NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Thursday, January 20, 2011

Berbaloi kah Membuat Pelaburan Dalam AHB ?




Sebenarnya entry ni request blogger yang minta pandangan Momoy tentang pelaburan AHB ni. Berbaloikah membuat pelaburan dalam AHB? Momoy bukan laa bijak wang (semput jugak. Huhu...) tapi kalau sekadar nak minta pendapat dan pandangan, ok je kot. Cuma apa yang Momoy nak katakan ini adalah pandangan Momoy secara peribadi. Dan Momoy tak semestinya stick pada statement Momoy tu yer. Mungkin esok lusa akan berubah.


Yang masih blur Momoy ringkaskan info tentang pelaburan AHB ni.

-  AHB start dilancarkan oleh PM kita pada 29 November 2010
-  Sebanyak RM 1b dana diperuntukkan
-  AHB ni hanya khas untuk Bumiputra sahaja.
-  Harga unit tetap (sama seperti ASB) iaitu RM 1 seunit.
-  Untuk pelaburan, korang boleh melabur RM500 minimum – RM200k maksimum
-  Pelaburan tambahan RM100
-  Baki minimum juga adalah RM 500
-  Dividen dibayar 2 kali setahun iaitu pada May dan November
-  Sasaran pulangan kepada pelabur, minima 6%
-  Pengurus dana, hanya Mayban Investment Management Sdn Bhd sahaja
-  Semua urusan tentang ASB ni, korang hanya boleh buat di Maybank je
-  Kekerapan pengeluaran adalah sebulan sekali
-  Mematuhi Shariah
-  Melabur dalam sektor hartanah dan Islamic Money Market. So korang tak perlu was-was.




Pertama kali ketika PHB lancarkan pelaburan AHB, Momoy agak teruja jugak la sebab dividen diterima 2 kali setahun. Banyak juga yang dapat jika percent nya maintain dan tinggi. Tapi bila difikir secara mendalam rasanya mustahil juga laa dividen nak lebih dari 10%. Lain la kalau korang sendiri yang melabur direct dalam hartanah kan. Banyaknya duit.


Tapi ada kemungkinan juga. Sebab salah satu kelebihan pelaburan dalam AHB ni ialah bersandarkan pada asset hartanah PHB. Dan tentu meningkat sebab lokasi –lokasi prima yang PHB ni pilih kan? Bagus jika korang buat pelaburan AHB bagi pelan jangka masa panjang. Tapi korang perlu ingat yang korang tak ada peluang lagi untuk menambah pelaburan kalau dana RM 1b tu habis sebelum korang dapat membuat pelaburan maksima RM 200k.


Dana RM 1b ni sikit je bagi Momoy. Cepat habis. Walau bagaimana pun ada juga terdengar khabar angin yang mengatakan jika dana RM 1b ni habis, kerajaan akan top up lagi RM 500 juta. Tak tahu laa betul ke tak. Nama pun khabar angin. 


Bagi yang nak melabur dalam AHB ni, Momoy suggest lihat dulu berapa pulangan pertama yang korang dapat. Then pastu korang boleh nilai atau buat expectation sama ada nak melabur dengan banyak atau tak. Kalau melebihi 8% ok dah tu. 


Tapi kalau susah-susah sangat korang buat pelaburan emas. Sebab emas naik 17% dari 3-4 bulan lepas. Bulan tu... bukan setahun. Pernah juga sebulan naik 5% ! Eh. Keluar tajuk plak. Hehe... Apa-apa pun tu duit korang. Tepuk poket, tanya la duit. Yang nak tahu lebih lagi tentang AHB, korang boleh klik laman web PHB di SINI.  



14 Comments
Comments

14 tukang comment:

Bulan Purnama said...

dulu gua tak bape tahu pasal AHB nih.. tapi dah baca nie.. pham la ckit.. hihi.. teng for this info :)

sekamar rindu said...

salam..

tq atas info ini....

Penulis Rindu said...

saya tak beli pun....

caliph shuriken said...

klau labur trus dlm unit saham bru berbaloi.. klau juz letak minimum 500 & hrp pulangan tggi dlm stahun.. to be honest, sgguh2 x logik di situ..

p/s: better msuk plan savings, investment & protection utk long term ;)

caliph shuriken said...

tambahan info..
* labur trus dlm unit saham syrkat stabil bru berbaloi.. x berbaloi klau labur dlm unit AHB, usia bru capai stahun x mungkin dpt pulangan tggi...

Unknown said...

Tq for the sharing eh Momoy... Pirate ada invest dlm Public Mutual Unit Trust. Bagus utk jangka ms pjg tp ut jangka ms pendek x dicadangkan la...

.::: Princess MOMOY :::. said...

Hehe...sebab tu ler MOmoy cakap dalam entry bagus untuk jangka masa panjang jer...
kalau short plan hasil dapat ciput jer
baik saving ...hihi...
thx all sudi baca and comment

Hairun Azmi said...

Jom melabur di AHB..


Ibu di penjara kerana main Facebook

papabear said...

ulasan yang baik Momoy... thinking now...

.::: Princess MOMOY :::. said...

@Miecyber
momoy melabur kat lain kot

@papabear
thx papabear
thx sudi baca dan comment jugak
tu la...untuk momoy dan sama-sama berfikir

EB said...

Huuu look nice..
Biarpn eb keja kat MOF jgn tnya EB sama ada dana bg AHB ni kena topup tau pn tdk k.. hahaha gurau je...
Nmpk nice.. Mmg utk long term quite ok.. Short term still ok tp agak kurang bebaloi..
Tp utk yg muda2 mgkn ok kot.. hehehe..

Lufti said...

momoy dah try labur dekat mana2?? huhuu

Areyoudys said...

as salam..
entri yang menarik.dah perhatikan status skim nya.stakat ni tak berani nak turut serta. :)

yang sedia ada saya sertai ni dah cukup.kalau ada rezeki, insya'Allah akan melebarkan lagi investment yang sedia ada :)

azri deris said...

salam...sekadar ingin berkongsi...secara jujrnya memang aku kurang bersetuju ngan AHB nie...coz back to the basic AHB adalah real estate investment tapi kenapa AHB nie hanya offer kat public to invest dalam paper asset... and that is against the nature of real estate investment....klu free jom lerr lawat aku kat cnie ~http://azrideris.blogspot.com/~...kita gosip pelaburan sampai lebam....walau apa pun investment is very personal thing and is always about the investor not the investment.....salammm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!