Assalamaulaikum kawan-kawan.
Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu.
Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu.
[Bacaan selanjut di sini]
Petikan artikel Hina Tanpa Sedar tu membuat Momoy tersedar. Ya betul. Kita mengagungkan Al-Quran yang diturankan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w junjungan kita. Tetapi tanpa kita sedar, kita telah menghina mukjizat yang paling besar itu.
Momoy ingat lagi ketika Momoy di peringkat sekolah rendah, Momoy pernah ditegur oleh seorang ustazah muda dan cun (terima kasih ustazah!). Puncanya Momoy memakai beg sandang yang berisi Al-Quran semasa belajar mengaji. Kawan-kawan tentu tahu paras beg sandang adalah sama paras dengan pinggang atau pinggul kan. Sedarkah kita?
Setiap perkataan dalam Al-Quran wajib dihormati. Justeru, jangan pandang mudah dalam soal ini. Entri ini mungkin pendek sebab Momoy rushing sediakan report-report untuk meeting sekejap lagi. Tapi Momoy harap entri pendek ni boleh sama-sama memperingati tangungjwab kita memelihara kesucian Al-Quran. Momoy berbesar hati sekiranya kawan-kawan boleh share pandangan atau sebarang panduan untuk kebaikan kita bersama. Terima kasih sudi membaca =)
Related Posts : :: BORAK-BORAK | FIKIR-FIKIR ::,
:: NUR ISLAM ::