NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Wednesday, March 16, 2011

Beribu ikan penuhi pesisir pantai Mexico ketika tsunami Jepun?




Berikutan gempa bumi dan tsunami di Jepun pada Jumaat 11 Mac lepas, pesisir pantai di Mexico telah menerima kehadiran beribu-ribu jenis ikan. Terutama kawasan pantai Acapulco. Hinggalah kawasan pantai tersebut bertukar menjadi gelap. Mereka hanya gunakan bakul dan tangan saja untuk tangkap ikan-ikan tu kawan-kawan. Sekali pukat pun beratus yang masuk.


Nelayan di situ kata kejadian pelik tu mungkin disebabkan oleh tsunami Jepun. Mungkin juga kan. Sebab haiwan paling cepat dan lebih peka dengan sebarang amaran bencana alam ni. Sebab itu la rumah-rumah di Jepun banyak bela ikan sebagai amaran atau tanda awal gempa bumi.


Teringat Momoy ketika tsunami pada 2004 dulu. Kejadian macam ni juga pernah berlaku di mana beribu-ribu ikan banyak di pesisir pantai seperti yang dilaporkan oleh berita. Mungkin ikan-ikan di pesisir pantai Mexico itu yang berpindah dari lautan Pasifik. Tapi macam mana kejadian pelik itu berlaku? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui setiap ciptaan dan keistimewaan yang dianugerahkan untuk makhlukNya.



Gambar di bawah ni menunjukkan pelbagai spesis ikan seperti ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis yang memenuhi pesisir pantai Mexico. Gambar credit to Google. Jom lihat.











7 Comments
Comments

7 tukang comment:

Pendekar Berkuda said...

wah... banyaknya ikan tu momoy.. tangkap pakai tangan je ek??

Pendekar Berkuda said...

Kalau buat goreng sedap gak tu.. hurm...

http://www.pendekarberkuda.org/2011/03/panas-bila-datin-seri-rosmah-cakap-tak.html

Tok Esah said...

wow!! bnyknye...

nak suh baca entry ni!! penting!! ahhaks

KHAS: Buat Blogger Terengganu | Group Blogger Terengganu Untuk Anda!!!

z.u.n.a.i.d.a said...

rezeki tok org mexico!

caliph shuriken said...

bila berlaku tsunami hidupan dlm laut akan rasa terancam.. so ikan2 ni akan berenang sejauh yg mungkin utk selamatkan diri...

latest en3: impak tsunami

Republic Aku said...

manusia diberikan akal fikiran ,binatang diberikan deria pengesan yang terbaik.

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Pendekar Berkuda
tu la...diaorang tangkap pakai tangan je bro

@ Tok Esah
terima kasih.
nak join jugak

@ z.u.n.a.i.d.a
yela zue.

@ caliph shuriken
yup. ikan-ikan tu kalau boleh nak naik sampai daratan jer

@ Republic Aku
betul. dulu time tsunami kat sri lanka. gajah-gajah suma lari tinggalkan tempat tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!