NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Friday, December 3, 2010

Pelaburan baru dalam AHB ?

Momoy kemas-kemas news tadi then terbaca satu news yang bagi Momoy mmg menarik. Even dah baca dah last week tapi Momoy rasa tertarik yang share ngan korang. Nie news yang bertarikh 30th Nov 2010 oleh UTUSAN. 

Ni citer pasal pelaburan AHB atau Amanah Hartanah Bumiputra. AHB nih untuk bumiputra sahaja. Pelaburan paling minima RM500. Adoii... banyak jugak tu bagi orang yang makan gaji macam Momoy. 







Tapi pulangan memang ler bagus sebab korang suma pun tahu kan market bagi hartanah buat masa nih mmg best kan. Pembayaran dividen untuk AHB nih plak akan diberi 2x setahun dan Maybank di pertanggungjawab kan untuk hal-hal pelaburan nih. Tadi Momoy check kat Maybank2u dan  d'all pun dah ader masukkan AHB tu dalam sistem d'all. Pantas betul wat keje.

Tapi pendapat Momoy sape-sape yang melabur dalam ASB, better penuhkan dulu sampai 200k. Then baru ler buat AHB. X tau ler plak pandangan korang. Tapi dari news, dividen dibayar 2x. Contohnyer ambil 6% (kalau la dividen tu kekal 6% yer) so setahun dah jadi 12%. Banyak !






Tapi itu pun kalau performance AHB nie bagus sebab AHB nie dana cuma 1b jer. Cepat jer abes. 1b tu x banyak mana pun. Bagus x bagus Momoy pun x tahu. At least kena tunggu aje tahun depan. Itu hanya pendapat Momoy jer. Kata orang, tepuk poket tanya duit. Hehe... 

Aper-aper pun jangan ghairah sangat dan Momoy nak ingatkan korang juga aper yang kiter buat misalnyer masukkan duit dalam ASB ke bank ker untuk masa depan, tolong niat "Nawaitu lillah hi Ta'ala. Sesungguhnyer aku simpan duit ini kerana Allah Ta'ala" Biar berkat yer kawan-kawan. Jika Momoy salah tolong perbetulkan yer. 

Bawah nih Momoy attach balik news yang Momoy baca tadi. Sape-sape yang x baca lagi leh baca.

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) hari ini melancarkan skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dengan saiz RM1 bilion yang dibuka jualannya kepada para pelabur bumiputera berusia mulai tiga bulan ke atas.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, unit amanah itu memberi peluang kepada bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak memiliki pegangan dalam sektor hartanah komersial bernilai tinggi dengan pelaburan minimum RM500 sehingga RM200,000.

''Dengan pelaburan ini, para pelabur bumiputera mampu mempunyai pegangan hartanah yang sukar mereka miliki secara langsung,'' katanya yang juga Pengerusi Yayasan AHB pada majlis pelancaran AHB hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir dalam majlis itu.

PHB yang ditubuhkan pada Mei 2006 bertujuan mengekalkan pertumbuhan jangka pendek menerusi pengurusan, pelaburan dan peluasan perniagaan syarikat dalam sektor pelaburan hartanah komersial utama.

Najib berkata, unit-unit AHB ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit juga bersandarkan prinsip patuh syariah, sekali gus membantu Malaysia mengembangkan lagi instrumen perbankan dan kewangan Islam.

''Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa,'' ujarnya.
Unit amanah itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tetapi sekali sebulan

Perdana Menteri juga menyarankan unit amanah itu dipertimbangkan supaya dijadikan hadiah kepada pesara-pesara kerana agihan pendapatannya dijangka lebih lumayan berbanding deposit tetap.

''AHB ini akan memberikan pulangan yang lebih besar dan lumayan, dan lebih baik daripada deposit tetap,'' katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Kamalul Arifin Othman dalam sidang akhbar berasingan berkata, skim amanah itu dijangka mampu memberi pulangan tidak kurang daripada enam peratus berdasarkan pasaran semasa hartanah. Pembayaran dividen akan dibuat dua kali setahun iaitu setiap enam bulan.

Menurutnya, AHB itu mempunyai lima hartanah yang bernilai RM1 bilion iaitu CP Tower di Damansara, Wisma Consplant di Subang Jaya, bangunan Tesco di Setia Alam, Kompleks Industri di Shah Alam dan Menara SPRM dekat Putrajaya.

Dua lagi hartanahnya, bangunan Bumiputera-Commerce di Jalan Raja Laut dan ibu pejabatnya di Saujana Resort tidak dapat dimasukkan dalam unit itu memandangkan ia tidak mematuhi syariah.

PHB akan menambah lebih banyak hartanah miliknya pada masa depan untuk memaksimumkan pulangan kepada pelabur.

PHB menjangka menambah nilai hartanahnya sebanyak RM500 juta melalui beberapa cadangan pembelian hartanah di sekitar Lembah Klang pada tahun depan, tambah beliau.

Ditanya mengenai langganan minimum sebanyak RM500, Kamalul Arifin berkata, kadar itu adalah munasabah kerana ia membabitkan pelaburan hartanah dan sasarannya adalah kepada pelabur yang serius.

Beliau menetapkan sasaran selama setahun untuk menjual AHB. Semua langganan AHB boleh dibuat di 400 cawangan Mayban seluruh negara.



UPDATE
Untuk yang bertanyakan info dan pendapat dari Momoy, boleh baca entry ni [Berbaloikah Membuat Pelaburan Dalam AHB]



P/s : Serius plak memalam camni. Hehe...

9 Comments
Comments

9 tukang comment:

Lufti said...

momoy join gak ke AHB?? huhu
x paham sgt r mende2 ni..haha

.::: Princess MOMOY :::. said...

nih sama jer mcm pelaburan lain (ASN/ASB/1 Malaysia etc.)
simpan jer wit dalam tue...

caliph shuriken said...

sbagai financial consultant, sy tau investment yg lg baik drp ni.. pulangan pun melebihi 16% & bole pilih fund yg patuh syariah...

rafina mimi abdullah said...

maaf..terpaksa shout sini sbb shoutmix not available..sis dh buang lagu..cuba try tgok masih berat lagi ke?anyway..thanks info ye..

Unknown said...

maybank ok tak?

Sca Ndx said...

tak paham benda ni =.=[

Unknown said...

eh 2x staun ek? igt skali je.. dlu kecik2 parent ada dftar.. keje sy skrng stiap taun masukkan duit atleast rm100..

caliph shuriken said...

p/s: ferry, x sure pulangan mybnk brapa.. klau ambnk tau laa...
utk option, bole view [sini]

Doktor Google said...

Wauu!!! blog anda di ranking ke dua untuk keyword "pelaburan ahb". Tahnioh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!