NOTE :

Salam readers,

Momoy dah move to belog baru. Belog ini ada problem. Sila ke belog baru Momoy di http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

Thanks all.

Sunday, March 6, 2011

The Mechanic (2011)



Assalamualaikum kawan-kawan.

Picture- Google

Korang dah tengok ‘The Mechanic’ ? Cerita yang mengisahkan tentang Athur, pembunuh upahan yang membunuh mangsanya tanpa meninggalkan bukti. Mangsa akan dibunuh seolah-olah ianya seperti kemalangan. Sehinggalah suatu hari Athur ni membunuh mentornya sendiri. Oleh sebab perasaan bersalah, maka Athur mengajar Steve (anak mentor yang dibunuhnya) tentang cara-cara dan skill membunuh.


Tetapi Steve ni  ada perasaan ego. Tak mahu dengar cakap. Hampir-hampir je Steve ni jadi mangsa rogol mangsa dia. Haha… Memang lawak la part ni. Bagi korang yang sukakan aksi, cerita ni korang kena tengok. Tapi jalan cerita dengan tajuk ‘The Mechanic’ tu seperti tak berapa kena bagi Momoy. Mungkin ‘Killer’ atau ‘The Hitman’ tajuk yang lebih sesuai. Sebabnya ‘The Mechanic’ ni langsung tak tunjuk skill dia dalam repair kereta. Banyak tunjuk skill bunuh orang je.


Ending cerita, akhirnya Athur ni kantoi ngan Steve tapi dia terselamat dari dibunuh oleh Steve. Steve pula yang mati dengan dasyat sekali. Kesian. Nak balas dendam kematian bapa dia tapi tak berjaya. Bagi  ‘The Mechanic’ ni Momoy bagi 3 dari 5 bintang. 

5 Comments
Comments

5 tukang comment:

Sang Gabriel said...

aku rasa mechanic tu bukan bermaksud mekanik kereta or pomen.

mechanic tu mungkin bermaksud pergerakan atau motion

.::: Princess MOMOY :::. said...

Oh tapi kalau nak kata pergerakan seperti istilah fizik fluid mechanic
mmg x kena plak bro
sebab mechanic citer ni sebab mamat ni kerja dia mechanic . tu jer
memang x faham kenapa

aQi + GenGkey said...

part last skali best..
"if u read this, u already dead"
die ketawa truz meletup kete tu..
kui3..:D

Gen Fujita said...

Istilah "mechanic" dalam cerita ni merujuk kepada pembunuh upahan yang merancang pembunuhan yang dilakukan dengan penuh sistematik supaya tak dapat dihidu sebagai satu pembunuhan. Mangsa yang dibunuh akan nampak seperti kemalangan, mati semulajadi dan sebagainya. BTW aku pernah review cerita ni di blog, dipersilakan melawat ya. :)
http://8tahunmencari.blogspot.com/2011/02/review-cerita-mekanik.html

admin said...

cter nie ok la..
tengok wayang x berbaloi..
baik download jer..
hehehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Please don't forget to share this to your Friends!