pula. Adoi...
2. Ingat lagi waktu Momoy umur 7 tahun Momoy suka sangat bila Pendidikan Seni. Momoy memang berbakat melukis tau. Korang tak percaya? Satu hari tu cikgu suruh lukis gambar kucing. Punya laa bangga sebab dapat pujian kawan-kawan. Siap bawa balik tunjuk kat mak lagi. Mak pun puji dan senyum. Dia kata, "Eh eh. Cantiknya anak mak lukis harimau." Harimau? Waaaa... lepas tu Momoy melalak kuat-kuat sebab sedih. Haha...
3. Sekolah rendah Momoy waktu tu jauh. Sebab zaman Momoy dulu sekolah tak banyak sangat macam sekarang ni. Terpaksa bangun awal-awal. Sampaikan pernah tertido dalam bas. Dan rambut tocang kuda Momoy dah jadi senget ke tepi. Bila kena tahan pasal rambut. Momoy dengan selamba je jawab, "Ini fesyen cikgu". So cikgu tu pun lepaskan Momoy. Haha... dengan senang je cikgu tu telah digula-gulakan oleh Momoy yang berumur 7 tahun ketika itu.
4. Bila tiba Hari Guru, hadiah biasa yang Momoy dan kawan-kawan selalu bagi adalah pensel, bunga atau buku nota 40 sen tu (ntah ada lagi ke tak). Tapi akhirnya dapat balik pada Momoy sebab cikgu selalu buat pertandingan 5 bintang kelas. Apa daaa...
5. Dulu waktu darjah 3 Momoy dan kawan-kawan (ada laa 5-6 orang) selalu jadi mangsa buli budak darjah 6 yang berbadan besar tiap kali balik dari sekolah. Sebab tak tahan then mengadu pada mak. Mak belikan payung sambil pesan, "Esok kalau ada orang buli lagi, ajar je ngan payung ni".
So esoknya bila balik dari sekolah, kitaorang kena tahan ngan budak-budak jahat tu. Tapi Momoy dah ready dan keluarkan payung dari beg dengan penuh gayanya. Siap posing hero lagi time tu (gaya ni memang Momoy tak boleh lupa) Wahaha... Kawan-kawan semua berlindung belakang Momoy. Betul-betul macam hero filem. Bermula dari hari tu, tak ada sape nak buli kami lagi sebab dah teruk kena belasah ngan Momoy. Tapi malangnya Momoy pula jadi nakal sebab ada ramai pengikut. Haha...
6. Tapi tak lama lepas tu Momoy insaf menjadi budak baik. Dengan sengaja Momoy pernah simpan anak berudu yang banyak tau dalam tin biskut. Dan tin biskut tu pula Momoy sorok dalam almari kelas sebelah. Kenapa? Sebab Momoy suka bila dengar kelas sebelah tu menjerit bila berudu tu dah jadi katak. Dan Momoy akan pergi rescue diaorang. Kan dah cakap Momoy nih budak baik. Hehe...
7. Urm...tapi Momoy ni kesayangan cikgu-cikgu kat sekolah tau. Sebab Momoy ni rajin dan selalu tolong cikgu. Tapi selected cikgu sahaja. Cikgu yang baik-baik, cantik-cantik dan hencem-hencem sahaja. Hehe...
Sebenarnya ini adalah sebahagian task dari award yang Momoy terima. Award ni Momoy terima dari wani yang comel. Thx my dear wani ^^ Sebenarnya agak lama juga Momoy dapat award nie Momoy. Tapi bila peram lama-lama tak ingat pula nak publish. Ampunkan kami penunggu gua. Ampunkan kami penunggu gua. Huhu...
Award bukan sembarangan award tau. Beautiful Blogger Award lagi tu. Muahaha... thx dear Wani bagi award biarpun Momoy bukan laa dalam kategori beautiful blogger =.=
wani kata Momoy Blogger Cantik Tapi Momoy Nakal !
Tapi takpe Momoy terima dengan senang hati. Korang nak tengok?
Jeng...jeng...jeng... ini dia...
Award pun dah terima jadi jom tengok soalannya pula...
Thanked the person who gave you this award and the link of
the person.
Dear wani yang comel. Walaupun Momoy nakal tapi much thx sudi bagi Momoy award ni. Suka sangat =)
Tell 7 things about yourself.
Dah cerita kat atas. Okay dah siap. So task terakhir...
Spread the award 15 blogger who you like and you think their blog awesome.
Yayy! Dah siap...
P/s: Patutnya dapat award budak nakal kot?
Related Posts : :: BORAK-BORAK | FIKIR-FIKIR ::,
:: TAG | AWARD | CONTEST | GA ::