NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Friday, March 18, 2011

Wajarkah Malaysia Membina Loji Tenaga Nuklear ?



Salam kawan-kawan

Setelah genap seminggu gempa bumi tsunami di Jepun, kemudian iikuti kejadian kebocoran radioaktif oleh loji reaktor nuklear, negara Asia lain seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia tetap berangan-angan mahu membina loji tenaga nuklear di negara masing-masing. Indonesia tegas menyatakan hasratnya membina loji nuklear tetapi mahu menggunakan teknologi yang lebih canggih dari Jepun (rujuk Sinar Harian 17 March 2011).


Di Malaysia sendiri, isu ini menjadi semakin kontroversi apabila TPM kita mengumumkan mahu membina loji tenaga nuclear pertama Malaysia pada 2021 dan yang kedua pada 2022. Wajarkah teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik ini dijalankan? Entry ini adalah pendapat Momoy secara peribadi. Walaubagaimana pun sila beri perhatian bahawa Momoy mungkin tidak stick pada kenyataan ini dan ia mungkin berubah-ubah.



Plant tenaga nuklear di Tokyo



Mengapa semakin banyak negara berlumba untuk membina loji nuklear termasuk Malaysia?


Untuk pengetahuan semua, tenaga nuklear adalah yang paling efektif dan sesuai bagi menggantikan penggunaan arang batu dan petroleum. Ini kerana petroleum dan arang batu yang digunakan sekarang sebagai pengjanaan elektrik negara sering kali mengalami kenaikan harga. Selain itu, dua sumber berkenaan memberi kesan yang tinggi terhadap alam sekitar. Oleh kerana banyak lagi kebaikan dari pengunaan tenaga nuklear inilah yang menyebabkan ia semakin menjadi pilihan.



Apa kebaikan lain tenaga nuklear? Momoy tulis dengan ringkas sekali tanpa huraian ye. Nak details korang boleh google. Untuk jangka masa panjang, kos operasi yang melibatkan tenaga nuklear ini akan jadi sangat murah. Sumber minyak dan gas yang semakin berkurangan dan kenaikan harga juga punca banyak negara berlumba untuk membina loji nuklear. Jika logi nuklear dibina, petroleum dan gas boleh digunakan untuk menghasilkan produk-produk lain. Contohnya seperti sabun, detergen, plastik, kosmetik dan sebagainya. Selain itu, penggunaan tenaga nuklear tak memberi kesan kepada rumah hijau seperti penggunaan arang batu dan petroleum. Seperti yang Momoy kata, ada banyak lagi kebaikkan tenaga nuklear ni, tapi Momoy tak akan bincangkan. Jika mahu maklumat lanjut korang boleh google.



Banyaknya kebaikan tenaga nuklear. Tapi apa pula keburukannya ?


Mangsa radiasi akan menyebabkan kematian, kemandulan, leukimia dan kanser. Ianya memberi kesan jangka masa yang sangat panjang. Momoy percaya ramai yang tahu kesan radiasi kepada kesihatan. Jadi Momoy akan bincangkan faktor lain. Ada kajian dilakukan mengatakan penduduk yang tinggal sekitar 5-7 km dari kawasan loji tenaga nuklear juga berisiko tinggi mendapat kanser.



Kesan radiasi



Selain itu, sisa radioaktif perlulah disimpan dengan cara yang betul dan sangat-sangat teliti kerana ia boleh mengakibatkan percemaran permukaan dan air bawah tanah. Sisa radioaktif pada level yang sangat tinggi adalah lebih radioaktif hinggakan boleh membunuh dalam beberapa minit sahaja. Momoy juga ada pengalaman apabila reaktor di plant (loji) tu tiba-tiba terbakar di mana ketika tu Momoy sedang bekerja di atas reaktor tersebut. Untuk pengetahuan korang, hingga ke hari ini, tidak wujud lagi sebagai teknologi yang dapat mengasingkan atau menghapuskan sisa radioaktif tersbut. Jadi apa yang perlu mereka buat pada sisa tersebut?



