Pencemaran radiasi akibat kebocoran loji nuklear Fukushima di Jepun menjadi dilema kepada beberapa negara ASEAN untuk membina loji tenaga nuklear. Kebaikan dan keburukan tenaga nuklear ini telah Momoy kupas dalam entry sebelum ini. Entry ini adalah entry request yang minta Momoy kesinambungan dari [Wajarkah Malaysia membina loji tenaga nuklear?]. Yang belum baca, Momoy sarankan untuk baca entry tersebut terlebih dahulu kerana Momoy tak akan sentuh perkara yang sama. Ambil perhatian ye.
Tiga hari lepas Momoy ada baca di berita harian online tentang isu pembinaan nuklear di negara kita. Professor-professor dari UKM bahagian penyelidikan nuklear menjadi panel untuk isu kontroversi tersebut. Ada beberapa perkara yang Momoy setuju dengan pendapat mereka. Tapi secara keseluruhan apa yang Momoy perhatikan, mereka banyak menjawab pertanyaan umum (rakyat) lebih kepada kebaikan tenaga nuklear.
Memang tidak dinafikan tenaga nuklear banyak membawa kebaikan. Tetapi apa yang Momoy rasa lebih penting adalah isu keselamatan rakyat. Professor dari UKM tersebut menceritakan kebaikan dari segi perbelanjaan elektrik yang murah jika pembinaan loji nuklear berjaya dijalankan di Malaysia. Itu Momoy akui. Seperti yang Momoy tulis sebelum ini mengenai kepupusan dan kenaikan harga petroleum dan arang batu, tenaga nuklear boleh mengatasinya. Tidak mustahil pada 20 atau 30 tahun akan datang, berlaku peningkatan sehingga 40 hingga 60 peratus.
Tapi sebanyak mana pun kebaikan tenaga nuklear, Momoy tetap tidak setuju pembinaan loji nuklear tersebut. Mengapa perlu kita menanam ‘bom jangka’ dan sengaja mengambil risiko tinggi? Biarpun profesor tersebut berkata rakyat tidak perlu risau tentang isu keselamatan dan kesihatan kerana loji tersebut jika dibina, ia akan dibina 20 km radius dari penempatan penduduk mengikut prasyarat pembinaan loji nuklear.
Professor tersebut juga mengatakan Malaysia selamat untuk pembangunan nuklear kerana tiada masalah bencana alam yang besar (beliau maksudkan gempa bumi dan tsunami). Katanya lagi kawasan pembinaan tidak difikirkan lagi tetapi kemungkinan lokasi sesuai adalah di Pantai Timur atau Melaka.
Melihat jawapan professor tersebut buat Momoy risau, kerana Malaysia tiada tanah yang luas. Maksud Momoy Malaysia mempunyai kawasan penduduk padat hampir di semua kawasan di seluruh Malaysia. Hanya pedalaman Sarawak mungkin kurang kepadatan penduduknya. Tetapi jika dibina di sana, berapa banyak kawasan hijau dan hidupan di hutan tersebut yang akan musnah?
Jika pun Malaysia tidak mengalami gempa bumi dan tsunami tetapi negara tetap menerima tempias. KLCC bergegar jika Indonesia dilanda gempa. Bahagian utara negara juga pernah pernah mengorbankan beberapa orang ketika tsunami Acheh pada 2004 dahulu. Dan yang terkini bahagian Pantai Timur turut terasa gegaran dan tsunami kesan 12 jam selepas kejadian tsunami Jepun.
Proffesor tersebut mengatakan rakyat menjadi takut dan panik disebabkan kurangnya info mengenai kebaikan penggunaan tenaga nuklear dan banyaknya penyebaran berita tentang keburukan radiasi. Tapi bagi Momoy rakyat perlu tahu dengan mendalam dan details tentang isu ini sebab itu hak mereka kerana melibatkan soal keselamatan.
Geram juga Momoy hanya disebabkan oleh keghairahan untuk menjana tenaga elektrik yang murah, maka jarak pembinaan loji dan tiada gempa bumi dan tsunami difikirkan sudah memadai dari segi keselamatan dan negara sudah bersedia. Dan beberapa orang awam dalam perbincangan tu pun macam lalang. Setelah diberitahu jika pembinaan nuklear dijalankan mereka hanya perlu membayar bil elektrik yang sangat murah. Pasang air conditioner dan barangan elektrik lain 24 jam hari-hari pun tapi cuma perlu membayar RM30 sebulan sahaja. Memang murah tapi berbaloi ke dengan harga yang perlu dibayar jika Malaysia berisiko tinggi untuk menjadi padang jarak padang terkukur? Itu bernasib baik jika dari Malaysia hanya tinggal nama dalam peta.
|
Sebahagian Jepun selepas tragedi |
Momoy tak dapat nak join perbincangan online tu disebabkan masalah internet lembap dan tak jumpa cari button apa untuk join perbincangan tu secara live. Jika berpeluang, Momoy akan bertanya profesor tersebut tentang isu keselamatan yang tidak pernah langsung difikirkan oleh profesor, kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu subsidi insurans kepada setiap warga Malaysia. Soalan yang satu ini mungkin boleh buat mulut mereka tersebut terkunci rapat.
Secara peribadi Momoy tetap tidak setuju dan Tun Dr. Mahathir pun tidak bersetuju. Carilah sumber altenatif lain. Mungkin tingkatkan teknologi penggunaan angin sebagai tenaga elektrik seperti yang diguna pakai sekarang (hanya memberi satu contoh). Dan jika berkeras juga mahu membina loji nuklear itu, Momoy berpendapat langkah terbaik adalah membina loji nuklear di pulau. Tetapi sehingga kini, tiada lagi negara yang membina loji nuklear di pulau.
P/s: Kata orang Kedah, “takut nanti makan tak habih”.
Pictures credit to Google.