Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)
Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?
Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.
Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".
Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.
Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.
Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:
Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.
Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,
Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]
Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?
p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.
Silakan Tag @ Share.
------------
Nota kaki Momoy:
1. Momoy hanya penyebar maklumat supaya kita khususnya umat Islam tidak terpengaruh dengan isu-isu yang sengaja memsong dan mengelirukan akidah kita.
2. Ada kawan yang menegur Momoy di YM. Momoy selalu gunakan perkataan salam di YM hatta di blog sekali pun. Momoy pernah mengikuti ceramah agama. Tidak ingat ceramah apa. Tapi Ustaz tersebut kata haram JIKA menggunakan askum, akum, wsalam dan Assalamualaikum wbt. Tetapi gunalah SALAM, AS-SALAM, ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARAKATUH.
3. Dah lama juga Momoy mencari artikel kepada jawapan yang mengelirukan umat Islam supaya jangan gunakan perkataan salam ini. Momoy tahu Salam tu bukan benda yang alah malah dituntut oleh ALLAH. Tetapi kurang ilmu agama di dada dan tidak arif untuk membalasnya. Alhamdulillah. Berjumpa.
4. Momoy merayu suapaya jangan la percaya kepada benda-benda yang sengaja dibuat untuk menyesat dan mngelirukan umat Islam. Contoh lama dulukononnya lelaki yang bertindik di telinga diharamkan menjadi wali. Adoii laa... Perbuatan tu memang haram tetapi sah jika dia menjadi wali.
5. Akhir sekali, siapa yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini diharapkan bertaubat nasuha.