Sejumlah besar sisa radioaktif daripada reaktor (low level) itu akan ditanam. Bayangkan jika bukan berlaku kebocoran radioaktif pun, sisa dari radioaktif ini sahaja pun sudah boleh memburukkan keadaan. Kerana radioaktif boleh bertahan sehingga berbilion tahun lamanya. Bertahun-bertahun tertanam dalam tanah dan mungkin bocor tanpa kita sedari akhirnya mencemarkan air bawah tanah.



Itu belum lagi termasuk kes kelalaian dan kecuaian sekiranya air mengalir tercemar oleh radioaktif. Tambahan lagi Malaysia sendiri pun sudah kelam kabut jika berlaku bencana alam seperti banjir lumpur atau tanah runtuh (Momoy hanya sebutkan beberapa contoh). Jika berlaku kemalangan yang besar disebabkan oleh kebocoran bahan radioaktif ni, mampukah negara menanganinya? Belum lagi masuk kos rawatan dan pemuliharaan.








Jika pun tidak berlaku letupan di loji nuklear, sebarang kesilapan dan kegagalan teknikal di system penyejukan (cooling water system) dah boleh sebabkan pengeluaran sebahagian besar radioaktif kesan dari peleburan wap dan bahan kimia. Ini la yang pernah terjadi di stesen tenaga nuklear Three Mile Island, Amerika Syarikat pada tahun 1979 dahulu. Tapi yang paling terburuk adalah di stesen tenaga nuklear Chernobyl, Ukraine pada 1986. Berjuta orang menderita akibat radiasi tu. Korang boleh search Google untuk melihat gambar-gambar mangsa radiasi. Tujuh keturunan pun belum tentu hilang dan sebab itulah ia digelar ‘half time’.





Kesan letupan tenaga nuklear



Korang tahu mengapa banyak stesen-stesen dan loji-loji tersebut terletak berhampiran dengan sumber air- tasik, laut atau pun sungai ? Sebabnya reaktor memerlukan air yang banyak untuk cooling system.  Cooling system sangat penting kawan-kawan dalam plant sebab ia berfungsi sebagai penyejukan kepada equipment yang kadang kala tu boleh mencapai suhu beratus-ratus darjah celcius. Paling tinggi Momoy pernah kerja suhunya mencecah 400 darjah celcius. Memang panas hinggakan atas jalan pun masih lagi terasa panasnya. Sambung semula… so apa jadi sekiranya sumber air itu tercemar pada hidupan akuatik dan manusia? Korang fikirkanlah sendiri.




Sumber air untuk pembekal sistem penyejukan



Baiklah. Momoy dah sentuh kesan pada manusia dan alam sekitar yang berkaitan pencemaran. Jika tidak berlaku pencemaran dan kebocoran, Momoy rasa isu keselamatan juga penting. Macam mana dengan keselamatan negara sekiranya berlaku peperangan? Jika berlaku ekspoitasi atau penyalahgunaan? Itu belum masuk lagi campur tangan dan isu politik. Maka, bagi Momoy selain keterujaan nak membina loji nuklear, kawalan dan system keselamatan juga perlu diambil kira.



Dan yang terakhirnya, nak bina loji nuklear ni bukanlah murah kawan-kawan. Kosnya teramatlah mahal. Belum termasuk kos membina loji, pakar-pakar, pengurusan, pendendalian dan yang paling penting kos untuk keselamatan. Kalau Malaysia nak bina loji nuklear ni, mungkin rakyat yang perlu menanggung dari segi kenaikan harga atau cukai.  Jika semua di atas tu Malaysia mampu sekalipun, Momoy masih rasa Malaysia perlu menyenaraikan satu lagi benda penting iaitu insurans kepada setiap rakyat Malaysia sekiranya berlaku kemalangan. Sebab Momoy tak mahu kos tersembunyi seperti insurans tidak dinyatakan. Jika tidak akan terjadi seperti mangsa radiasi tenaga nuklear Chernobyl.



