3.2 | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
3.3 | Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
4. | CARA MEMOHON | |||
4.1 | Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011. | |||
4.2 | Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional. | |||
4.3 | Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. | |||
4.4 | Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja. | |||
4.5 | Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. | |||
4.6 | Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. | |||
5. | TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 MAC 2011 | |||
6. | Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan : | |||
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar) No. Telefon : 03-888441260/1254/1253/1371/1235 | ||||
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah No Telefon : 088 236804 | ||||
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching, Sarawak No Telefon : 082 258045 | ||||
7. | MAKLUMAN DAN PERHATIAN | |||
7.1 | Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga. | |||
7.2 | Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad. | |||
7.3 | Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan danmenempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG). | |||
7.4 | Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan. | |||
7.5 | Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri. | |||
7.6 | Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG. | |||
8. | PENDAFTARAN | |||
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jun 2011 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon. | ||||
9. | IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU | |||
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus. | ||||
BENTUK PENGAJIAN YANG DITAWARKAN | ||||
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) | ||
Bentuk Pengajian | Tempat | Tempoh |
Kursus Persediaan | Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan | 3 semester |
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian) | Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan | 8 semester |
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara | ||
Bentuk Pengajian | Tempat | Tempoh |
Kursus Persediaan | Kolej Persediaan KPM | 2-4 semester (mengikut kolej pengajian) |
Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia,Biologi, Pendidikan Khas) | Universiti Terkemuka Luar negara (UK, Australia atau New Zealand) | 6-7 semester (mengikut kolej pengajian) |
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) | Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh KPM | 2 semester |
Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) : a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor b. Taylor's University, Subang Jaya, Selangor c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak. |
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Bagi Bidang Bahasa Cina | ||
Bentuk Pengajian | Tempat | Tempoh |
Kursus Persediaan | Beijing Foreign Studies University,Beijing, China | 2 semester |
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua) | Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan | 8 semester |
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) | Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan | 2 semester |
Program Kembar Bahasa Perancis | ||
Bentuk Pengajian | Tempat | Tempoh |
Kursus Persediaan | Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa | 2 semester |
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Perancis) | Universiti Terkemuka Negara Perancis | 6 semester |
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) | Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa | 2 semester |
Program Kembar Bahasa Jerman | ||
Bentuk Pengajian | Tempat | Tempoh |
Kursus Persediaan | Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa | 4 semester |
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Jerman) | Universiti Malaya | 6 semester |
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) | Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa | 2 semester |
Catatan : Bentuk pengajian yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan
KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN
1.0 | Calon hendaklah menyemak permohonan dari semasa ke semasa untuk mengetahui status permohonan masing-masing. Bersama ini disediakan satu kalendar aktiviti permohonan bagi memudahkan calon menyemak status permohonan. Kalendar yang disediakan ini adalah sebagai panduan dan tarikh boleh berubah mengikut keadaan. | ||
2.0 | Kalendar aktiviti bagi permohonan Kursus Persediaan adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa.Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa pada laman web bagi mendapatkan maklumat terakhir permohonan. | ||
Bil | Aktiviti | Tarikh |
1 | Iklan akhbar permohonan KPLSPM Ambilan Jun 2011. | 06 Mac 2011 |
2 | Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara. | 07 Mac 2011 |
3 | Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup). | 21 Mac 2011 |
4 | Semakan nama calon yang berjaya ditemu duga secara dalam talian (pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet). | 04 April 2011 |
5 | Temu duga KPLSPM Ambilan Jun 2011. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang dicetak melalui internet yang telah dilengkapi) | 11 April hingga 22 April 2011 |
6 | Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG). (Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG). | 21 Mei 2011 |
7 | Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar). | 20 Jun 2011 |
Catatan : | |
| |
|
CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat di : http://www.moe.gov.my atauhttp://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm
PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Bayaran boleh dibuat di Kaunter BSN atau Mesin ATM BSN / Perbankan SMS BSN (bagi pemegang akaun GIRO sahaja) dengan harga RM6.00.
Jika melalui mesin ATM BSN - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > Pendidikan > KPLSPM dan masukkan No. Kad Pengenalan anda atau pemohon lain. Boleh juga membeli No. Pin pemohon lain menggunakan Kad ATM anda.
Pemohon juga boleh membeli No. Pin melalui Perbankan Internet BSN : http://www.mybsn.com.my/ - Pin Purchase > Pendidikan > KPLSPM
Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.
TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 7 MAC – 21 MAC 2011
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ON-LINE : 21 MAC 2011
UPDATE: TARIKH TUTUP PERMOHONAN dilanjutkan 25 MAC 2011
SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA KPLSPM 2011 [klik sini]
UPDATE: TARIKH TUTUP PERMOHONAN dilanjutkan 25 MAC 2011
SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA KPLSPM 2011 [klik sini]
P/s: Source from email and picture from Google