NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Thursday, July 7, 2011

Tahu Apa Ramuan Dalam MEE SEGERA ?



Assalamualaikum kawan-kawan.


Korang suka makan mee segera? Tahu apa ramuan yang terkandung di dalamnya? Untuk pengetahuan korang, sebanyak 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. 



Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.



Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.



Sumber dan untuk huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.


10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin korang mengambilnya bersama dengan mi segera korang.


Kalsium Sulfat: Kapur Paris.


Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.


Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.


Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).


BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.


Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma


Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.


Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.


Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.


Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): 
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.







Sekarang korang dah tahu apa bahan ramuan yang terkandung dalam mee segera kan. Jadi adalah penting bagi korang untuk tahu...





Sumber dari email



8 Comments
Comments

8 tukang comment:

Far8 budak baik said...

moooiiii..rindu gile kot aku kat kauu..baru cuti ni..boleh dah berblog..sumpah rindu..grrrr..
ape cer sihat tak??
huhu...
waaa xnk makan ar mi segera pasni..
tapi dah favaret dari sekolah rendah kot..hahaha =)

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Far8 budak baik
dear farid , momoy pun rindu juga
lama betul menyepi pas g uiam tu
tapi momoy tak banyak masa sgt nak blogging. curi2 jer. huhu...
to farid, selamat bercuti yer =)

saiazuan said...

pergh!!! serius la.. xnk mkn la mcm ni

jom tengok lada land
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/movie-review-lada-land.html

Budak Chomot said...

ALAAAAAAAAAAA DAH TERBIASA MAKAN MEE SEGERA SOBSOBSOBS

De Mois said...

Okeyh..tak makan dah. jadi vegeterian jela

Menarik di SuaraSendiri
Keputusan undian kelayakan akhir zon asia Olimpik 2012

Undi disini
Adakah wajar perhimpunan diteruskan?

fiziesss said...

Wah..dahsyat juga ramuan dia..ni boleh buat ia lambat hadam dalam perut..mesti lemak dia tinggi ni..

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ saiazuan
hihi...kalau nak makan kena tahu masak dgn betul
tapi lagi bagus kalau x makan

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Budak Chomot
xpe dear ... kalau nak makan juga kena pastikan masak dengan betul dan sempurna

@ De Mois
hihi... terus =)

@fiziesss
nampak simple je bentuk tapi bahan megi ni dasyatkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!