Salam kawan-kawan.
Review filem terbaru dari World Invasion: The Battle of Los Angeles. Cerita mengisahkan tentang penjajahan bumi oleh makhluk asing. Makluk asing tersebut menyerang bandar-bandar utama di seluruh dunia supaya tiada kesinambungan antara satu sama lain. Bijak tu. Tujuan makluk asing tu sebab mahukan sumber air di bumi. Kalau korang pernah tengok filem Independence Day, so korang boleh agak sedikit jalan cerita yang berkaitan makhluk asing. Cuma yang membezakannya makhluk asing ni lebih smart, aggressive dan teknologi senjata dan robot pemusnah adalah lebih canggih dan powerful.
Hanya Los Angeles, bandar besar menjadi pertahanan terakhir bagi penduduk bumi. Seorang Staff Sarjan Michael Nantz yang ada masalah dan mahu bersara ditugaskan sebagai orang ke-2 tertinggi dalam unit 2/5. Tapi anggota dalam unit tersebut was-was pada kepinpinannya. Ia berikutan khabar angin di anggota marin bahawa Staff Sarjan tersebut mengorbankan semua anggota unitnya terdahulu untuk menyelamatkan nyawanya kaerana hanya dia yang terselamat. Anggota member yang lain hanya ditunjukkan dengan short flashback sebagai pengenalan untuk penonton mengetahui sedikit latar belakang setiap watak penting.
Misi unit 2/5 hanya satu iaitu menyelamatkan seberapa ramai orang awam yang masih hidup berdekatan dengan balai polis LA. Yang dijumpai hanyalah 5 orang saja. Seorang bapa dan anak lelakinya, seorang budak perempuan dan ibu saudaranya yang bekerja sebagai doktor haiwan.
Yang bestnya makhluk asing ni pada pandangan Momoy, susah sikit nak mati. Mesti kena tembak tepat pada jantung kanan. Cuma pelik je. Hanya nak selamat 4 orang awam tapi separuh dari unit tu terkorban. Tapi tak dinafikan sebab senjata makhluk asing tu memang power. Kalau ada 10 ekor alien untuk jaga Malaysia pun cukup rasanya. Haha…
Pandangan unit 2/5 pada Staff Sarjan tu mula berubah bila beliau mempertaruhkan nyawanya untuk membunuh robot makhluk asing tu. Dengan meletupkan stesen minyak. Tapi perasaan was-was dan sangsi tu tetap ada dalam unitnya bila mana seorang demi seorang unit 2/5 tu terkorban dengan arahannya. Dapat dilihat prinsip Staff Sarjan tu “You move or ypu die”
Dipendekkan cerita, misi menyelamat orang awam tu berjaya tapi pusat pertahanan tentera LA musnah teruk. Semangat dan kejayaan yang ditunjukkan oleh Staff Sarjan tu akhirnya mengembalikan rasa hormat anggota-anggota marin dan unit 2/5. Dan perjuangan diteruskan untuk membersihkan sisa makhluk asing di bumi tu. Semanagt patriotism tu memang ditunjukkan dengan cara yang betul tanpa melampau dalam filem ni.
Bagi Momoy filem The Battle LA ni lagi best dari Sky Line. Aksi-aksi ketika berperang dengan makhluk asing dan pertempuran pesawat nampak real. Biarpun permulaan cerita agak lembap, agak mendatar tapi biasa la starting memang begitu kan. Tapi keseluruhan cerita Battle LA yang bergenre aksi dan sains fiksyen ni boleh dipuji. Kesan khas dan bunyi memang terbaik dan berkualiti. Close up dan view ketika peperangan memang bagus. Tak rugi kalau ditonton dan memang boleh layan. Untuk Battle LA ni Momoy bagi 4/5 bintang. Bagi peminat filem Independence Day, War of the Worlds, District 9 Momoy memang Recommended korang tonton Battle LA ni.
P/s: Suka main game Battle: Los Angeles?
: Pictures and video thriller credit to Google dan Youtube.