Salam kawan-kawan.
Sewaktu kecil, Momoy sering kali dibayangi dengan ungkapan, “Kalau nak hidup senang, kenalah belajar tinggi-tinggi”. Sewaktu di Universiti pula, lecturer Momoy berkata, “Kalau mahu kerjaya yang hebat, kena lah dapat score yang bagus”. Ungkapan sedemikian dah melekat kuat dalam minda Momoy. Tapi tetap juga Momoy malas. Ngee... Memang betul. Momoy tak nafikan kata-kata mereka tapi zaman sekarang ni banyak kolej swasta bersepah-sepah. Pendek kata, semua orang mampu ke kolej! Cuma ‘nak’ dan ‘tak nak’ sahaja. Biarpun begitu, tetap juga Momoy dengar ungkapan yang sama berulang-ulang =) Haishh...
Selepas tamat belajar, Momoy mula menghantar resume untuk menjalani latihan industri (LI). Praktikal atau training dalam bahasa yang mudah. Dalam hati kata-kata seperti, “Momoy akan lakukan yang terbaik!”, “LI ni untuk persediaan Momoy sebelum menjadi Project Engineer”, “LI selama 6 bulan ni Momoy nak buat betul-betul” dan “Nak LI dengan bersungguh supaya diserap bekerja terus ke company”. Semangat! Tipu lah kalau korang tak pernah fikir seperti Momoy.
Akhirnya, sebuah construction company yang besar terima application Momoy. Momoy ditempatkan di branch mereka di Ayer Keroh, Melaka. Momoy pun mula sibuk mencari rumah sewa di Melaka seminggu sebelum LI. Momoy bersedia untuk hari pertama bekerja macam nak masuk hari pertama sekolah! Momoy iron kemas kemeja, siapkan handbag dan heels yang berpadanan. Juga set alarm untuk bangun awal tapi tak boleh tidur malam sebab terlalu gementar fikirkan hari esok =)
Hari pertama LI, nampak jelas situasi sebenar. Disuruh menjawab telefon yang tak henti-henti berbunyi, mengambil mesej dan pesanan serta menjadi tukang buat air (T_T) Begitu la hari-hari yang Momoy lalui. Hinggakan bila Momoy jawab call, kena gelak dengan kawan-kawan. Puncanya sebab setiap kali handset Momoy berbunyi, Momoy jawab, “Hello -nama company-. Boleh saya bantu?”. Huhu... dah menjadi tabiat.
Mula la Momoy kata dalam hati, “Takkan Momoy buat degree bertahun-tahun untuk semua ni?”. Momoy sedih dan keliru. Momoy rasa amat tersasar jauh dari simpang. Apatah lagi bila coursemates Momoy telefon, rancak bercerita betapa hebat dan menariknya LI mereka =(
Bila Director arahkan Project Manager (Bos Momoy) untuk masukkan Momoy dalam projek baru di di Petronas Penapisan Melaka (PPM), Sungai Udang sebagai QA/ QC Coordinator, Momoy sangat-sangat teruja. Bukan senang untuk terpilih mengisi organisation chart bagi projek tersebut. Ramai juga Engineer (staff) yang kecewa selepas mendengar keputusan tersebut. Tambahan pula Momoy cuma budak praktikal saja. Sebenarnya itulah kali pertama Momoy masuk ke dalam plant (loji), dan bukannya site construction seperti sebelum-sebelumnya. Selepas pass briefing dan test oleh NIOSH dan PPM so, Momoy dah layak untuk bekerja di dalam plant.
Selepas detik itu, hidup Momoy berubah 100%. Dari buat kerja-kerja clerk dan tukang bancuh air, Momoy full time di site. Lepas keluar dari plant, Momoy tak pulang ke rumah sebaliknya singgah di office. Buat kerja-kerja documentation, drawing, report-report, test hinggakan PO dan DO material pun Momoy yang buat. Momoy tak pernah terfikir yang Momoy akan bekerja seperti robot sepanjang tempoh LI tu. Momoy pernah attend tiga site meeting bagi 3 projek berlainan di 3 buah negeri; Projek Bukit Putus (Kuala Pilah, Negeri Sembilan), projek pembinaan jalan di Kluang, Johor dan Projek MG3 di PPM, Sungai Udang pada hari yang sama! Bayangkan.
Okay. Momoy bekerja mengalahkan staff company tu sendiri. Buktinya weekend pun Momoy terpaksa kerja. Sepanjang LI Momoy selalu bergaduh dengan arwah BF Momoy. Ini kerana Momoy tak dapat nak borak lama-lama. Hmm... dia memang patut marah sebabnya calling jauh dari Jerman tapi jam 12 malam hingga 2 pagi Momoy masih lagi di office. “Ada skandal dengan bos”, katanya.
Hari terakhir LI, memang sepatutnya Momoy terus diserap masuk ke company. Tapi Momoy di ‘pangkah’ oleh Bos kerana Momoy telah me ‘reject’ beliau untuk menjadi GF nya. Untuk pengetahuan korang, Bos Momoy sudah lama menduda. Mungkin sebab ke sana ke sini bersama so dia ada menyimpan sedikit perasaan. Mungkin la. Lupakan hal itu. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk yakin yang korang hebat di tempat kerja yang tekanannya hebat dan ‘tak berhati perut’ ?
Apa yang Momoy ceritakan ini adalah pengalaman sebenar Momoy. Jika korang yang jalani latihan praktikal sekarang ini diminta buat kopi atau teh, buat la teh yang paling sedap. Hehe... Dan ambil la sedikit masa dan pengalaman LI itu untuk update resume korang mengenai skill baru dan belajar perkara baru dalam industry atau bidang kerja korang. Dan sekiranya bos korang seorang yang workaholic (gila kerja) hingga turut memaksa korang untuk bercinta dengan kerja seperti dirinya, tetapkan awal-awal masa korang untuk bekerja sahaja. Abaikan nasihat ini jika korang sanggup dibuli seperti Momoy.
Kepada silent reader, dik Aimi yang bertanya Momoy via email, Momoy harap dik Aimi berpuas hati dengan entry ni dan resume yang minta Momoy tolong editkan tu =) Terima kasih kerana sudi baca entri Momoy yang super panjang tanpa gambar ni. Pada dik Aimi dan student-student yang nak LI tu, Momoy ucapkan “Selamat Menjalani Latihan Industri !”. Sekian.
P/S: Teringat kenangan LI dulu ^^