Weekend camni aper aktiviti yang korang buat? Adakah...
Dating ngan BF/ GF korang ?
*
*
*
*
*
Blogwalking bagi yang status single ?
*
*
*
*
*
Atau pun tido jer sepanjang hari ?
Adoiii... tido jerrr. Hujung minggu camni Momoy nak ajak korang housekeeping sket. Rumah korang banyak nyamuk tak ? Hah ! Elok laa tu sebab nyer Momoy ader project best nak ajak korang buat sama-sama ngan Momoy.
Project nih sangat2 laa mudah dan murah. Kalau korang nak tahu nih sebenarnyer projek sempena kempen Anti-Denggi. Malas la nak membebel...jom baca then kiter try sama-sama.
Yang korang cuma perlukan :-
- 200 ml air
- 50 gram gula merah
- 1 gram ragi
- botol plastik 1.5 liter
Langkah-langkah pembuatan
1. Potong botol plastik di tengah.
Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas.
Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan
di separuh bahagian potongan bawah botol.
3. Tambahkan ragi.
Tidak perlu dikacau.
Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas
dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam,
kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah korang.
Dalam dua minggu, korang akan melihat banyak
nyamuk yang mati di dalam botol.
Uitt...senang jer tue... Jom try hari nih juga....pastu leh la tgk result sama x ngan dalam gambar nih =.=
P/s : Tak ader Sin Chan yer - saja jer letak tajuk bagi best sket. Wahaha...
Related Posts : :: PROMOTE ::