Kesimpulan


Sebenarnya banyak lagi aspek yang Momoy nak sentuh tapi cukup lah. Kesimpulannya, biarpun terdapat kebaikkan pengunaan tenaga nuklear ni tapi Momoy tetap tidak bersetuju. Banyak perkara yang perlu diambil kira dan teliti bukan saja untuk setiap rakyat Malaysia tapi ia juga melibatkan rakyat di seluruh dunia. Gunalah cara lama seperti sekarang, ianya lebih selamat. Mencegah lebih baik dari merawat. Sekian.



Setelah tragedi di Jepun, kerajaan Malaysia masih punya hasrat membina loji nuklear? Baca [Loji tenaga nuklear | dilema Malaysia selepas krisis nuklear Jepun]



P/s : Isu tsunami Jepun dan radioaktif jadi bualan kitaorang bila lepak. Tapi 
        more to technical.

        Momoy ada plan nak buat lesen untuk jadi penguji kehadiran gas-gas   
        kimia dan radioaktif ni. Bahaya sangat tapi cool kan? Kena kumpul duit ni  
        =)


13 Comments
Comments

13 tukang comment:

Aizan Fahri said...

hurm.. prasyarat utk bina loji nuke ialah:

1- dekat dengan pantai, in case kalau meletup, boleh simbah je dengan air

2- radius 20Km tidak boleh ada penempatan kalau tak silap

Bee said...

wah dasyat momoy memang cr penjelasan tentang ni lebih lanjut harap ada lagi :)

lord-e said...

bina ja...nnt baru pk kesan dan musibah..hahhaa..

.drakula. said...

negara kita kecil jer cukup dgn tenaga yang ada tak perlu semua tu....kalau 1 biji meletop kita semua nak lari kemana ,negara kita bukan besar pun ,yer tak!

caliph shuriken said...

negara kita blom cukup bersedia dgn teknologi ni.. lagi pun sedia maklum tahap disiplin kita jauh ketinggalan berbanding jepun..

x setakat insurans.. medical card pun kena sedia awal2.. meh beli.. sy jual, hukk...

latest en3: krisis nuklear jepun

Ayie said...

ni pendapat aku sebagai jurutera awam~

1st- pembinaan logi nuklear adalah terlalu mahal dari segi struktur sebab logi nuklear memerlukan special structural planning, tak sama mcm bina power plant lain.. sebarang kegagalan struktur akan menyebabkan masalah serius..

2nd- malaysia perlu buat kajian yang lebih mendalam kalau nk guna nuclear sebagai main power plant sebab pusat nuklear yang dibina kat bangi tuh kalau tak silap aku cuma untuk penyelidikan.. logi tenaga untuk kegunaan awam dan logi tenaga untuk penyelidikan berbeza..

Pendapat aku sebagai orang biasa~

1st- aku tak rasa ada keperluan untuk membina logi nuklear sebab sistem janakuasa hydroelectric dah lebih daripada mencukupi

2nd- adakah pembinaan tuh bertujuan untuk bermegah-megah, melebihi keperluan? kalau ya, pembaziran berlaku disitu. kita semua tahu, logi nuklear mahal walaupun kos pengoperasian murah..

3rd- Malaysia menggunakan stesen janakuasa hydroelectric untuk jana tenaga selama nih, dan tak pernah ada masalah.. Andai kata logi nuklear dibina, apa yang akan jadi pada fungsi empangan hidroeletrik yang dah sedia ada..?? semua org tahu, bila empangan dibina, besar kawasan yang dimusnahkan.. adakah kemusnahan yang telah dibuat atas nama kepentingan bersama tuh akan jadi sia-sia? pada aku, andai kata logi nuklear dibina di Malaysia, empangan mungkin tak lagi akan berfungsi sebab kemampuan nuklear untuk bekalkan tenaga yang banyak.. maka, kemusnahan hutan yang berlaku untuk pembinaan empangan tuh konfirm akan jadi sia-sia..

