NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, April 10, 2011

BLOGGER: Perlukah Entry Panas dan Lucah Untuk Naikkan Trafik?




Salam kawan-kawan.

Tak dinafikan makin banyak blog-blog baru yang muncul untuk memeriahkan lagi dunia blog kita. Blogging memang best tetapi perlukah blogger menggunakan entry yang panas dan lucah untuk menarik minat pembaca?


Maaf jika entry ni menyentap hati korang. Tapi perlukah blogger berbuat perkara sedemikian untuk rating? Meletak tajuk entry yang panas dan lucah? Ada juga yang meletak gambar dan entry yang tidak senonoh semata-mata untuk menarik perhatian pembaca.




Urm... Fenomena ni Momoy nampak makin berleluasa. Mungkin pada pandangan mereka tiada salahnya. Kononnya mahu menunjukkan kebenaran dan hal sebenar di luar sana. Tetapi tahukah korang sebenarnya mengajar golongan muda yang cetek akal dan lemah supaya pergi lebih jauh lagi tanpa korang sedar?


Ya. Traffic korang naik mencanak disebabkan tajuk entry saja dah kontroversi. Dan Momoy sedar rakyat Malaysia suka yang kontroversi. Tapi Momoy juga rasa amat-amat sedih bila mana melihat komentar adalah dari kalangan kaum wanita yang bertudung litup. Apa tujuan korang komen pada entry tersebut? Untuk menunjukkan korang dah baca atau lihat gambar-gambar di entry tak senonoh tersebut itu. Sangat-sangat memualkan okay. Jika pun secara tak sengaja korang dah terbaca dan melihat gambar-gambar di dalamnya, tak perlulah drop komen ye. Memalukan. Apatah lagi bagi yang perempuan.


Kawan-kawan, banyak lagi cara lain untuk naikkan trafik korang dari buat entry lucah atau separa lucah itu okay. Blogger-blogger otai pun banyak beri tips untuk kita cuba. Cukuplah. Katakan ‘TIDAK’ pada entry lucah/ separa lucah! 



11 Comments
Comments

11 tukang comment:

decrewz said...

2 normallah kan.. Bila dah terlalu ghairahkan traffik, apa2 saja yang akan blogger buat tapi bergantung pada pucuk pangkal.. Kalau buat blog untuk duit, fikir2kanlah...

Usop Wilcha said...

Entri lucah menjijikkan...

Tips penjagaan gigi

||aLeaSaRa|| said...

kite kalau nampak tajuk entri yg biru2 ni naik takut lak nak singgah he3....yg biru2 tu sendiri baca sudahlah.tak yahlah kgsi kat blog...maluuuuuu..lari.....

Ayie said...

hahahaha.. sepatutnya penulis entry tuh lebih bertanggungjawab.. seeloknya diakhir entry, dia perlu jelaskan apa yang betul dan apa yang salah.. Kalau ada backlink, lagi bagus.. Golongan muda nih kadang2 tak faham dgn ayat sindiran..

Ayie said...

Hoit Bank IslamTeksi EVO
Apabila Mat Indon Naik Bosan

Pendekar said...

pi marah ujang tu... hahah...

dia blogger lucah... sound dia momoy...hahaha..

Odah + One = OdahOne said...

???? underage xpham lucah2 ni....hoho...yang biru buat haru biru, yang merah asyik nak melucah

Republic Aku said...

bila terlupa tujuan kita berblog maka lahirlah seperti apa yang pernah diperkatakan sebelum ini...P blog.

Ayie said...

pendekar- entry payudara tuh classified sebagai lucah tak..?? HAHAHA..

caliph shuriken said...

en3 cmni trafik mmg tinggi ar tapi x brapa suka layan style ni :p

latest en3: cara kesan laman web palsu

Decader said...

semakin menjadi trend. akhbar tabloid pun selalu buat tajuk ntah apa2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!