NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Wednesday, March 16, 2011

Setelah alami gempa bumi, tsunami, radioaktif nuklear | Jepun bakal hadapi letusan gunung berapi




Jepun yang sedang hebat bergelut dengan bencana gempa bumi dan tsunami, kemudian musibah kebocoran radioaktif dari letupan loji reaktor nuklear. Yang terkini mungkin akan berdepan dengan letusan gunung berapi Shinmoedake. 


Gunung berapi Shinmoedake itu dikatakan kembali aktif setelah beberapa minggu tenang. Ini berikutan kejadian tsunami pada 13 Mac 2011. Status aktif gunung berapi Shnmoedake itu telah memaksa ratusan keluarga yang tinggal di sekitar gunung berapi tersebut berpindah.






Gunung setinggi 1.421 meter itu terletak di Pulau Kyushu, sekitar 1.500 kilometer dari pusat gempa berkekuatan 8.9 skala Richter (diandaikan 9 skala Richter) yang menghasilkan Tsunami setinggi 10 meter dan lebih 50 gempa susulan selama berjam-jam.


Ini kali kedua gunung Shinmoedake tu meletus dalam tahun ini. Kali pertama jika tidak silap Momoy pada bulan Januari. Setelah 2 minggu tidak aktif, gunung Shinmoedake dilihat mengeluarkan abu panas dan batu hingga empat kilometer di udara. Walau bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada gunung Shinmoedake tu aktif disebabkan oleh gempa bumi atau tidak.


Bersama berdoa gunung Shinmoedake tak meletus. Penduduk Jepun sudah amat sengsara dengan malapetaka yang berganda-ganda dalam 5 hari ini. Penduduk Jepun amat-amat memerlukan bantuan dan sumbangan kita. Mari bersama-sama menyokong mereka dengan menghulurkan derma. [Donate to tsunami Japan 2011]


Gambar: Google

6 Comments
Comments

6 tukang comment:

Pendekar Berkuda said...

Akibat pergerakan kerak bumi yang tak stabil maka aliran magma di dalam kerak bumi pun menjadi lebih laju..

akibat tekanan yang melampau di bawah kerak ini akan mengakibatkan letusan gunung berapi. Namun di mana ada permulaan, di situ juga ada pengakhiran.. sebelum permulaan itu akan muncul semula...

ibarat musim bunga selepas musim luruh... tidak begitu momoy??

.::: Princess MOMOY :::. said...

@pendekar berkuda
betul
pusingan seperti roda
cycle disaster
amat kasihan pada mereka
tapi negara jepun memang digelar
cincin api kerana faktor-faktor geografinya

caliph shuriken said...

slagi gempa blom reda, slagi tu turutan bencana akan melanda jepun...

latest en3: impak tsunami

... said...

as salam...
kemusnahan..
kesengsaraan..
kegirangan..
ketandusan..
kesedihan..
kebencian..
kerakusan..


semuanya..
yang tidak tergambar oleh kata-kata..
bersatu menjadi satu..
bila mana MASA itu memberikan kita kebaikan, kita menyukainya..
bila mana MASA itu memberikan kita keburukan, kita membencinya..

kenapa mesti begitu?

moga rakyat jepun mengambil ikhtibar..bukan saja mereka..semua manusia di dunia ini..
Islam adalah yang sebenar-benar jalan kepada permulaan dan pengakhiran..

moga mereka membuka mata hati mereka..

ameen..

iklan:

Isu kahwin, siapa ambil peduli? mai tengok sini

Ayie said...

bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.. aduh..

decrewz said...

Erk, biar betul.. Satu2 bala menimpa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!