4th- aku tak yakin malaysia dah cukup bersedia untuk memiliki logi nuklear.. persedia meliputi langkah keselamatan, kos pembinaan dan penyelidikan..

5th- Malaysia cuma negara kecik, rasanya tak perlu logi nuklear.. alasanya, Malaysia dah ada banyak empangan, malah empangan Bakun pun belum launch lagi.. (*empangan bakun masih dalam proses menakung air)

*ni cuma pendapat.. mungkin akan ada yang cakap aku terlalu berfikiran negatif, tapi pada aku, lebih baik berwaspada.. jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terghadah.. Ambil kisah Chernobyl, Tree Mills dan Fukushima sebagai titik sempadan..

jadi, serius aku bantah.. pendapat aku, tak perlu logi nuklear di Malaysia untuk masa sekarang..

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Frantz Dylandy (FD)
dear sebenarnya kalau guna air laut untuk simbah itu sebenarnya dah terlampau darurat
sebab sebenar loji tu dibuat di tepi laut bukan untuk simbah mcm yang dbuat di jepun tu
tapi berdekatan dengan sumber air sebab air tu digunakan untuk sejukkan reaktor, bahan radioaktif tu perlu disejukkan kalau tidak dia akan bertindak aktif dan boleh terjadi letupan

@ Puanbee
sebab momoy bekerja dalam plant
nanti momoy buat entry lagi, kalau rajin la.
uhuk..uhuk...
thx sudi comment yer puan bee

@lord-e
yang tu la yang selalunya terjadi

@ Republic Aku
kalau meletup, Malaysia dah tak wujud dalam peta dah

@ caliph shuriken
disiplin memang perkara utama
kecuaian dan kelalaian tu benda yang paling ditakuti
salah sikit satu malaysia nyawa melayang
dear...sempat lagi pomot yer. =)

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ Kudin
tentang bakun tu sendiri belum dilaksanakan dan ianya masih lagi kekal isu kontroversi
terima kasih sudi share pendapat
actually, momoy juga civil engineer tapi dah join dengan oil and gas. based sekarang nih chemical dan mechanical
jadi ada advantage la. Alhamdulillah.
tentang isu ni. dari segi pembinaan loji tu sendiri memang special mateial dan bahan pembinaan tu snediri dah lain. contohnya cat. cat yang digunakan perlulah punya waranti lebih 10 tahun dan ketahanan haba mebilihi ratusan darjah celcius. 1 tin cat yang 5 liter tu pun dah beribu harganya.
dan seperti blogger caliph cakap disiplin rakyat malaysia yang rendah memang amat-amat la menakutkan jika kita nak bina loji tu.
yang kat bangi tu cuma pusat dear. itu bukan loji. kat malaysia tempat yang punya loji banyak.

iniialahaku said...

bgi sya mlaysia blum ckup bersedia...mntapkan yg lain dulu sblum nk buat yg lbih bhaya..

mlaysiakan suka nk nunjuk2 kat org yg dia ada tu ada ni...rasanya xsswai sangat2..

kat mlka kan ada solar power plant tu...

Ayie said...
This comment has been removed by the author.
Ayie said...

pusat penyelidikan dan logi penyelidikan tak sama eyh..?? haha.. sori, aku tade basic sgt dalam konsep tenaga nih.. aku ada buat entry tentang sisa nuklear.. meh baca. kalau salah, tolong betulkan..

http://keluhkesahkudin.blogspot.com/2011/03/pembinaan-logi-nuklear-di-malaysia.html

.::: Princess MOMOY :::. said...

@ iniialahaku
banyak tempat dalam malaysia ni ada plant untuk penjanaan tenaga
memang bahaya kalau fikir untung jer

@Kudin
tak sama dear =)
momoy dah baca. memang panas isu pasal ni. boleh kata semua blog kat dunia ni ada entry ttg tsunami jepun dan radioaktif

Cabaran SEO said...

kalau bina logi nuklear... tak tau la mcm mana jadinya nanti... politik Malaysia tak berapa nak menggalakkan sekarang nie... :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!