Ceritanya bermula oleh dua orang designer Jepun untuk Laforet Harajuku koleksi musim sejuk. Laforet Harajuku ni ialah Japanese clothing store. Aksesori dalam iklan komersial tersebut iaitu bright multicolored glowing LED lights telah menarik ramai orang di Japan khususnya budak-budak remaja Jepun. Macam lawak la pula kan, sebab nak promote baju tapi benda lain pula yang orang tertarik. Haha...
LED ni didatangkan dalam warna super white, gold dan berwarna-warni. Dan ada juga LED yang bertatu. Wireless computer digunakan untuk control warna dan flashing setiap kali korang senyum. Maknanya setiap kali korang buka mulut atau tersenyum, gigi korang akan mengeluarkan cahaya. Bestnyer. Oleh sebab LED ni main dengan cahaya. So, memang terbaik la kalau berada kat tempat gelap. Ambil gambar kat i-city pun best. Satu set jer. Ngee...
Dan tak sangka teeth fashion (sebut dalam Malay- fashion gigi. Pelik bunyinya. Hehe... ) melangkah setapak lagi ke depan. Di Japan, senyuman LED ni menjadi salah satu aksesori yang wajib ada tau. Dan kini sedang berkembang di UK.
Oleh sebab dah famous, designer Motoi Ishibashi dan Daito Manbe kemudian telah create video “Party in Your Mouth” dengan sekumpulan budak sekolah perempuan Jepun. Macam mana LED tu berfungsi? Korang boleh layan video dari Daito yang sedang testing bright multicolored glowing LED lights dan ‘Party in Your Mouth’ dari Youtube ni.
Waa... Superb cool! Momoy pun nak. Bagus sangat untuk Momoy yang suka masam ni. Mesti Momoy akan tersengih 24 jam macam kerang busuk nanti ^^