Jeans - Google |
Korang suka menggayakan jeans? Momoy juga. Momoy beruntung sebab kerja Momoy bebas untuk menyarung jeans ke tempat kerja. Momoy ada sebakul jeans tau kawan-kawan. Hehe... Entry ni nak cerita tentang masalah jeans di bahagian panel pinggang. Kita abaikan masalah di bahagian panel lain ye.
Lipatan lemak
Pelik kan bila lihat lebihan daging atau lemak tersembul keluar? Ia mungkin disebabkan oleh jeans terlalu ketat di pinggang atau terlalu longgar di bahagian paha.
Masalah : Mungkin jeans terlalu kecil. Kita selalu assume yang jeans yang kecil adalah ok untuk mendapatkan panjang seluar yang ideal. Oh oh...
Hilang bentuk
Yang ni paling Momoy tension sekali. Bila dah jumpa jeans yang cantik di bahagian pinggang, jeans ni pula nampak macam ada kekurangan jer. Ya. Tak nampak shape. Urm...
Masalah : Ini sebabkan terlalu menekankan pentingnya potongan pinggang. Yang kadang kala designnya tak menyerlah cantik pada body kita.
Longgar melorot
Bila longgar mula la tak selesa. Sebab macam control je kalau tak pakai belt. Perlu cover bila nak duduk dan semasa duduk untuk elak tayangan percuma. Huhu... Tak sanggup.
Masalah : Ni disebabkan garis pinggang jeans ada kalanya longgar dan mempunyai ruang yang ternganga di belakang pinggang bila kita memakainya.
Jadi apa yang Momoy buat ? Bila beli jeans, Momoy akan pakai dan test dengan cara duduk dan bangun 5-6 kali dengan sisi cermin. Kemudian tawaf satu kedai tu. Lama la jugak salesgirl tu menunggu. Hoho... Banyak benda sebenarnya yang Momoy buat bila nak beli jeans ni. Tapi cukup la sekadar tulis yang penting tu. Oh ya! Jeans pilihan Momoy semestinya dari Esprit dan Romp. Terbaek!