NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Tuesday, January 25, 2011

BLOGGER : Kaitan Akta Cukai Pendapatan 1967, Blogger dan RM 1 Juta




“Pengendali blog termasuk Facebook, terikat dengan peruntukkan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7 iaitu hasil pendapatan mereka melalui internet juga perlu dibayar cukai”
-Jurucakap LHDN


Ini semua berikutan kenyataan dari Berita Harian semalam tentang kejayaan blogger yang mampu meraih income sebanyak RM 1 Juta setahun. Itu collector bloggers maybe. Dan blogger redmummy di muka surat depan. Malah di interview oleh Hot.fm. Cayalah...


Ramai yang terkejut. Tapi itulah hakikatnya. Kekasih Apex, Elia (blogger jejariruncing) juga dapat interframe sama dalam news tu. RM 70,000 untuk kisah peribada Elia. Mahal tu. Ini la yang dinamakan tuah. Kalau Apex pun ada blog, entah berapa pula income yang dia dapat. Huhu...


Sebenarnya ramai lagi blogger di luar sana tu yang income mencecah 4 dan 5 angka sebulan. Cuma tidak dicanang. Sekarang baru laa masyarakat yang buka mata pada blogger. Dulu, bila orang tu dikenali sebagai blogger, secara spontan orang akan anggap dia pemalas, tak ada pekerjaan atau suka mengutuk dan maki hamun orang dalam blog. 


Momoy sendiri dikutuk sebab punya blog. Kata mereka blog ni menghancurkan masyarakat sebab banyak gossip dan mengutuk orang. Bagi Momoy senang saja. Media lain seperti TV, radio, majalah, newspaper juga penuh dengan gossip dan menjatuhkan orang. Pilihan di tangan kita untuk memilih. Satu lagi, bukan kah kelebihan blog ialah lebih cepat sesuatu berita itu diterima berbanding media lain. Betul kan kawan-kawan?


Picture - Google

Agaknya kalau bukan reporter tu keluarkan cerita tentang pendapatan blogger RM 1 Juta setahun, mesti tak ada siapa tahu kan. Mungkin juga mereka ini masih pandang rendah pada golongan blogger seperti kita. Apa-apa pun, kepada blogger dan pengguan jaringan social yang mana online income nya melebihi RM 2500 sebulan, korang jangan lupa untuk mengistihar pada LHDN. Selamat membayar cukai. Hee...


P/s : Baru tahu blogger kena cukai.


12 Comments
Comments

12 tukang comment:

Areyoudys said...

as salam..
sebenarnya, pendapatan tu,adalah lebih..bagi blogger-blogger yang mula berblogging seperti saya seawal tahunh 2003, yang sangat sesuai masa tu, cuma google ads. berbanding dengan nuffnang, saya lebih suka pada google.trafik carian juga ada backlink kepada google ads. pada blogger-blogger lama yang punya trafik/follower/reader yang ramai dari luar negara, khususnya dari rusia dan israel,menggunakan backlink bagi setiap entri-entri mereka, menaikkan reputasi blog masing-masing,meningkatkan carian di dalam internet. dan ini menaikkan peluang untuk iklan google dalam blog di klik.

senang cerita.saya suka google ads.pendapatan utama dalam dunia blog.bukan sumber untuk blog yang ini :)

rajin-rajin cari follower luar negara kerana mereka lebih senang mengklik iklan google berbanding rakyat malaysia sendiri.tak percaya, cuba sendiri. nampak bezanya.sekadar mengutarakan pendapat sebagia seorang blogger picisan yang terselindung disebalik timeless :)

jangan bazirkan masa.buat banyak backlink beserta link translatenya sekali bagi setiap blog dari luar negara yang kita lawati dan komen.

:)

selamat mencuba :)

sokong google ads n__n" untung lebih berbanding nuff.huhu

cik-terompah said...

fuh....kiranya yg pendptn rm2500 sebulan je kene byr ek?

Ujang9897 said...

biasa la tue..jgn lupe zakat..hee

S.3.V.3.N said...

camne diorang dapat income byk camtuh ek..sape ade tips tuh kongsi2 la. :P

Unknown said...

Dunia blogging dah lebih glam sekarang hehehehe.

caliph shuriken said...

dh ada reason fb & blog cmni trus diorg suroh byr cukai.. dulu xde sapa2 nk bising2 psl kna byr ni kn...

latest en3: ~ 10 saat saja ~

Nabel said...

uww ! rm2,500 ke atas ke ? momoy punya dapat berapa? nasib baik lagi lah. tak perlu istihar la kat LHDN kalau macam tu. nabel dah panas hati dengar kena bayar cukai . hehe

mia liana said...

hanya sampingan je blogging ni.. xde lah sampai 2,500 sebulan... heheheh :) tak tahulah kalau momoy....

siti aida said...

wow...bestnye dptt income banyak macam tu...pe la rahsianya kan..huhu

rashid said...

Bukan je mereka bukak mata dengan blogger, tapi sebab PM pun dah galakkan untuk manfaatkan internet..sebenarnya bukan blogger semata-mata, tapi siapa yang menjalankan perniagaan internet..hmm, sian Datin Red.ekeke

Areyoudys said...

as salam..
cara paling terbaik,
cari follower luar.kalau tak mampu,buat 'komuniti' baru.supaya follower sentiasa kerap kembali ke blog. teknik ni sesuai untuk yang guna nuffnang.kalau yang guna googleads, ni paling sesuai tuju pada follower luar. yakni follower dari semua negara. bayangkan, blog vlad.seorang aktivis alam sekitar, pengikut blognya, berjumlah 650k+ orang. nak dibandingkan dengan seorang blogger malaysia, mana la mampu nak cari pengikut/trafik sebanyak tu.melainkan kalau kebanyakkan isu-isu yang di utarakan dalam blog, menarik orang luar untuk membaca dan membuat carian di google.baru la ada peluang untuk di ikut oleh orang luar, cerah.

ada blogger menggunakan teknik menaikkan nama blog dalam fungsi carian google berdasarkan carian popular pada satu-satu masa seperti isu bola dsb. cara ini juga membantu. tapi tidak(mungkin) untuk trafik luar.

tak kisah kalau entri kita tu berbahasa melayu sekali pun, kita linkkkan sekali entri tu yang telah diubahbahasakan ke setiap backlink.orang akan datang membaca.

kebiasaannya, blogger-blogger lama sebegini akan menutup fungsi komen, dan membuka fungsi sama seperti formspring. dan cara ini ada pro dan kon bagi aktiviti trafik google ads.saya tak berapa pasti bagaimana pula dengan nuffnang.sebab ia masih dikategorikan sebagai sulit.sekalipun pekerja-pekerjanya tiada setakat ini yang mendedahkan caranya.

*kita tahu setakat rahsia yang kita tahu setakat ini*

nuffnang ( mengikut negara ) hanya tujukan pada konsumer pada sesebuah negara.berlainan dengan google ads.menyeluruh.dan ini perbezaan yang ketara dari segi menarik trafik luar untuk klik link iklan.

p/s: sekadar berkongsi maklumat.terpulang kepada yang membacanya untuk melakukan teknik yang bagaimana.bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.

:)

deCrewz said...

Income nuff bape cen je, cukup la buat makan roti canai 2 kali..wahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!