NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Wednesday, September 21, 2011

Betul ke kita telah meng HINA tanpa kita sedar?





Assalamaulaikum kawan-kawan.



Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu. 


Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu. 
[Bacaan selanjut di sini] 




 Petikan artikel Hina Tanpa Sedar tu membuat Momoy tersedar. Ya betul. Kita mengagungkan Al-Quran yang diturankan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w junjungan kita. Tetapi tanpa kita sedar, kita telah menghina mukjizat yang paling besar itu.

Momoy ingat lagi ketika Momoy di peringkat sekolah rendah, Momoy pernah ditegur oleh seorang ustazah muda dan cun (terima kasih ustazah!). Puncanya Momoy memakai beg sandang yang berisi Al-Quran semasa belajar mengaji. Kawan-kawan tentu tahu paras beg sandang adalah sama paras dengan pinggang atau pinggul kan. Sedarkah kita?

Comel baby ni =) -source

Setiap perkataan dalam Al-Quran wajib dihormati. Justeru, jangan pandang mudah dalam soal ini. Entri ini mungkin pendek sebab Momoy rushing sediakan report-report untuk meeting sekejap lagi. Tapi Momoy harap entri pendek ni boleh sama-sama memperingati tangungjwab kita memelihara kesucian Al-Quran. Momoy berbesar hati sekiranya kawan-kawan boleh share pandangan atau sebarang panduan untuk kebaikan kita bersama. Terima kasih sudi membaca =)


7 Comments
Comments

7 tukang comment:

caliph shuriken said...

kad kawen yg ada tulis ayat al-Quran skrg ni diorg ikut sdap jaa letak.. klau x kena gaya bole terpijak kad tu...

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ caliph shuriken
itu la
kadang org yang bagi/dapat kad kawen tu simpan dalam poket kereta (tepi pintu)
dah dapat dosa free

Siti Aziz said...

ct pun kena beringat-ingat...

Odah + One = OdahOne said...

oic kdg2 kita xsedar pbuatn tu mnghina agama sndiri...bila org hina agama kita marah pulak ek...ada certain bnda yg kita kena alert...kalo xde org tegur mmg xperasan cth mcm ustazah MOMOY tu

Un Phat Lee said...

terima kasih kerana mengingatkan

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Siti Aziz
ye. sama-sama beringat

@ Odah + One = OdahOne
syukur momoy ada ustazah yang prihatin
=)

@ Un Phat Lee
sama-sama dear
saling ingat-mengingati sesama umat

Mama Gee said...

betul gak tu..
kita yg dpt kad ni pun..kadang2 terus buang je kad tu bila dh lepas tarikh...
iskk....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!